Masa kecik-kecik aku..........
Zaman kanak-kanak aku mungkin sama saja dengan budak-budak kampung lain. Aku ni dilahirkan dekat kampung dan bukan bandar. Aku ada satu minat sejak dari kecil lagi iaitu berniaga. Weh, budak-budak sekolah rendah berniaga dekat sekolah oi. Macam mana aku terfikir nak cerita ni? Ni la ha, adik aku ternampak kepah kecik saja. Kalau duit sekupang tu, hang kerat 8. haha. Kecik kan?
"kak lang, hang ingat tak dulu-dulu kita suka kutip kulit kerang?" adik.
"ingat-ingat. lepas tu, aku jual hahahhaha..." aku
"kalau lagi rare waktu dulu-dulu bila kita dapat kulit siput yang pelik-pelik sikit kan?" adik
"hahaha... ha. Ambil gam, buat jadi kraftangan" aku.
"Lepas tu dapat siput yang tajam macam tanduk tu.. hahahha.. Spray sikit...." adik.
Lebih kurang macam tulah dialog dia. Memang pun, sampaikan ke kulit kerang pun aku menjual. Betapa gigihnya aku kan? haha. Di mata budak-budak, superb cantik ah! Kalau bagi aku la, hodoh oi.. Haha. Jual bukan mahal pun. 50sen, RM1. Ada orang beli tau! Bukan takat kraftangan saja aku jual. Aku buat penanda buku sendiri hasil guntingan majalah REMAJA Pak Tam aku punya yang setimbun tu. Ada juga oi orang beli!
Target kena tau sapa (tengok, budak-budak sekolah rendah waktu tu oi). Aku bajet budak-budak kelas bawah aku macam kawan-kawan adik aku. hehe. Ada pula tu, aku jual sticker. Mana aku dapat? aku balik Perak rumah opah aku dan aku beli masa pekan rabu. Banyak sticker. Ada kecil-kecil dan besar. Harga bergantung kepada size sticker tu la. Yang tu pun ada orang beli. kehkehkeh. Otak berniaga kan?
Tak dapat dinafikan, mak aku adalah ahli perniagaan (cewah, gaya macam bisnes juta-juta haha). Kadang-kadang tu, aku jual gula-gula. Ada pula kawan aku sorang ni jual vico. Jadi, kami panggil dia Aleeza Vico. haha. Budak-budak oi. Aku sekolah rendah lagi tau. Perkara ni berlanjutan sampai aku sekolah menengah. Aku ni tinggal dekat asrama. Bila hujung minggu, aku akan ambil order daripada kawan-kawan aku sapa yang nak beli nasi lemak.
Ya, yang sebenarnya, mak aku buat nasi lemak yang petang punya. Bukan nasi lemak pagi. Nasi lemak ni boleh makan sampai 2-3 pagi. Banyak jugalah tempahan daripada kawan-kawan aku ni. Semua duit tu, aku yang akan dapat. haha. Komisyen mak aku, aku tak bagi. Teruk gila aku ni. haha. Tapi, tabiat buruk aku adalah aku tak suka pegang duit banyak-banyak. Aku tak suka kira duit. Apa berkaitan angka, aku tak suka! sangat tak suka! Tapi, aku nak berniaga. pelik? tak! sebab itu aku.
Ok, tak nak cakap banyak-banyak. penat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
kahkah good times. nasib baik aku bagi 7kupang ja so aku tak beli menda merepek, haha
ade bakat jadi usahawan nkmo ni huhu
harap ada delivery nasi lemak ke PPUKM Cheras. :)
bgus..,,ak pong pnh bniaga jual kcg kuda, martabak ngn apa lg nth,,,sampai ad 1 ariu cgu pnggil,,,ak igt dy nk mrh sbb ak berjual2 rupanya nk temph martabak...hahaha,,,,,yokkkkkkkk,,cri duit,,,hihihi
aku ni penah meniaga jugak tapi tak penah yg menjadi...takde rezeki le tu kan... hope ko punya bisnes terus maju sampai jadi kaya pastu bole tulis buku pastu bg kat aku free buku ko tu eh...
semoga hari ini menjadi hari yang paling menyenangkan untuk kita semua.
Salam kenal dari saya dan sukses selalu untuk kita semua.
Terima kasih atas ilmu yang telah anda berikan semoga menjadi manfaat khususnya buat diri saya pribadi dan umumnya untuk semua yang telah membaca blog anda yang sangat bagus ini.
2.terima kasih banyak saya ucapkan atas segala pengetauhan yang anda berikan melalui web ini, ini merupakan satu kebanggan untuk saya dan pastinya sangat bermanfaat sekali untuk saya pribadi dan untuk semua pada umumnya
dengan penuh rasa bangga saya ucapkan terrima kasih atas segala kebaikan anda yang anda berikan melalui web ini semoga bermanfaat bagi saya dan bagi semua yang membaca web anda ini
Post a Comment