Aktiviti awal bagi cuti semester




Alhamdulillah aku dah habis pun exam. Perasan tu tak tau la kan nak cerita macam mana. Tapi, sebenarnya, aku habis exam lama dah. Minggu lepas aku habis (buat macam baru semalam habis kikikiki). Aku balik rumah saja, macam "eh, berapa tahun aku tinggal bumi Penang ni?". =.=" ohyeeahhh! kikikiki. Awat jadi macam tu aku tak tau la. Masa awal-awal balik rumah, aku main-main dengan kucing aku dulu sebelum angkut masuk dalam rumah barang-barang aku yang setimbun gunung tu huissh! Rindu sama kucing tau. Tapi, awal-awal kucing macam takut. Mungkin dia hilang ingatan sikit kot? Lepas aku belai depa, ok la. hehe macam comel la pulak kan?


Aktiviti 1: FOTOGRAFI

Lepas tu, geng fotografi ajak keluar la hari jumaat lepas. Minat pasal macro dah membuak-buak sudah. Tapi, aku tak ada lens canggih macam orang lain. Aku biasa-biasa sahaja. Asalkan ilmu boleh diperolehi, pinjam pun jadikkkk laaaa (tarak hal punya kawan-kawan aku). Ada ke orang bagi hantaran lens berketul-ketul?? haha. nakkkkkk!!! (ni mau kena sepuh dahi tu... hehe.. maaf2...).

Bila aku dah dapat raynox seketul kat tangan hasil pinjaman si aproh, bermulalah misi aku memburu serangga! Yeay! aku dah bertukar jadi pemburu! tak nak jadi pelajar kaunseling lagi! haha. Bagun pagi seawal 12 tengah hari (hahahahhahahahahha... ini nak kena tampar laju2), terus keluar memburu serangga. Tak mandi tetapi aku sentiasa cool! ahaks! dush! amek kau!

Kalau hari aku beruntung, dapat la hasil serangga yang bagus untuk dikongsi kepada kawan-kawan tentang kebesaran Allah. Kalau tarak?? tangan terketaq-ketaq. Tiada la hasilnya. Ibarat kais tengah hari, makan tengah hari la... hahaha.

Bila memburu serangga, makhluk Allah yang paling cemburu dekat aku adalah kucing aku! ceit! Memang sangat manja tau. Sebab tu suka sondol-sondol aku. Maka, serangga buruan aku pun lari lintang pukang apabila nampak pemburu kejam iaitu nekmo dan koncu-koncunya... haha. (sumpah tak lawak!).

Mak aku dah masak dengan perangai aku yang sudah berubah 360 darjah sejak hari itu. Mak tanya "eh, buat apa tu???". Ya, kena explain dekat mak apa aku dok buat. Kang mak ingat anak dia yang sorang ni sudah sakit mental. Lepas tu, mak tak tanya dah la. Mak tengok saja aku memburu serangga untuk hidangan petang dan malam. haha.

Ada satu petang tu aku dengar macam ada orang dok panggil aku. Tapi, sayup ja dengar.
 "ha! kat sini rupanya hang. Tadi mak call 2x tak dapat-dapat".
(nampak di situ, duduk satu rumah tapi main kol2 handphone pulak ek?? hahahhahaha. Adik aku pun dok dalam bilik mesej saja aku sebab aku selalu ada dalam bilik.)


"tu, pi makan. Ayah dah beli durian" mak aku dok bebel.. kikiki
"ha...satg kak lang pi. Nak amek gambaq sat saja. Mak nak tengok ka? tadi amek cantik ooo.." ni konon-konon nak ubah topik. haha


Maka mak aku pun berdiri la disebalik tingkap bilik dok tengok aku tertongeng2 memburu mangsa. Masa tu pulak mai la nyiauw (merujuk kepada kucing aku). Nak manja-manja dengan mak aku. Pi panjang dinding nak tengok mak aku. hehe. Lawak la kucing aku ni.

Sekarang aku dah pulangkan raynox tu dekat member aku. =) tapi dia baik hati sungguh kata kat aku kalau balik sini nanti, bagitau la. Bagus punya kawan. hehe.

Ok la, ni aktiviti 1. Nanti aku bagitau aktiviti lain pulak ek.. hehe. Jangan rindu aku tau. Bye!



6 comments:

kabilahmerdeka said...

assalam dik nekmo..lama dah x jejak sini..maaf beribu ampun.he he he..apa khabar khabar?harap semua ok..ezzudeen dan berumur 2 tahun...

kabilahmerdeka said...

tahniah kerana masih istiqomah meletakkan banner anti isreal..sesungguhnya trajedi ini bukan trajedi bermusim spt musim durian.(sekejap ada sekejap ada).semoga usaha kecil ini memberi impak yg besar pd masa akan dtg

tepi pintu... said...

baik ada makna tuuu....ekeke

Siti Safiyyah said...

selamat bercuti! ;)

haha famili ss pun camtu gak. duk satu rumah tapi apa2 hal kene call. pelik kan :P

Dg Ndr Mstkln said...

aku dok byg hntrn ang nnt lens berdulang-dulang. HAHAHAHAHHAHAHA!

Liza Razak said...

bestnye ada outing fotografi dengan kwn-kwn