Budget Vacation 1: Pulau Pangkor



Alhamdulillah..aku dah selesai habis final exam hari selasa ritu dan telah meneruskan perjalanan aku melihat ciptaan Allah yang sungguh nikmat ke Pulau Pangkor, Lumut Perak. Budget kecik saja sebab aku seorang student yang yuran u mahal..hehe..kalau uitm yurannya murah.. so, banyak duit la.. :) lagipun dah habis semester. Duit tak dak.


semasa dalam bas...semakin hampir dengan lumut
cuaca hari tu cukup baik.. alhamdulillah

Baiklah, aku mulakan dengan perjalanan aku. memandangkan aku tinggal dekat KL ni, so aku cakap rate bus dari KL la tau iaitu 2 ways RM50..kalau korang dari tempat lain aku tak tau. Aku bertolak pukul 3 petang. Perjalanan dalam 4 jam. Lepas tu, aku tidur rumah kawan kak aku. Ni boleh menjimatkan bajet kita ye kawan2 dan merupakan satu kelebihan. Jimat duit kita ari segi penginapan.



ini la pengkalan boat marina island 

Keesokan harinya. sebelum pukul 7pagi lagi, kami dah keluar ke jeti. aku naik dari Marina Island guna private boat. 2 ways RM10. Korunk boleh naik dari lumut ye Rm12 pergi balik. =) lepak2 dulu bila sampai sana sebab boat pukul 8.30 or 8 kot. tak ingat..heheh.. =P lepas tu dah naik boat sampai pulau pangkor. Kami guna van sebagai pengangkutan. van tu harganya kira 1 van RM70, kalau korang pergi ramai2 untungla..tak dak la mahal bayar. Macam kami, naik 3 org ja. Memang mahal la kawan2 sekalian..hehe.. =P so,kami kongsi rm15 seorang untuk van...


ok, no masa nak sampai dekat jeti pangkor dah


|cuaca yang panas memang elok sidai baju|
gambar ni diambil masa dekat kilang satay

|lama tapi berguna|
mak aku kata 
"kak lang, yang ambil gambar penyepit baju ni kenapa?"
aku balas "itulah seni mak.. :)"



kalau jumpa orang tersembunyi...
jangan salahkan aku..haha.. LOL


Pusing2 pun tak dak apa sangat dia bawak. Dia bawak pergi Kota Belanda, China Temple, Muzium, Kilang satay. Ok, ni aku syorkan la..tak payah pusing2 la...ambil terus van pergi Teluk Nipah. Tak dak pa sangat kalau pusing2 ni.. =D tak tipu!Murah sikit. Kalau naik motorsikal yang disewa pulak, RM25 sehari. Memandangkan aku first time, jadi baru tau la.. =) Ok, bila sampai teluk nipah, aku pergi la salin baju dekat Liyana Villa.. kena bayar toilet rm0.30. kalau korang nak stay kat Liyana Villa, agak mahal bagi aku seorang student. RM95 satu malam. So, boleh cari tempat lain..hehe.. XD macam seagull, ombak apa tah...ada la kalau bajet korang untuk satu malam rm60..ada ye wahai kawan2...boleh booking.. =) murah dah tuuu...



|keindahan alam, anugerah Allah yang tak terhingga|


Lepas tu, aku pun pergi la snorkeling RM15 seorang. Tapi, aku syorkan naik kayak la...Boleh terus berkayak ke Pulau Giam. Sana lagi cantik.... Kalau nak naik banana boat. Datang la ramai sikit sebab dia tak buka kalau sikit orang. Macam aku pi ni hari biasa, dia tak bukak la. Aku ni agak jakun ye..hehe..tak pernah snorkeling. Aku kerja gelak ja pastu walaupun dah buh bendalah yg bernafas tu kat mulut, tapi aku still..bokbek..bokbek..bokbek..haha...sampai kawan aku kata.. "bie, ang toksah dok gelak sangat la..haha..tension aku..huhu..bukan aku dengaq pun ang dok cakap..hahhaha"


awan tu cantik, kawan aku tanya kenapa ada bulat2?
itu sebabnyaaaaa....lens aku terpercik air..hoho..
tapi, dia kata cantik..hehe..



Tapi, masa 1st time kau snorkeling, aku terlupa air tu masin! tertelan jugak la and nak biasakan bernafas guna mulut perlukan kesabaran dan skill betul..hehe.. Tetapi sangat best! Lagi nak cerita apa? kalau korang sewa moto, rm25 satu motor sehari..p la mana hala korang nak p kan..hehe..p tawan pangkor tu....


|coral island|
cantik kan pantai dia??? =D




seronok betul minah ngan mat salleh ni berkayak ye..hehe

Lepas snorkeling, pergi Coral Island yang tak jauh daripada situ....syok! air laut dia...biru nak hijau tuuu...cun gila! kalau ambik gambar mmg cantik..haha... xbanyak batu macam dekat tempat snorkeling tu.... Lepas tu, balik semula ke teluk nipah naik van. Satu van rm15, kami bertiga jadi seorang rm5...hehe... tapi, korunk boleh la pusing2 or nak main lagi kan.. sebab dorunk bg life jacket dekat kita...lepas dah balik semula ke lumut, kami singgah pulak dekat Teluk Batik.


|gadis berkerudung setia menanti sang senja membelah laut|
 benarkah penantian itu satu harapan?


ini keesokan harinya sebelum pulang, berdekatan dengan jeti lumut.
Arena Wing nama lokasi tu.
Panas gila time ni..


Kapal Navy yang dibuat muzium. 
Manusia seorang mental sikit..hehe



|kincir angin....angin, bawa beritaku kepada sidia |



Dan bila di kira semula duit yang aku keluarkan tak termasuk shopping2...

BUS: RM50
BOAT: RM10
VAN PERGI BALIK: RM20
SNORKELING: RM15
BREAKFAST: RM5.50
LUNCH: RM4.50
________________
TOTAL: RM 105* (Tak termasuk penginapan)

note: see, bajet aku cikit je...kalau p ramai2 best....kalau total aku termasuk penginapan pun...tak sampai rm200.. =D ok, selamat bercuti...next time, nak kumpul duit pergi krabi island pulak.. =p



|ini bukan awan nano|
gambar ni di ambil juga dalam bus.

Bila dah sampai KL, keesokan harinya, aku belum balik penang. Tapi, pergi Branang dulu...hari sabtu baru balik Penang. Jalanraya sangat sesak ok! terlampau. Bayangkan dari Bangi bertolak pukul 6 lebih sampai Penang 3.40 pagi. Aku sangat penat drive haritu....sampai je dekat rumah. aku dah rasa kaki tak pijak bumi. Seolah-olah aku duduk dekat angkasa! heeeeee...
Alhadulillah selamat tiba.. happy holiday semua...


note: Aku bukan photographer. aku masih belajar ambil gambar... ^.^Y


4 comments:

aku la ni... said...

bestnyeerrrr...tp aku rasa otw ke lumut tu yang best kot...pangkor macam takde pape pun...

Khairi Fakhri said...

wah.. untungla pegi pangkor tak ajak! haha

BERMASALAH said...

wow... kelas percutian nenek.

selamat berhibur dan berlibur!

:)

selamat berjalan-jalan cari Tuhan juga.

Unknown said...

bestnyer pegi jln2..
harap2 dpt round perak dalam taun ni.. tanak terperuk kat tg malim je.. hehehe..