Seseorang bernama Lelaki dan Perempuan


Walaupun aku seorang perempuan, perangai aku ni agak kasar. Jalan pun kasar. Kalau korang tengok aku pakai ayu tu, mungkin itu perubahan diri aku. 1st time aku pakai skirt yang labuh tu, kawan-kawan aku pandang aku macam pandang hantu. Aku pun tak tau sangat kenapa reaction depa macam tu. Tapi, depa tengur, baju dah ok, jalan saja kena control sikit kasi ayu. Macam susah bagi aku. Tapi, bukan ini yang aku nak cerita.

Aku menyangkakan perempuan sama perempuan mampu faham akan hati dan perasaan perempuan. Tapi, tidak sebenarnya. Hati sakit macam tu jugak sebab perempuan sama perempuan tak faham perempuan. Orang boleh kata aku macam-macam, tapi bukan yang itu. Aku sangat sensitif tentang perkara tu. Benda tu bukan olok-olok walaupun kadang-kadang tu aku mampu tersenyum padahal aku sakit dekat dalam! Kalau lelaki kata takpa oi. Aku anggap depa tu tak reti nak menilai perasaan perempuan. Tapi, perempuan sama perempuan, hati-hati la sikit. Aku pernah menangis sebab benda ni bila lelaki kata time sekolah dulu. Bila lama-lama aku tahan-tahan. Mai dekat universiti, perempuan pulak dok kata. Depa ingat olok-olok. Walaupun depa melawak. Aku tau, tapi, bukan benda tu.

Sebab tu, aku lebih suka kawan lelaki daripada perempuan. Perempuan sama perempuan sentap tak hingat dunia oi. Kalau lelaki boleh la jugak. Jangan salahkan aku kalau aku ramai kawan lelaki dari dulu sampai sekarang. Kesannya, satu kelas aku bad mood dan banyak kali kena tegur dengan pensyarah sebab dia perasan perubahan mood aku. Aku jadi diam and fokus terus apa pensyarah aku cakap. Tapi, pensyarah aku ingat aku ke laut.

5 comments:

tepi pintu said...

ok,aku hrp ko bersabar eh...pasal tu sebnrnya dlm ilmu yg ko belajar tu mesti ada ant langkah2 untuk menenangkan diri adalah bersendiri ... kan.?
eh...aku tak taula nak ckp apa... aku harap ko ok la eh...sbb bila camni...setakat tulis je tak cukup...

amira faqihah said...

ignore je mereke tu nekmo

cEro said...

Kentalkan diri.
Mungkin dah lumrah kot bila kita rapat dgn kawan lain jantina.
Mcam aku, ada perkara yg aku takkan ckap dan bincang dgn lelaki.

Ego? Mungkin.
Jaga standard? Bukan.

Shazwan Azizan - wanblur said...

nekmo yg kuat. slow-slow berubah.. skunk dah semakin ok aku tgk.. ada improvement org putih cakap.. apa=apa pun, hati kena ikhlas. senyum sampai telingan selalu. baru muka awet muda.. :)


semoga jd lbih rajin semester baru ")

Anonymous said...

setiap org mempunyai pndgn yg berbeza dan setiap org lain2 dan mustahil utk kita memahami seseorg 100%.. then pada pndgn eden bergurau tue mcm spontan, kdg2 xterjangka pon nk kata cmtu,,jom sesuaikan diri kita dgn persekitaran...hihihi..:p