Pitas, Kudat dan KK


Malam ni aku rasa jari aku nak menaip cerita pengalaman aku baru-baru ni. Dah sedia nak baca cerita aku?
Masa tu aku duduk dalam bilik, Then roomate aku kata.
"Nekmo, abang syafiq cari kau.. dia kata abang Lat nak jumpa" kawan
"Aik? cari aku? nak buat apa?" aku
"Abang Lat cari orang nak masuk pertandingan fotografi" kawan

Abang Lat ni, jurugambar universiti aku. Aku selalu juga join jadi sekretariat kalau ada program apa-apa. Yang pasti, aku haloo2 macam tu ja kalau jumpa. Sebab aku ni peramah sikit. Banyak la aku kenal-kenal orang terutamanya technican. Haha. Aku ni pelik la sebab abang Lat ni cari aku. Tahu pulak dia ni aku main kamera. Padahal, aku tak la sehebat orang lain.

Lepas aku mesej semua details aku kat abang Lat ni, aku terkejut sebab pertandingan tu buat dekat sabah! Weh, sapa nak bagi dekat ang free?? Rezeki tau dak! Aku memang ada plan nak p Mabul. Tapi, impian aku nak pi Sabah termakbul dulu. Haha. Nak buat macam mana? Lepas tu, aku kena cari partner sorang nak join bendalah tu. Jadi, aku pick orang yang dekat dengan aku sajalah. Bukan bias! Sebab, aku tak tahu sapa boleh main kamera lagi. wuwuwu....

Lepas seminggu, aku tertanya-tanya.. "betul ke aku nak pergi sabah ni? tak ada apa-apa berita pun". Serius! aku tak tipu! aku rasa macam main-main saja abang Lat ajak aku. Kawan aku yang sorang lagi pun tanya. betul ke? macam main-main ja. Bila aku tanya, dorang cakap tiket pun belum beli lagi. Then, hari Isnin kalau tak silap aku, Pusat Kebudayaan telefon suruh pergi pejabat. Aku pun pergilah. Kakak tu kata, Rabu ni pergi sabah. Tiket baru beli kejap tadi. Terkejut beruk aku! Senang je cakap kan? aku dah la rasa macam mimpi.

Cuba bayangkan, kau pergi pejabat then pejabat kata kau kena pergi sekian-sekian tanpa ada preparation. Aku mula ketar satu badan! Bawa nama universiti weh! Ingat senang ke hape? Aku telefon kawan aku pun, dia terkejut. Yang pegawai aku ni pun teragak-agak nak pergi ke tak sebab ada job dekat panggung eksperimen universiti aku. Iyela. Seminggu woi nak kena tinggal KL.

Apa aku bawa? kit lens dengan 50mm je. 50mm pun baru beli. Flash pun baru beli. Bayangkan baru beli, aku pun tak belajar guna. Terus bawa pergi lawan. haila...memang newbie habis la aku ni! Ok, nanti aku sambung masa aku duduk sana pula ek.

p/s: eh! aku nak tukar komen letak bawah? serabut dah aku tengok!

5 comments:

cEro said...

Okey laa tu...
Sure org yg pilih ko tau kemampuan ko, sbb tu ko terpilih...
So, good luck!

Bawak balik buat tangan boleh?
Heheheh

tepi pintu... said...

aa aa letakla komen kat bwh tp ko ada ke masa nak godek2 html?

aku suka post jom kawin ko tu...kah3

Nekmo said...

CERO:
aku bawak balik badan je.. haha.. u aku dapat no 2.. sebab kawan aku menang...

tepi pintu:
ni aku pakai minima templete...gila old skol aku.. hahhaa... tapi, bila aku ubah kepada yg baru... mmg ada masalah la benda ni...komen tu..nama tu lagi...masalah..

ANISRAHIM said...

lah! itu ke pasainye awk pegi sabah aritu? kak anis igt awk pegi bercuti, upload la gambo2 nekmo :D

Sabella Mohamad said...

wahh hebat ! all the best ya ! ^^