Hai, bertemu kembali dalam rancangan masak-masak di malam hari. hehehe. Boleh pulak macam tu kan?. Aku ada dua cerita la nak kongsi dekat belog sawang labah-labah aku ni. Tapi, aku cerita 1 tajuk dulu la. Leatk banyak2 satg bukan ada orang baca. Syok sendiri pulak kan?? haha. Hari rabu bersamaan 16/5/2012. (ceh, habaq tarikh tu). Aku dengan ahli kumpulan ni menyiapkan assignment la berkaitan behaviour modification. Hendak di pendekkan cerita, aku dalm kesibukan buat kerja tu, aku ada hal sikit. Jadi, aku tinggal la laptop semua.
Bila aku sampai ja tempat kejadian semula dalam 2 jam kemuadian...
"nekmo... tadi, ada orang pinjam laptop ang"
"sapa dia?"
"apa tah nama dia... sarah..."
Aku ingat, sarah tu kawan aku la. Rupa2nya bukan! Sarah tu atau nama sebenarnya Maisarah ialah budak kecik comel yang berumur 2 tahun. hehe. Aku sambung la buat kerja kan. Tengok-tengok ada budak kecik ni datang semula ditemani ayah dia. Terus dok sebelah aku nak main laptop. Tingkah laku dia waktu tu sangat agresif. Aku nak sentuh dia, dia tak nak. Aku nak duduk dekat dengan dia pun dia marah. Sarah ni kurang boleh bercakap. Dia tahu menjerit, menangis dan sewaktu dengannya. Iyelakan, bukan semua budak cepat bercakap. Kalau aku dulu, umur 3 tahun dah pergi sekolah. hehe..
Berbalik cerita aku tadi, pendek kata tingkah laku dia yang agresif tu membuatkan aku pelik. Kenapa itu? Kenapa ini? Macam-macam aku bertanya dalam otak ni. Mesti ada yang tak kena dengan budak ni. Berdasarkan apa yang aku belajar, ada la aspek-aspek tertentu yang ada terhadap budak ni menyebabkan dia jadi begitu. Jadi, memandangkan aku ni sangat suka budak-budak, jadi aku cuba untuk ambil perhatian dia.
Budak yang agresif, bukan senang nak pujuk dia or kita nak buat apa-apa. Iyela, agresif. Tau ka dak agresif tu hapa??? pi cari kat google. Baik lah, sambung lagi cerita. Aku borak dengan ayah dia. Menurut cerita yang aku borak tu, si suami ni tengah tunggu isteri dia yang sedang kelas. Degree Tesl. cikgu la akak tu. =) Sambung balik pasal Sarah ni. Aku layan ja kehendak dia.. Apa dia nak, aku bagi. Aku bagi dia pensil suruh lukis dekat kertas. Mula-mula dia ambil. Lepas tu dia menjerit. Marah-marah dan sewaktu dengannya. Dia suka sangat dengan laptop ni.
Bila difikirkan balik dengan apa yang aku belajar dulu-dulu, aku dapat rasakan kanak-kanak tu dalam kesunyian. Aku buat tanggapan lagi bahawa, Sarah ni tak didedahkan dengan kawan-kawan. Sebabnya, dia tak dapat suaikan diri dengan keadaan sekeliling. Macam-macam lah cara aku ajak dia main dengan aku. Memandangkan aku pun tengah buat kerja and sambil berfacebook, aku pun nak tengok video awal ashaari dengan scha. Yang bagusnya disini, Sarah ni menunjukkan respon positif iaitu minat terhadap benda visual.
So, aku pun terfikir, kalau budak kecik macam dia ni, mana boleh buka benda-benda yang orang dewasa tengok, jadi aku pun bukak la youtube. 1st video aku bukak ABC song. Sudah semestinya aku yang lagi over daripada dia. hahahha. Menyanyi, tepuk tangan. Iyela, aku perlu tarik perhatian dia. Satu tindak balas positif bila Sarah ni pun nak ikut apa aku buat. Tapi, dia seolah-olah teragak-agak untuk tiru aku. Yang pasti, dia terhibur. Sarah jugak tahu ABC walaupun tak la fasih menyebutnya. Jadi, intervensi aku nak attract dia dah berjaya sedikit.
Aku ubah lagi kepada video lain. Antara video-video yang aku tunjuk dekat dia, dia paling suka Video Little Indian Boys. Sebabnya, dia boleh sebut 123. Bagus kan?. Lepas dah penat bernyanyi, aku bukak cerita Toms and Jerry, iyela... budak-budak kan suka? Lepas tu bukak barbie. Sedikit demi sedikit, tingkah laku dia berubah. Dia dah rasa selamat dengan aku. Dah mahu duduk atas riba aku. Sedang asyik aku layan karenah si kecik ni, Mak dia datang. Terus dia menjerit. Takut mak dia ambil dia. Lepas mak dia kata xambil, dia senyum ketawa. Sambung balik tengok cerita barbie.
"Eh, sarah tengok cerita barbie?? Adik nak tahu tak. Sarah ni sangat anti cerita Barbie. tapi, pelik pulak bila dia boleh tengok dengan awak."
"hehehe... iyeke kak?"
"a'ah.... sebenarnya Sarah ni tak ada kawan. Dia duduk rumah sorang-sorang dengan maid. Tambahan pulak, akak baru beranak je. Sekarang tengah sambung belajar. Aku sebenarnya nak bawak Sarah jumpa kaunselor sebab tingkah laku dia ni".
"ye... kenapa kak?"
"Lepas akak ambil maid and pergi kelas, sarah dah jadi agresif. Dia dah pandai melawan akak, ayah dia. Dia dah pandai tarik telinga kami. Kan akak baru lepas bersalin, lagi kurang la tumpuan dekat Sarah. Kak upah maid pun ingatkan nak suruh teman sarah main".
"ooo.. macam tu rupanya. Sebenarnya, saya pun perasan gak perangai Sarah ni. Dia agak pelik. Macam akak cakap tadi la, dia xda kawan. Sebab tu jadi agresif. Budak2 umur Sarah ni kan kena bergaul dengan kawan-kawan sebab nak bagi sesuai dengan persekitaran kan.."
"itu la pasal dik, akak memang sibuk. Sebenarnya, akak tak pernah pun marah sarah. Tak pernah pun pukul dia. Dulu, dia sangat friendly. Tapi, lepas akak hired maid, perangai dia terus berubah. Bila dia tengok maid tu, terus dia lari tutup pintu kuat2"
"oooo...maid tu malaysia ke indonesia?"
"orang kita dik..."
"maknanya, Sarah ni belajar daripada tingkah laku maid tu la sebab akak pun tak pernah tunjuk tingkah laku tu dekat dia. Maid tu macam mana depan akak? baik tak?"
"ermhhh.. baik sangat la dik... hehe... macam biasa dok tengok kat drama tu. tapi, akak rasa nak hantar maid tu balik. Lepas ni nak bagi Sarah pergi tadika, bergaul dengan budak-budak and hantar kaunseling"
..........................................................................................................
Lebih kurang macam tu la perbualan kami. Tahukah anda, kanak-kanak ni berpotensi untuk meniru sikap orang dewasa? Sebab tu risau kan sekarang ambil maid. Kalau hat baik macam Mak Jah tu tak pa la.. haha.. kalau jadi macam mak bawang merah???... mampuihhhhhhhh....manusia kita tak boleh janggka perbuatan dia. depan baik, belakang buruk. (nah bukti, pergi cari Teori Albert bandura- bobo doll)
Aku masih lagi nak main dengan Sarah bagi mesra. Aku kesian sebenarnya bila mak dia cerita dekat aku. Nak tahu tak? Pengalaman waktu kecik ni, kalau tak detect n ubah sekarang boleh beri kesan masa dewasa kelak. Setuju? Aku ajak dia jalan-jalan. Bila aku ajak dia menghala ke jalan laluan kereta ayah dia, dia menjerit takmau pi. sebabny dia takut aku bawak dia balik and dia tak dapat main. Aku kata la, aku nak bawak dia jalan2. Aku tunjuk arah aku nak pergi. And, dia ikut. Seronok mengira anak tangga.
Lepas mengira anak tangga, aku main daun-daun yang gugur dengan dia pulak. Nampak sangat dia nak tiru apa aku buat sebab bagi dia, perbuatan aku buat tu menyeronokkan. Contohnya, aku kaut semua daun kering dalam tangan and baling atas. Nanti daun tu terbang. Nampak la muka dia gembira. hehe. Lepas tu, aku letak daun tu dekat tapak tangan and tiup. Dia sebenarnya tak tahu macam mana aku buat bagi jatuhkan daun tu. Bila dah di ajar, seronok pulak dia main. Sampaikan bila dah kembali semula ke meja, lama sikit, dia tarik tangan aku sebut "JOM". terkejut aku tau, bukan aku je terkejut, mak n ayah dia pun terkejut.
dan akhir sekali, dia tak nak balik.... so, aku pujuk la dengan cara bermain lari2 ke sana.... panjang kan cerita?... hehe... ni merupakan pembelajaran yg bermakna bagi aku..
tengok-tengok.... pandai main kan?.. heheh