Manusia sinonim dengan kehendak yang pelbagai


Aku rajin post la pulak kan dekat blog?. =) setuju tak dengan tajuk yang aku katakan? Sebagai contoh, aku ambil diri aku. Aku ada macam-macam benda yang aku nak. Nak itu, nak ini. Tapi semua pakai duit wehhh.. bukan pakai daun. Kalau pakai daun... haha.. senang ja bawa keluar duit, NAH DUA KEPING DAUN. hahha... mudah kan?


KALAU... itu, KALAU ini.. Kalau orang, dia nak laptop Mac, gadget itu, gadget ini. Aku ni jenis tak kisah sangat bendalah tu sebab aku suka benda lain. hehe. Weyh, aku rasa macam nak kerja saja. aku nak beli lens, nak beli speedlite. Banyak keinginan.. aku nak beli 50mm punya lens.Tapi kan, kalau kita suka sesuatu benda tu. Kita akan usaha kan?.. =)




Masa awal2 semester dulu, aku dah bajet nak guna duit itu, ini. Kira plan kemana duit tu pergi. Tapi, semester ni pakai duit banyak sangat la sampai duit dekat aku pun kurang cukup. So, terkubur segala hajat aku. Cuti semester ni aku ingat nak kerja, tapi aku rasa impian tu tak boleh la. Sebab banyak benda yang terhalang.


Aku plan macam-macam, aku nak ganti baru handphone aku yang hilang. Sebab, aku ni jenis malas usung kamera, Bila beli handphone yang camera ok macam hp lama aku, aku tak kan lepaskan moment apa2 yang aku suka. Kadang2 tu, aku nampak pemandangan cantik sangat. Tapi, aku tak bawak kamera. handphone pulak tak ada camera. Jadi, aku puaskan kehendak aku, aku angkat tangan, cantumkan jari2 aku bentuk segi empat dan aku capture gambar. (penuhkan kehendak saja, walaupun tiada gambar )


KALAU... KALAU...KALAU...

p/s: musim sibuk dah tamat.... sekarang musim siapkan esaimen... :) banyak yang tergendala..


6 comments:

Anonymous said...

usaha,,yaa,,chaiiyokk :D

Dg Ndr Mstkln said...

duit aku cpt 'hilang' skrg nie. HUHU

Izyan Balqis said...

same la, keinginan terbatas apabila keperluan diutamakan~

nice shot dri tgn~ =D

-anidaothman- said...

usaha yer syg...xmo putus asa........

duk luar pintu je said...

kalau...

aindzaya said...

memangpon. ain pun begitu jugak..wishlist bagai nak rak..tapi harapan belaka. tga tunggu sponsor kot.hehew.