Showing posts with label geli gusi. Show all posts
Showing posts with label geli gusi. Show all posts

Kisah pokok taugeh


Bila cakap pasal pokok taugeh..
Eh, ada orang tak suka makan taugeh ke??
Hahahahha..mesti la ada.. kawan aku la..
Dia memang tak makan taugeh..

Kalau korunk makan char koey teow..
Taugeh ni, memang bersepah la..
AKu makan taugeh..but..sayur2 lain..
haish. kena fikir banyak kali..
bcoz, aku tak suka makan SAYUR! T-T

Ingat lagi, dulu2 zaman sekolah rendah..
Korunk mesti pernah buat experiment
yang guna pokok taugeh kan??hehe..
Saat tu..penuh la bekas dengan biji kacang hijau..
pastu letak kapas basah (teringat zaman budak2 lu)

Cewi je kan kita time tu?tak sabar nak tunggu pokok besar
hehe...Aku tau, korunk mesti pernah alami benda ni..
kalau tak alami?? sangat sadis oi..hahah
Masuk balik sekolah rendah ek..

Aku kalau bercerita suka keluar landasan
Ni ha, aku nak cerita, minggu lepas..
aku kena turun perjumpaan, pastu, kawan aku kata
"abie, aku tak sedap hati la..rasa tak ok je"
(lebih kurang mcm tu la dia sebut)
mood dia tak bape nak ok..rasa tak kena..

Aku kan kawan yang jahat (betul..haha)
aku kata dekat dia lbh kurang macam ni..
"PI AR BUNUH DIRI!!"
(cis..tak guna punya kawan..bukan nak tny kenapa??)
Ok fine.. mmg aku cakap macam tu..

Pastu aku suh dia tunggu kejap..
aku g lari kat cafe..termengah2 oii...
"abang, nak taugeh satu"  sopan je aku cakap.
haha..abg tu xde hal, dia bagi je..

Dia tau otak aku tak betul..pastu aku nek atas...
Aku g kat member aku tu..
"nah! kau kata  xde mood an??amek taugeh ni!"
"kau gantung la diri kau kat pokok tu!!"


"hahahha...abie!!!"
kawan aku senyum..aku bukan pe beb..
Aku tak mau korunk moody...
bia aku moody xpe..hahahah
rakan-rakan blogger..korunk de idea best??

wanna share with me??aku pun nak tau gak..
Benda2 yg leh wat org chill hehe..
share la ngn aku... ^__^
source: gambar tu pakcik google bagi

Hilang kemaluan seketika...














hari ni lambat lagi pergi kelas..
dah lambat..boleh lagi singgah cafe
membeli kopok lekor..
memang nak kena pelempang budak ni..
Ok,aku tak kisah yg tu..
Janji anak dalam kandungan mesti makan..
hahahahaha..anak??ye...anak yg mintak..
bukan aku...^__^

Masuk je kelas..ada presentation..
Dah la panas..huhu..
Bila part sesi soal jawab..
memang hot la kat dalam kelas tu..
mengalahkan market dekat umah aku..
Bila dah jadi mcm tu,aku pun syok gak bertanya..haha..
TIBA-TIBA...

Dengan penuh bersemangat ..
"Encik Amer!!!" aku panggil nak tanya soalan..
Semua usha aku..semua gelak dekat aku..
kelas kecoh sangat..aku dah tekup mulut...
ALAMAK!!!salah sebut!!
tu nama lec kos lain..haha...
kawan-kawan aku kata "kantoi la bie!"
"owh, tingat encik amer ek??"
"bie! dalam diam2 ek??"

Semua gelak...!!!eee...
malu2..rasa mcm ilang kemaluan seketika..hahaha..
korunk!!jahat ek..dengan lec aku pun gelak sama...
Korunk..aku bukan tingat encik amer la..eee...
Mulut aku mmg nak sebut encik najmi..
Tapi,napa tah tersebut nama lec yg lain..



Ha!memang wajar aku gelar diri aku NENEK MODEN
haha...Nyanyok satu hal..
Pelupa satu hal..
Macam mak nenek satu hal..hahaha...
CUCU-CUCUKU...korunk tak kagum ke dpt nenek mcm aku??haha


Gempar!! Awek Tak Pakai Coli

Aku rasa macam nak kerat-kerat saja orang tu..
Takde kerja lain kot mau buat??
Tak senonoh betul..Maaf, aku takde benda yang nak update..
Tapi, aku terkejut ar..ada gak cegini..
Dorunk igt blog aku blog lucah ke?
Kat mana dorunk dapat keyword entah la..hahaha...

Maaf ye..tiada gambar awek tak pakai coli disini..hehe








Dekat blog gua takde awek cun..
pengawet ada ar..hehe..



Aku baru je tengok kat youtube pasal 
Justin bieber berumur 51 tahun...
Hari tu just baca kat blog mario ja..haha
Nasib baik aku bukan peminat dia..haha
Eh..tengok betul-betul..tu justin bieber ke??
atau justin bibir??hehehe...

Bawa kenderaan terlalu cermat pun kena tahan ek?


JEDDAH: Polis menahan seorang juruterbang kanan Syarikat Penerbangan Arab Saudi ketika dia dalam perjalanan ke lapangan terbang di Jalan Raja Abdullah di sini, semalam.
Juruterbang itu ditahan selama dua jam dan keretanya diselongkar.

Kesalahannya-mematuhi peraturan jalan raya.

“Saya menyedari sebuah kereta kelabu mengekori saya sepanjang lima kilometer,” kata Amad, warga Saudi.

“Saya merasa aneh kerana pemandu itu tidak berusaha memintas kereta saya sedangkan pemandu lain berbuat demikian.” Apabila tiba di satu persimpangan, pemandu kereta Toyota Camry itu menyuruhnya berhenti di te pi jalan.

Pemandu berkenaan, anggota polis muda keluar dan meminta dokumen pengenalan diri Amad. Dia juga enggan menjawab beberapa soalan yang diajukan juruterbang itu mengenai alasan dia ditahan.
"jangan bawa kereta macam mr.bean sudah..haha"

Bagaimanapun, anggota polis berkenaan akhirnya berkata, dia bertindak menahan Amad kerana dia memandu terlalu berhati-hati.

“Dia berkata, saya mungkin menyembunyikan sesuatu kerana saya mematuhi peraturan jalan raya,” kata Amad.

Enam kereta peronda tiba dalam tempoh dua jam dan menyelongkar keretanya sebelum dia dibenar meneruskan perjalanan ke tempat kerja tanpa sebarang permohonan maaf daripada anggota polis terbabit. - Agensi.  sumber

hahaha..apa ke pelik kes ni??aku baca pun nak tergelak..
Bawa kereta cermat pun nak kena tahan ke??haha..lain la bawa kereta
macam pelesit.Ok la juga nak tahan pun,Tapi,lain pula dekat tokyo yang kita tengok
dalam Tokyo Drift tu..hehe..lebih had laju tak kena tahan sebab tak dapat kejar..hehe

Kahwin sama jenis..beranak keluar lain..

Have a nice day!!!
Aku nak langsaikan dua hutang daripada cik azie dan dg.
Memandangkan wasiat ini sama,jadi..aku gabungkan dan telah mendapat hasil yang begitu lumayan.Aku telah menternak dua ekor lembu dan telah mendapat baka yang sangat bagus.hehehe.Tapi,bersyarat la pulak ye.
(hehe..aku ternak sampai jadi macam ni..) 
 
Syarat-syarat sebelum terima wasiat ni..:
1. Thank & link the person that gave you the cow
Terima kasih la ye rakan-rakan yang bagi lembu dekat nenek moden.

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active or xaktif
fhad (sori weh..blog ko byk sgt pic..aku nak bagi menyemak g..hehe)
bro Long (buat tau..hehe..)
ija  (bila free amek la..)
din (xtau ko dah buat ke x..amek la..)
alin (kalau alin xnak wat xpaksa aw..huhu..kunk bz)
mira (jangan segan2 ye..ternak le..)
kak deela (boleh amek wat masak masa kenduri..hehe)

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat.
okeyh..akan diberi tahu
4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv. 
buka mata
dengar guna telinga
duduk bersila

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan: 
Apa ek?aku lupa ar..tak da kot..
6.Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
owh..sori,aku dah lupa..aku dah tak main FB sekarang.
7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...
err..teeeettttt..mana leh bagitau..hehe baca sini ok
   

tolong jangan buka mata!

Have a nice day!!!
Kehadapan cucunda yang disayangi(cewah..jiwang la pulak nenek moden ni..haha)
Actually,nenek moden terharu ye…walaupun nenek pergi bertapa,cucu-cucu kesayangan tetap datang melawat teratak nenek moden yang hampir roboh dimamah anai-anai(ayat sedih ni.)Nenek akan berusaha sebaik mungkin pergi menerjah blog cucunda di sana..jangan lupa tinggal link ye..Kalau nenek terlewat terjah,harap maaf..Lagi satu,kepada yg nenek hutang tu..nanti nenek langsaikan..
Banyak jugak..adoila..nenek pergi bertapa..Jangan pos surat ye..hehe

hehe..nenek moden macam ni la..smart tak??
p/s:thanks pakcik google

Jika aku pelajar Akademi Fantasia

Have a nice day!!!
Ehem2...sekarang ni semua orang tahu kan dekat Astro ada rancangan Akademi Fantasia..
(kalau tak tahu..adoila..tak tau nak cakap pe).Macam-macam kejutan yang dorunk dapat kan?Huhu..Tapi,aku tak layak menyanyi.Kunk aku nyanyi,meletop satu dewan tu.Bukan sebab aku nyanyi terlalu merdu dapat sorakan penonton,tapi dewan tu kena panah petir sebab aku nyanyi bagi hujan turun hehehe.Minggu lepas,aku tengok diari AF.Mak salah sorunk pelajar bawa makanan.Tetiba,adik aku pulak kata kat aku cegini.
"Kak lang,kalau aku masuk AF kan,mesti mak bawak  kat aku telur goreng banyak-banyak..hehe..Kalau ang pulak masuk AF,mak bawa kat ang Burger takda sayur"gelak mengekek la kami bila bayang cegitu.hehe


cun tak aku???hehe
korunk tak pernah ke terfikir diri korunk dalam rancangan cegitu??hehehe

Bila bercerita kisah lupa..

Have a nice day!!!
Salam semua.Aku sibuk minggu ni,sebab tu la nak update blog pun macam semut.
Melawat blog orang pun bila orang melawat blog aku ja.Tapi,lepas ni,aku akan mulakan kerja 'blogwalking' aku..hehe.Berbalik cerita pasal tajuk entri kali ni..
Korang pernah ada kisah akibat terlupa?
bila bercerita kisah lupa ni,macam-macam  cerita ada lupa tutup zip seluar?? oppss! hehe lupa gosok gigi??eee...uwek!! lupa mandi??hahahah..bau kambing weh!ok2..skip,dalam berapa minggu lepas,aku ada dengar radio aw sal kisah lupa ni.Seorang girl called radio tu,then dia kata lebih kurang macam ni..
"hamster saya panas,jadi saya pun letak la dalam peti ais..beberapa jam kemudian,saya keluar pergi jalan-jalan dan saya terlupa yang hamster tertinggal dalam peti ais................."
                    
                                                                  
korunk boleh agak tak apa yang terjadi lepas tu???hahahha..kesian hamster tu weh..adeh..lupa punya pasal.Aku dengar je cerita ni,terus gelak.Hehe..aku pun ada jugak cerita pasal lupa punyee hal ni.Al maklumlah 'NENEK' MODEN.

"Aku ni suka set rancangan tv yang aku nak tengok.Kirannyee,habis je cerita tu,aku pun pergi sembahyang.Selalunyee,waktu sembahyang aku tu,memang aku dah tau la.Nak jadi kan cerita,habis je cerita tu macam biasa aku pun pergi amek air sembahyang.Lengkap ni,pakai telekung.Bila selesai je sembahyang iaitu bagi salam,aku teringat balik..alamak!!aku mana boleh sembahyang!aku datang bulan!adoila..Awat aku tak sedar???ngeh3..huhuhu.."
Benda ni jadi bukan sekali,ada la dalam 3 kali dah..hehehe..Korunk lak macam mana??ada ke kisah lupa punyee hal ni???mai share dengan aku..hehehe..
Kuasa maha pencipta..

Peraturan Yang Aku Rasa Tak Masuk Akal!!

Have a nice day!!!
Kenapa kerap sangat entri mengenai sekolah ek?hehe..Sebenarnyee saja
suka-suki mau kongsi.Dulu masa aku form 1 until form 5,aku sekolah dekat tempat lain.Tapi,aku tak nak cerita mengenai front kick.
Itu zaman jahiliah tu..hehe..Berbalik kepada tajuk entri.Pada pandangan aku,sekolah aku ni pernah ada peraturan yang tak masuk dek akal la.huhu.Nak tahu tak peraturan apa??
Nampak tak gambar dekat atas ni?hehe..Kalau tak nampak klik bagi besar.
Dulu,Pengetua aku tak benarkan students bawak nasi lemak masuk dalam kelas ok!Siapa-siapa yang bawak,mesti kena letak dalam makmal.Mesti bersebab weh kalau dah cegini peraturannyee..hehe..Mesti korunk dapat agak sebabnyee..Kebanyakan student suka makan dalam kelas.Termasuk nenek moden.


Aku kan jahat weh.Time tak de cikgu je,aku belasah makan.hehe..Nasi sebungkus pun kenduri ramai-ramai..hehe..(jahat budak ni)Suatu hari,aku makan time cikgu ada.Tapi,aku sorok la(kurang ajar budak ni).Entah macam mana,cikgu tu nampak aku melahap!ayoyo..Kantoi!!Macammana ni??Aku relax je..Wat cool.
 Tapi,yang peliknyee dia tak marah aku weh..Jantung aku pun mula berdegup macam larian 1000meter.Cikgu tu kata.
 cikgu:"B,kamu makan nasi lemak?"
nenek:"A'ah cikgu..hehe..cikgu nak ke?"
cikgu:"boleh jugak,kamu beli dekat saya satu"sambil hulur duit.

hahaha..aku ingat nak denda aku,alih-alih suruh aku beli dekat dia nasi.
Adoila la cikgu.Apa-apa pun saya suka sama cikgu!!!cikgu memang sporting.hehe
Korunk ada ke cikgu cegini???hehehe
p/s:thanks uncle google

p/s:Tunggu entri aku pasal peraturan tak masuk akal lagi ye..hehe 

Masa kecik-kecik dulu..Aku??...adoila....malu weh..

Have a nice day!!!
Siapa pernah jadi budak kecik??angkat kening!!hehe..Of course la penah kan?
Tak kan la bila lahir terus leh jadi atlet angkat berat kan?hehehe..Allah dah buat cukup sempurna.Tapi,aku bukan nak cerita mengenai kejadian manusia.Aku nak cerita kisah aku masa kecik-kecik dulu.Bila diingat balik,adoilaaa...malu weh.Rasa macam nak ambil kuali mak aku yang besar gedabak 2,tutup muka..hehe..Skip bab merepek ni.

Aku dulu,umur 4 tahun da bersekolah ok(sebab tu terlebih pandai...sampai tak tau apa-apa).Tapi,aku pergi sekolah,bukan belajar sangat pun..hehe..aku usik orang.Jahat kan nenek moden ni??Berkawan pun,dengan budak lelaki..hehe..
Aku tinggal dekat kampung ye.Bukan bandar.Faham-faham la budak kampung macam aku ni...hehe..bawak basikal pun mak aii..macam nak race..hehe(kawan aku cerita dulu..hehe)

Nak dijadikan cerita la.Pada suatu hari ni,(masa ni aku dah masuk sekolah rendah)aku nak la pergi latihan sketsa.Ada seorang budak lelaki yang memang sinonim suka sangat menyakat orang.Nama dia Maie(ismail).Dia pulak kacau aku.Kata aku ni macam-macam,aku tau la aku ni keding macam lidi.Hot tak kalau orang kata macam-macam??Bila aku tak tahan sangat kena kacau.Aku pergi terus depan dia.Korunk rasa aku buat apa??


Adakah aku cium dia?owh..haram weh!Adakah aku nasihat dia?owh..aku bukan budak baik..hehe..Nak tau??Sekali aku buat front kick!aku pergi terajang dia punyee..adeh..(sori ye kaum adam)Ha!amek kau!kacau lagi aku.Itu baru front kick,belum side kick,back kick.Nasib baik aku tak buat back flip ke..hehe..Aku ni pantang kena usik lebih-lebih.Tapi,lepas aku tendang tu,memang dia diam terus.Tak terkata apa-apa.Agaknyee sakit kot.Entah la..aku pun tak pi tanya.Budak lagi ni weh..hehe..
(ni lukisan org xberseni mcm aku..hehe)

korunk pernah ada ke kisah macam ni??mari share dengan aku.
Aku pun nak gelak sama korunk..hehe

CaKap Kelantan 2 pelik ke???

Tadi time keje rasa mcm nk mampus jerr..
kejap2 tgk jam..adeehhh...bila weh mau pukul 10??
aku nk balik dowh..
customers xramai..mata pun da mcm org bru pas idu gam..
seb bek aku xmenerap je kat lantai tdo...huhu
cuna yg jd peneman aku..tu ha.."kak tuala"
hehe...ape keheynyee nama gitu??huhu..
kak 2 jaga part tuala..hehe..org qelate weh..
ckp ngn aku pun...mak aii..pekat bebenor..
kdg2 dia ckp aku pun xfaham..huhu..
mcm kita panggil toilet(jamban kan?)
tapi..dia panggil jambey...hahahahahahaha...
klu pelanggan lak...pelanggey..hehe...
tapi...yg aku xtahan nk t'gelak ni bab len..
bira:td time nk masuk keje kami nmpk kak..
kak tuala:iyola...kak rehat pukul 12(dgn pekat kelantannyeee)
bira:makan katne kak?
kak tuala:makey kat pungkoq(ejaan utk sebutan dia 2)
bira:haa????kak makan kot pungkoq????(muka da b'kerut mcm pelam kecut) :t
kak tuala:ha la...kat pungkoq..
bira:hahahahahahah...ape la kak ni..sebut la tol2...FOOD COURT(tol ke aku eja ni??hehee) :r
kak tuala:hehehehehehe..mana la kak nk tau sebut... :D
bira:kak,klu pelanggey(sebut kelantan) dgar..sure dorunk pelik..ade la mkn kat pungkoq..hehe
kak tuala:(gelak sampai merah muka..hehehe) :r

TIGA ANAK DARA..LUCU NI..HEHE

aku t'baca cite ni kat 1 laman web..
harap dihalalkan aku amek utk share..huhu..
aku mula2 xfaham..lmbt pickup cket..
hehe...tp..
bla da bc..aku faham..hehe :r
Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak....... Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."