Kisah Pemandu Teksi dan Anak Yatim




Bismillahhirrahmanirrahim......
Sebelum aku memulakan assignment aku selepas ni, aku ingin berkongsi sedikit pengisianlah dekat blog aku yang serba kekurangan ilmu ni.. :) Baiklah, untuk pertama kalinya aku menyertai usrah yang dibuat dekat surau  fakulti engineering universiti aku. Sebelum ni aku pernah bertanya dekat kawan perempuan aku ni. Aku satu kelas dengan dia. Aku pernah bertanya dekat dia macam mana dia join macam ceramah-ceramah hat perempuan semua ja ada tu kan. Sebab aku mula berminat ke arah tu.

"Nekmo, hari tu kau ada tanyakan dekat aku pasal usrah semua tu an? Aku nak ajak kau ni join sekali dengan aku dekat fac engine nak tak harini?"

Aku ni mengira sama ada aku ada buat janji dengan sapa-sapa tak malam ni. Then setelah dikenal pasti. Yeay! tak ada. hehe. Cepat saja angguk kepala nak join kan. Budak tak pernah join. Baru pulak pertama kali join. Seronok sakan la an. =) Bila sampai dalam tu, ada beberapa orang saja. Sememangnya aku dengan kawan akulah paling muda.. hehe... rasa seperti adik seketika.. haha.. Akak-akak tu lebih dalam lingkungan sains la. Fac Medic, Dental, Science, Engineering, Education.... dan ada yang jadi cikgu dah pun. Sains jugak. hoho...Dapatlah aku kenalan baru. Perasaan awal masa aku join tu, aku jadi sebak. Aku tak tau kenapa muncul satu perasaan tu dalam diri aku. Ok, aku pendekkan cerita.

Kami ada cakap pasal tafsir Quran la an Surah Ali Imran. Ada potongan surah tu yang cakap mengenai bersedekah la waktu senang dan susah. Aku buat ayat yang mudah difahami. Ada la kakak A ni kongsi cerita yang bagi aku sangat menarik dan aku nak kongsi dekat blog ni.

Ada satu hari tu, kak A ni nak pergi satu tempat. Naiklah teksi dengan seorang pakcik ni. Bila dah jauh kan perjalanan, kita nak la tengok bil kita berapa an? Jadi, kak A ni membuat perkara sama lah. Dia terkejut sebab pakcik tu tak tekan  pun meter (macam mana nak kira duit nanti an??). Jadi, kakak tu pun kata:

"pakcik, pakcik tak tekan meter la...macam mana ni pakcik?"
"pakcik memang macam ni. selalu sangat terlupa tekan" jawab pakcik tu sambil tangan tekan button.

kalau sesetengah pemandukan  dekat pintu pun dah tekan meter. Betul tak?

"pakcik.. macam mana nak kira ni perjalanan lepas?" kak A tanya.
"xpela... biarkan saja.."jawab pakcik tu bersahaja penuh rasa humble.
"tapi pakcik... nanti pakcik rugilah.."
"xpe...Ada lagi rezeki Allah yang nak bagi..."

See???? sungguh errrr.. tak tau nak cakap. Ok2 aku sambung lagi cerita. Pakcik ni kan pemandu teksi, korang tahu la kan berapa la sangat kan duit yang dorang dapat. Kena kerja keras. tapi, pakcik ni bercerita tentang rezeki Allah. Gaji dia bila dapat, dia dahulukan beri dekat anak yatim. Selebihnya dia buat belanja anak-anak. Kalau kita an?? Dapat gaji. ha.. duit rumah... duit kereta... hehe.. kan? kan?.. Sama saja hehe..

Tapi, bila mendengar cerita pakcik tu, bukan akak tu je tersentap! AKU PUN TERSENTAP! Sebabnya aku memikirkan diri aku. Mana pernah aku buat begitu.... Kalau menderma bukan nampak 10, terus bagi.. cari duit kecik. Itu terpulanglah dekat korang cene an... Tapi, bagi aku pemandu teksi ni, aku sangat kagum!

Ya.. mari aku teruskan cerita. Pakcik tu cerita lagi. Dia yang jenis tak menunggu pelanggan datang dekat dia. Kalau korang perasan, ada teksi dok beratur kan ambil pelanggan? Bagi pakcik tu, rezeki tu perlu dicari. Bukan menunggu saja. So, pakcik tu akan pusing-pusing cari pelanggan.

Kadang-kadang sehari tu, dia tak dapat seorang pelanggan pun. Tapi, macam aku cakap tadi. Rezeki tu datang daripada Allah kan? Dia dapat panggil dari pelanggan suruh hantar ke Pulau Pinang. Kuala Lumpur ke Pulau Pinang jauh tu...... Jadi, Allah bagi rezeki yang berganda dekat dia. Sebabnya? Dia tak berkira harta dunia dia. Pakcik tu sedar, harta dunia tu pinjaman daripada Allah and Allah nak tengok sejauhmana kita gunakannya.

Cerita tu aku reflect balik la dekat diri aku... haishhh.. jauhnya akuuuu... so, aku harap cerita ni mampu bagi input la dekat korang. Termasuk aku. Selamat Beramal! =)



| Gambar Broga Hill, Aku tak pasti sama ada aku pernah tunjuk ke tak sebelum ni|


8 comments:

tepi pintu said...

sebenarnya driver teksi ni klu rajin, gaji dia lbh dr org keje bank...cuma income dia tu tak tetapla... psl tu ramai kat kl buat part time bawak teksi,,,teksi skrg mostly pakai gas so mmg jimat gila ... ko jgn terpengaruh dgn drama melayu, asal nak tunjuk org susah je...buat watak bawak teksi...


aku rasa pakcik teksi tu bwk teksi just nak suka2 buang masa sambil2 tu buat ibadah dgn bg diskaun camtu kot...sebab kdg2 dorang sayang dgn permit yg dorang dapat tu...psl tu mr os kata kalau dia tak bwk teksi pun, dia akan bg kat anak2 dia atau sedara dia sebab prermit teksi mmg susah nak dapat, klu ko dpt, harap2 ko tak jual permit tu yer...kih3

tapi bestla citer ko kongsi ni... kdg2 bukan berapa nilai ko sedekah tu tapi berapa ikhlas ko sedekah... tu yg penting,, kan....?

ps...ko ingat ko je bole tulis pjg2... aku pun boleh laaaa!!kah3 tiba2...

tepi pintu said...

aku nak like komen aku kat atas ni camana eh...haha

Nekmo said...

hahahha.. panjang woh!!! ni 1st time aku rasa kau komen panjang oi.. haha... pergi buat entri dekat page kau! haha.. >.< ok2.. aku gurau... erm...ouh.... susah rupanya nak dpt permit bawak teksi ni.. patut la ada kawan aku cite an.. budak ni fac engine tapi bawak teksi pak dia. :) bagus...

bagus la kalau ada yang faham apa yang aku nak sampaikan... sebenarnya, banyak cerita berkaitan sedekah ni... huhu...secara santai jelar aku bagi... (eh..apa kau ingat aku ni story teller ke hape nak bercerita semedang? haha)...

terima kasih komen ek.. hargai sgt2! Y-Y keh3.. cara nak like komen kat atas ialah belanja aku makan..

Izyan Balqis said...

bila kerja dengan ikhlas, dapat hasil yang sedikit pun bersyukur~

teringin untuk jadi seperti pak cik itu....=')

najihah said...

moga murah rezeki pakcik tu. bahagia dunia n akhirat.

dan untuk nekmo juga.. mari lah kita sama2 beramal jariah ya, bersadaqah :)

Dg Ndr Mstkln said...

aku selalu lupa. terima kasih sbb ang ingtkn. :)

cEro said...

buat masa lepas baca ni, mungkin aku akan ingat sekejap moral cerita ni...
tp aku ni pelupa, esok lusa, dgn kesibukan dunia, akan lupa moral cerita ni..
akhirnya, aku tetap sama dgn aku yang dulu..

agaknya, macam mana nak buat kita jadi orang yang sentiasa beringat ek?

Anonymous said...

alhamdulilah,,,nice,,,