Pengalaman Menghadiri Eksesais Pengambilan Kadet Inspektor Polis PDRM 2015/2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Aku update blog? Mungkin terhantuk dinding gamaknya kepala aku ni untuk update blog. Entri ni auto post tau hehe. Aku buat schedule dia bila nak keluar hehe. Oh ya, entri ni berkaitan pengambilan PDRM dan setahu aku, prosesnya sama saja untuk konstabel, sarjan atau inspektor. Korang akan melalui benda yang sama macam aku pernah lalui.

***AMARAN, ENTRI INI PANJANG SEBAB AKU NAK SESIAPA YANG MEMBACA MERASAI APA YANG AKU RASA....

Haha. Macam kejam pula gayanya.



Baiklah, pada pertengahan tahun lepas iaitu 2015, aku ada terbaca berkaitan dengan Temuduga Terbuka Kadet Inspektor Polis di seluruh dunia  Malaysia. Oleh itu, aku dah foward info tu untuk kawan aku mohon. Nak dijadikan cerita, kawan aku seriuslah berminat dan aku ni sememangnya kawan-kawan lain tahu aku minat gila dengan pekerjaan beruniform (tentera) dan dia nak pergi cuba nasib. Kawan aku ni tak ada lesen tapi dia ada kereta. Aku cakap kat dia, jangan buat kerja gila nak pi tempat jauh tapi tak ada lesen. Kalau jadi apa-apa atas jalan kan susah. So, memandangkan aku ada di rumah masa tu menganggur tidak bekerja, aku pun offer diri untuk jadi driver dia. Ya, aku buat benda sama macam dia buat. Yela, nama pun aku teman dia. Tak nak la aku bagi dia seorang diri. Aku pun siapkan dokumen yang diperlukan.

Terdapat 6 peringkat dalam proses pengambilan PDRM sebelum korang masuk PULAPOL:

1. Dokumentasi
2. Ujian Fizikal
3. Malaysian Integrity Test (MIT)
4. Temuduga
5. IV Special Branch ( SB)
6. Medical check up



TAHAP 1: DOKUMENTASI



Berbalik kepada kisah tadi iaitu di peringkat pertama iaitu dokumentasi. Kami berada di lokasi yang telah ditetapkan sebelum jam 0700. Awal bukan? Masa tu pakai tshirt dan track bottom dan membawa dokumen yang telah dinyatakan. Oh ya, untuk pengetahuan semua, korang perlu buat permohonan   SPA online terlebih dahulu dan bawa salinan bahawa korang pernah memohon. Kalau yang tak pernah isi tu, boleh isi sekarang. Tak rugi mana pun korang isi. Masa kami di lokasi pengambilan tu, ramai gila calon-calon yang ingin memohon. Sebab dari Utara tertumpu di situ saja. Jadi ada Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis. Kami dibahagikan mengikut negeri dan ada negeri lain-lain. Masa ni pun dah ada penyingkiran sebab dorang tanya ada tak yang baru lepas pantang? Mengandung?. Apa yang berlaku pada hari tersebut? Pada mulanya, kami kena check BMI. Masa ni ramai juga yang terkandang sebab tak cukup tinggi. Bagi wanita, ketinggian perlulah 157cm ke atas dan lelaki pula adalah 163cm ke atas tanpa sepatu. Aku tak risau kawan aku ni sebab dia ni memang atlet. Tinggi pula tu. Hehe. Aku? Aku biasa-biasa saja yang teringin nak jadi hulk luar biasa. Masa ni, jangan risau sebab tak ada pun pegawai atau anggota lelaki yang tengok korang check BMI tu sebab kena buka tudung dan berada di bilik khas.


Bila dah settle, tunggu pula untuk penyerahan dokumen-dokumen lain yang diminta. Pastikan cukup ya. Macam aku dan kawan aku ni, kami tak tahu bahawa perlu bawa salinan pernah mohon di SPA sebab masa iklan tu tak dinyatakan. Jadi, encik tu cakap takpa. Nanti bawa masa peringkat seterusnya. Masa ni juga kena bawa salinan kad pengenalan (awak, mak dan ayah), salinan surat beranak (awak, mak dan ayah), kalau ada ibu bapa meninggal tu bawa sijil kematian, salinan MUET, salinan berhenti sekolah, salinan transkrip, gambar ukuran passport yang terkini, pengesahan KPT degree kita tu. Oh ya, masa ni tak perlu bagi lagi salinan kokurikulum (Untuk pengambilan aku pada masa tersebut. Tertakluk kepada perubahan).


Baiklah, proses dokumentasi tu berlaku terlalu panjang sebab ramai gila. (Kan ni walk in interview). Kami kelaparan. Mana pernah ada pengalaman pergi menghadiri mana-mana pengambilan jawatan PDRM. Kalau kami tahu, dah sediakan makan berguni-guni. Perut lapar. Breakfast makan pisang ja. Sedihnya. Haha. So, bawalah makanan dan minuman ya sedia dalam beg takut lapar. Sebelum semua selesai, kami dah diberikan siap-siap tarikh untuk buat ujian fizikal di tempat yang telah ditetapkan mengikut nama dan negeri. Kami punya proses untuk dokumentasi tu settle jam 1600 juga la. Masa tu dah terbayang periuk nasi ja. Alhamdulillah aku dan kawan aku lepas untuk tahap 1 dan aku yang awalnya hanya mahu teman kawan aku telah mengubah fikiran untuk mencuba sebaik mungkin. Memandangkan pekerjaan polis ni juga adalah uniform, apa saja uniform akan aku minat. Hahahaha.



TAHAP 2: PEMERIKSAAN DAN UJIAN FIZIKAL


Sebelum aku pergi ujian fizikal ni, sempatlah aku berlari keliling kampung untuk mencari stamina yang dah mencicit entah kemana. Kalau dulu bolehlah lari jarak jauh. Tapi semenjak masuk universiti ni aku tak aktif sukan tapi aku aktif dengan perkara lain. Baiklah, apa yang berlaku untuk tahap 2 ni? Apa yang akan diminta korang buat?


  • tekan tubi 
  • bangun tubi 
  • lari ulang alik 
  • burpees
  • check anggota badan
  • cara jalan, kawad & suara 
  • 2.4 km (16 minit- wanita)


Pada tahap 2 juga akan melibatkan pemeriksaan fizikal. Misalnya cara anda berjalan, cara anda memberi arahan untuk kawad, cara anda berjalan semasa berkawad, tangan tu lurus atau tidak, kaki, semak sama ada terdapat besi atau tidak dalam badan dan sebagainya. Oh ya, kalau pakai braces takpa hehe. Bila korang melepasi pemeriksaan fizikal ni, baru boleh lari 2.4km. Kalau gagal, korang diminta pulang. Part paling sedih adalah kawan aku yang aku teman dia pada awalnya tak lepas pada tahap ni sebab tangan dia bengkok apabila diluruskan ke hadapan. Aku sedih gila kot. Menangis dalam tandas sebabnya niat awal datang adalah teman dia. Kami praktis lari 2.4km. Tapi akhirnya, dia tak sempat pun lari 2.4km. Dia cakap, aku habiskanlah benda ni semua. So, aku berjaya habiskan larian dan yang pasti laluan larian aku bukan rata tetapi ada bukit sikit, lalu jalan raya haha. (aku malas cerita panjang apa yang berlaku masa ni sebab nak bagi ringkas).



TAHAP 3: UJIAN INTEGRITI PDRM (MALAYSIAN INTEGRITY TEST - MIT).


Untuk tunggu bila MIT ni keluar pun mengambil masa yang lama. Sebulan juga la. Lebih kurang macam tu. Korang boleh semak di website SSO RMP sebab panggilan untuk menjawab MIT ni akan keluar di situ dan pihak PDRM tak telefon korang. Jadi, rajin-rajinlah buka. Sebelum aku nak cerita mengenai MIT ni, dengar perkataan integriti pun kita dah boleh agak kan? Apa maksud integriti tu ek? Kejujuran, ketulusan hati, keutuhan yang melibatkan perwataan seseorang. Ringkasnya "mengikut peraturan walaupun tiada sesiapa melihat". Contohnya RAHSUAHOleh itu, peribadi korang akan dinilai melalui ujian ini dan tapisan akan dibuat. Ujian Integriti ni dibuat oleh MIMOS dan tujuannya untuk melihat kecenderungan individu tersebut untuk jujur dan konsisten (sekata) dalam perbuatan, nilai dan prinsip dan untuk menilai individu tersebut ada tak kecenderungan untuk terlibat dalam tingkah laku yang tidak produktif. Kalau dalam bahasa inggeris kita panggil counterproductive behaviors. Tapi, kalau macam aku belajar master ni kami sebut singkatan CWB saja hehe iaitu Counterproductive Work Behaviour. Ok. Sama ja. 

Penerangan lain untuk ujian integriti PDRM ni adalah bila korang menjawab saja MIT, ianya boleh melihat sama ada korang ni boleh ikut peraturan ke tidak? Boleh ikut kaedah-kaedah yang ditetapkan ke tidak? Boleh mengawal emosi dan mengelakkan diri terlibat dalam tingkah laku yang berisiko ke tidak? Adakah korang rajin? Adakah korang jujur dan ikhlas dalam tindakan? Ringkasnya, MIT ni boleh digunakan untuk ukur nilai kerja, sosial, pandangan positif dan lain-lain lagi. Ok, tu gambaran berkaitan apa yang dilihat dalam MIT.

MIT ni korang perlu jawab menggunakan komputer. Ya, ini ujian komputer yang menjurus kepada ujian psikometrik. Apa soalan yang ada dalam tu? Aku tak ingat sangat soalan dia, tapi soalan tu tak perlukan korang baca buku hehe. Bukan dia nak tanya "siapa nama perdana menteri Malaysia". Oh tidak. Soalan dia ada 4 jawapan (kalau tak silap aku). Amat tidak setuju, tidak setuju, setuju, amat setuju. 

Memandangkan aku ni memang daripada bidang psikologi, jadi soalan yang lebih kurang sama "bentuk" MIT ni aku agak sinonim. Bagi mengukur tahap kejujuran korang menjawab soalan ni, soalan yang membawa maksud yang sama tetapi ayat berbeza akan disoal. Apa tips untuk MIT? Tipsnya adalah cara menjawab korang tu adalah konsisten. Jangan kejap jawab jawapan lain tapi ayat tu menjurus kepada maksud yang sama dan memerlukan korang menjawab jawapan yang sama juga. Apa yang pasti, kejujuran itu penting sebab dah nama pun ujian integritikan. Lagi satu, aku nak ingatkan bahawa manusia ini tidak sempurna dan sering kali membuat kesalahan dan tipu la kalau tak ada sekelumit tabiat buruk. (Ya ini indirect punya tips yang korang akan jumpa masa jawab MIT). Aku doakan korang dapat menjawab dengan baik MIT ini dan jangan fikir terlalu lama bila menjawab sebab bila fikir lama sangat, korang akan drag masa jawab soalan lain dan bila berfikir terlalu lama, mulalah korang stress dan jawab entah apa-apa dan janganlah tak berfikir sebelum jawab. Pastikan anda faham soalan tersebut.



TAHAP 4: TEMUDUGA (Interview- IV)

Bila dah lepas MIT, korang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga. Masa ni, aku tahu semua pasti cuak termasuk aku. Aku dulu dah la nak jawab exam master, ni nak study untuk IV lagi. Cara yang paling bijak aku guna, hahaha. Bijaklah sangat. Aku suruh kawan aku baca topik-topik tertentu dan ceritakan semula dekat aku. Aku ni jenis mudah ingat apa yang disampaikan berbanding aku baca sendiri. Haha. Kalau baca sendiri, mulalah fokus tu pergi ke laut. Masa aku IV dulu, kami dipecahkan kepada kumpulan. 1 kumpulan ada 5 orang. Memandangkan aku IV untuk jawatan Inspektor, mungkin berlainan untuk jawatan yang lain tapi, masih boleh diguna pakai. Ada 3 panel dan dalam  orang tu ada seorang pengerusi. Pengerusi ni yang banyak tanya kita. 3 panel lagi sekadar memerhati. Masa nak masuk, siapa orang pertama tu akan lapor diri. Bab ni, korang tak perlu risau sebab nanti akan ada anggota atau pegawai yang bertugas akan ajar. Aku masih ingat, aku adalah kumpulan terakhir pada hari tersebut dan kedudukan ke-4.

Apa yang berlaku semasa IV? Aku perlu memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris. Apa yang aku ceritakan semasa aku perkenalkan diri? Nama, sekarang buat apa, mak ayah aku, pekerjaan depa apa, adik beradik aku apa depa buat, pengalaman kerja (kalau ada). Macam aku, aku tak banyak pengalaman kerja jadi aku cerita pasal internship aku dulu dan apa aku buat dan sedikit pengalaman berkaitan guru ganti. Apa yang aku tahu untuk intro dalam english ni hanya nak tengok bahasa inggeris kita dan tahap keyakinan diri kita. Jadi, ceritalah apa pun. Ada calon sekumpulan aku tu kejap saja bercerita pasal diri dia sampaikan pengerusi tanya "itu saja?". Aku ni, tidaklah pandai sangat berbahasa inggeris macam korang yang membaca ni. Salah juga grammar. Tapi Alhamdulillah, masa aku cakap tu, tidak ditegur mana-mana grammar. Tapi, kalau ada yang ditegur grammar tu, ingat! jangan lupa ucapkan terima kasih sebab mengucapkan terima kasih tu adalah salah satu adab. Oh ya, lepas intro, korang boleh duduk dan perbincangan berlaku dalam bahasa Malaysia. Aku masih ingat lagi masa intro kena la maki sikit hahaha dalam bahasa inggeris wei. Aku kan sambung master, panel tanya apa aku buat dekat sini minta polis? huhu. Masa ni, korang kena pandai handle emosi. 

Aku ni, bukanlah power pun nak jawab semua soalan iv. Aku pernah menghadiri dua IV oleh SPA tetapi kedua-duanya gagal sebab masa tu aku tak tahu macam mana nak menjawab soalan dengan baik, persedian yang serba kekurangan dan sebagainya. Aku hanya mampu kongsikan apa yang aku buat semasa aku IV haritu. Nasiblah ada yang mengajar aku dan aku sangat berterima kasih kepada mereka. Bukan apa, tanpa perkongsian yang dibuat oleh individu-individu tersebut, mungkin hasilnya sama seperti 2 IV SPA yang sebelumnya iaitu GAGAL. Nak bagi tips banyak pun tak pandai, jadi aku cerita jelar ek serba sedikit apa yang boleh korang buat masa IV nanti dan harap bermanfaat ilmu ni.

1. Maniskan muka dengan senyuman. Kita nak bercakap dengan manusia yang berperasaan, bukan robot. Kita nak "menjual diri" jadi pastikan penampilan menarik. Aku tak suruh korang goda panel tau. Jangan buang tabiat haha.
2. Kalau duduk, pastikan posisi duduk itu tegak dan jangan sesekali bongok badan. Ya, ini penting kerana melambangkan keyakinan. Pensyarah psikologi aku bagitau. Walaupun dalam apa situasi, jangan lupa diri sampai korang bongokkan tubuh dan ingat...tak lama mana pun dalam posisi tu. 1 jam sahaja. hehe.
3. Jangan mudah selesa dan tertipu dengan panel. Panel ni, ada saja caranya nak tengok belang kita. Kadang tu dia buat lawak. Aku tak cakap korang tak boleh gelak. Boleh, tapi dalam kadar sederhana dan jangan sampai berdekah-dekah sambil gosok perut. Jangan main-main ok, ada calon kumpulan aku macam tu. Aku tak boleh jeling nak bagitau dia supaya jangan over sebab kalau aku bagitau nanti, memang aku yang kena pula sebab jarak kita dengan panel, tak jauh mana pun. Korang berbisik pun dengar.
4. Pandai kawal emosi kalau kena provok. Macam aku ni, memang kena provok mungkin sebab aku dalam bidang psikologi jadi panel nak tengoklah aku macam mana. Apa yang pasti, korang jangan pula pergi tumbuk muka panel hehe.
5. Bila jawab soalan, haruslah memandang tepat mata panel dan jangan tengok merata ok?
6. Bila tak faham soalan, jangan segan silu untuk minta panel ulangkan soalan tersebut agar mudah difahami. Ingat, jangan terus cakap " tak faham la...". Mana perginya adab? hehe. 
7. WAJIB BACA INFO SEMASA DAN PERKARA BERKAITAN PDRM. 

Ni serba sedikit tips, banyak-banyak tak boleh sebab nanti semua sama hahaha. Hilanglah kelainan antara calon. Kalau nak lebih lagi, mohon gali sendiri hehe. Alar, tips aku pun biasa-biasa ja. Semua orang tahu kan? Oh ya, kat sini aku nak kongsi sedikit tajuk yang ditanya sepanjang calon kadet inspektor seluruh Malaysia disoal. Tak semua orang akan ditanya tajuk yang sama. Kadang tu, terpulang kepada ahli kumpulan korang. Soalan boleh ditanya bergantung kepada apa yang korang cakap dan bermacam-macam lagi faktor lain. Berikut adalah contoh-contoh tajuk yang pernah disoal atau dibincangkan masa kami dulu dan mungkin tajuk ini tidak relevan lagi masa korang ditemuduga:

Kenapa mahu menyertai PDRM?, 
Aplikasi bidang pengajian dengan PDRM, 
Integriti dan cara meningkatkan intergiti, 
Pendapat tentang GST
Ekonomi negara sekarang
Pergaduhan dan cara eratkan perpaduan kaum
Nama-nama menteri, ketua polis, mantan pun sama
ASEANAPOL & INTERPOL
Esszone dan Escom (jangan lupa baca)
Pangkat dan nama ketua jabatan dalam PDRM (ingat sekali fungsi jabatan)
Modal insan
Cara atasi pekerja bermasalah & integriti
NKRA- National Key Results Area (wajib tahu sebab bila tahu, boleh hurai banyak benda)
Perpaduan
Penubuhan-penubuhan suruhanjaya dan tujuan
Polis kemasyarakatan (wajib tahu maksud dan apa yang dibuat)
Demonstrasi jalanan
1MDB dan PAL (The Public Accounts Committe)
TPPA & TAPP (masa kami iv dulu kan benda ni hangat)
Rakan Cop (wajib tahu dan kena tahu nombor telefon, fungsi)
Kenapa ISA dimansuhkan
NBOS- National Blue Ocean Strategic (kena tahu juga)
Jenayah Siber (Cyber Crime)
Suruhanjaya polis
Amanita (wajib tahu)
GTP- Government Transformation Programme (wajib tahu)

Atas ni adalah serba sedikit tajuk yang ditanya dulu. Apa yang penting, korang kena cakna dan hal ehwal semasa dan tahu untuk menghubung kaitkan dengan PDRM dan jangan lupa berkaitan pengetahuan asas agama islam sebab ada yang disoal hehe. Berhubung dengan pakaian, bagi yang perempuan pakai baju kurung (tak perlu blazer) atau baju kemeja dan berseluar slack (pakai blazer sama baru nampak kemas). Baju tu jangan warna terang gila. Pakai warna lembut saja dan pastikan kemas. Kalau pakai perfume tu jangan kuat sangat takut terganggu. Bagi perempuan, pakai sepatu hitam ok.  Bagi yang lelaki, pakai kemeja berwarna lembut berserta tali leher dan seluar slack hitam. Kasut hitam biar berkilat sikit. Rambut tu jangan panjang. Kemas. Barulah panel tengok pun rasa berkenan. Bila dah selesai IV, korang jangan berhenti berdoa dekat tuhan untuk permudahkan urusan, buat solat hajat dan lain-lain lagi. Apa yang aku ingin tekankan di sini adala REZEKI. Kadang-kadang tu, kita dah cuba sebaik mungkin. Buat sehabis baik tapi tak lulus IV. Korang jangan bersedih. Aku pegang kata-kata kawan aku ni, "kalau dah memang rezeki kita, mesti kita akan dapat". "Allah tahu apa yang terbaik buat kita". Kadang-kadang, apa yang kita rasa terbaik buat diri kita sebenarnya belum tentu baik di sisi Allah. Ok? Kalau korang nak tahu, aku dah pernah alami benda yang aku rasa baik untuk aku dan aku nak sangat-sangat. Tapi, Allah tak bagi apa yang aku mahukan tu tapi sebaliknya bagi dekat aku apa yang aku mampu. Baiklah, kalau membebel panjang, tak jadi kerja pula hahaha. Kalau lulus IV, kita akan lompat ke tahap seterusnya.



TAHAP 5: IV Special Branch (SB)- Temuduga Tapisan Keselamatan

Lepas korang dapat panggilan lulus IV (melalui telefon), korang akan dipanggil semula untuk taklimat SB dan isi borang-borang lain yang banyak untuk kegunaan semasa medical check up dan SB. Korang juga akan cap jari berserta ujian air kencing pada hari yang sama cap jari tu. Untuk tapisan keselamatan ni pun aku cuak juga hehe sebab kena bawa 2 orang kenalan rapat kita. IV untuk SB ni dibuat pada hari lain. Aku tak boleh cerita banyak berkaitan tapisan keselamatan ini sebab aku dah janji tak akan ceritakan apa yang kami bincangkan masa dulu. Tapi, aku tahu korang mesti nak tahu juga dan nervous gila kan? Ya, tapisan keselamatan tu berkaitan diri korang, keluarga dan apa yang korang buat. Masa ni, korang kena jujur dengan pegawai SB. Kenalan rapat tu pastikan jangan kawan yang akan tikam korang sebab korang takkan tahu pun apa yang diborakkan oleh pegawai SB dengan kenalan rapat tu. Kalau dia cakap benda buruk pasal korang dan apa yang korang cakap tak sama dengan apa yang dijawab oleh kenalan, hehe... benda ni akan menimbulkan keraguan. Oleh itu, carilah kawan sebenar dan bukan kawan makan kawan. ok? Sebelum tu, masa sebelum masuk berjumpa pegawai SB pun perlu lapor diri. Ayatnya akan diberikan oleh anggota yang bertugas. korang kena hafal apa yang perlu disebut pada masa nak jumpa pegawai SB nanti. Tapi, aku dah macam langkau ja apa yang berlaku sebelum SB hahaha.

Masa korang isi borang yang banyak tu, tanya ja apa-apa soalan yang korang tak tahu dan jangan malu untuk bertanya. Haha. sebab, kalau salah nanti, korang yang kena dan bukan orang lain. Aku ni special case sikit sebab semua calon yang lulu untuk negeri aku, cuma aku seorang ja yang tidak bekerja sebab sambung belajar. Orang lain semua dah bekerja tak kiralah kontrak, separuh masa atau tetap. Jadi, banyak sikit aku tanya soalan sampaikan pegawai SB yang bertanggungjawab IV aku pun cam dah muka tanya soalan yang banyak ni. haha. Ya Ampun!


TAHAP 6: Medical check up

Aku rasa, korang mesti tahu untuk tahap ni. Kita buat x-ray, HIV test, Pregnancy test (bagi perempuan), ujian penglihatan dan doktor tanya la ada ke tidak sakit-sakit lain. Hehe. Alar, aku rasa semua sedia maklum mengenai medical check up. Lepas tu, hantar laporan ke bukit aman. Ok settle. Namun demikian, perlu diingatkan untuk semua. Walaupun korang lulus IV, tak bermakna korang akan dapat. Jangan buat kenduri lagi. Selagi korang tak dapat surat perlantikan, maknanya korang belum diambil untuk menjalani latihan tersebut.




TIPS LAIN:

Aku nak ingatkan korang, dalam masa menanti ni janganlah lupa kepada Maha Pencipta tahu? Dekatkan diri denganNya. Jaga diri, jaga keselamatan. Jangan pula ada kemalangan jalanraya. Apa yang pasti, rezeki masing-masing berbeza dan kadnag-kadang hadir tanpa kita jangka. Kawan aku pernah cakap, bila melibatkan kerja berkaitan uniform ni, mestilah ada minat. Kalau tak ada minat, mungkin agak sukar dikemudian hari. Perlu tahu kehidupan kerja uniform ni tak sama macam kerja biasa. Ecewah! Macam Nekmo tahu pulakkkk... hehe. Ok lah. Aku doakan korang berjaya dan manfaatkan ilmu yang aku sampaikan ni walaupun sedikit aku harap ianya berguna kepada korang yang nak menceburi dalam dunia polis.

****Oh ya, hari ini 27 Julai merupakan genap setahun proses pengambilan kadet inspektor. Hehe (auto schedule kan. Bolehlah tarikh yang sama hahahaha). Proses yang memakan masa yang lama. Bila dah dapat, perlu ada simpanan sebab nanti nak beli barang guna duit yang banyak. Ya, sangat banyak. Hmm.. Namun, masih bersyukur sebab Allah dah beri rezeki dari segi kerjaya kan. OK, sekian daripada aku. Maaf andai ada tersalah taip atau tersalah info.



SEMOGA BERJAYA SEMUA!

Tips temuduga calon untuk kemasukan Sarjana Muda Psikologi di UKM

Disini saya ingin kongsikan beberapa isu yang perlu diberi perhatian oleh bakal calon-calon dan juga pelajar sekolah menengah. Pastikan anda:
1. Tahu tentang bidang yang anda mohon
Sudah semestinya salah satu soalan kegemaran panel adalah - kenapa anda memilih bidang ini? Apa yang anda tahu tentang bidang ini. Maka, calon hendaklah membuat 'homework' tentang kursus yang mereka minta. Sekiranya anda datang dengan ilmu yang kosong, sudah tentunya kami akan berasa anda tidak minat dalam bidang ini (sebab kalau anda betul2 minat, sudah tentunya anda tahu tentang bidang ini)
2. Pastikan anda menguasai bahasa inggeris 
Di UKM, Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa utama dalam proses P & P. Namun begitu, pelajar perlu menguasai bahasa Inggeris juga sebab kebanyakan bahan rujukan adalah dalam bahasa Inggeris. Dalam sepanjang temuduga yang dijalankan, kebanyakan calon boleh dikatakan dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu, ada segelintir daripada mereka tidak boleh berbahasa Inggeris walaupun diberi peluang beberapa kali. Jangan berasa malu untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Betul atau salah adalah perkara yang kedua, yang paling penting ialan anda kena mencuba. Sekurang-kurangnya anda boleh memperkenalkan diri anda dalam bahasa Inggeris
3. Isu semasa
Saya telah melalui banyak temuduga dan pernah juga menjadi panel untuk temuduga. Salah satu soalan yang ditujukan ialah - apa yang berlaku di negara kita/ apa isu semasa dan berikan pendapat anda. Soalan ini ditujukan untuk mengetahui pengetahuan am para calon. Kita perlukan calon yang tahu apa yang berlaku di negara kita dan bukan yang fokus dalam pelajaran sahaja. Kebanyakan calon yang hadir dapat mengupas isu semasa dengan baik.
4. Anda kenal tokoh bidang yang anda mohon?
Pernah tak anda berusaha untuk mengetahui tokoh bidang yang anda mohon? Kami meminta satu soalan, namakan seorang pakar psikologi atau bidang yang berkaitan dan sedihnya, ramai calon gagal untuk menjawab. Ini bermakna anda tidak kisah akan tokoh-tokoh yang pernah memberi sumbangan banyak dalam bidang yang anda mohon. Ada diantara calon yang kenal tokoh luar negara tetapi tidak boleh menamakan tokoh bidang negara kita.
5. Apa yang anda bawa semasa temuduga
Kami berasa tidak selesa apabila anda membawa beg tangan untuk temuduga, apatah lagi anda simpan beg tangan atas peha anda. Seharusnya anda perlu simpan tepi. Pastikan anda membawa fail yang lengkap dan semua sijilnya disusun. Jangan mengambil sijil satu per satu dari folder dan berikan kepada kami. Jika anda buat sebegitu depan panel, panel akan berasa anda adalah seorang yang 'disorganized'. Pastikan anda membawa salinan sijil, gambar dsb walaupun tidak dinyatakan dalam surat tawaran temuduga. Itu adalah tanggungjawab anda dan pastikan gambar adalah gambar yang formal, dan TERKINI.
6. Body language dan berpakaian kemas
Ini adalah our first impression. Anda tidak perlu memakai baju yang mahal dan branded. Yang penting, anda berpakaian kemas. Rambut (lelaki) biar nampak kemas walaupun anda spike rambut anda. Bagi calon wanita, jangan betulkan tudung anda untuk 10 kali. Ada seorang calon yang pernah betulkan tudung untuk lebih daripada 10 kali. Anda datang untuk temuduga bukan untuk photoshoot.
7. Kokurikulum
Salah satu kriteria untuk mengambil calon ialah penglibatan dalam kokurikulum. Kokurikulum bukan sahaja sukan tapi merangkumi banyak lagi aktiviti seperti mengambil bahagain dalam pidato, drama, projek keusahawanan dan byk lagi. Apabila panel tanya apa penglibatan anda, pastikan anda boleh menamakan serba sedikit. Fokuskan pada aktiviti di sekolah menengah/matrikulasi. Ada bebrapa calon yang memberitahu penglibatan mereka semasa sekolah rendah shj. Apabila tanya penglibatan di peringkat sekolah menengah, mereka diam. Be active.
8. Shine like a star
ada beberapa calon yang kami rasakan sangat berpotensi dan impresif. Ada diantara calon yang sangat steady dan yakin semasa memberi jawapan dan kurang filler words sperti errr, arrr, hmm.. Ada diantara mereka menunjukkan minat yang sanagt mendalam tentang psikologi dan mereka mula kenal beberapa pensyarah pusat kami (mereka google website pusat), ada yang membawa portfolio mereka (mereka menyatakan latar belakang, pendidikan, penglibatan, beberapa kepingan gambar dsb dalam bentuk portfolio) dan banyak lagi
Kesemua komen/tip diatas adalah untuk adik-adik diluar sana tentang do's and dont's semasa temuduga dan bukanya untuk mengutuk / downgrade sesiapa.
Good luck.

Credit: Dr. Rahim