Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Tonton dan download drama kau laksana bulan



KLIK SINI

Ingat tak entri lepas pasal drama yg diadaptasi
dari novel kau laksana bulan?
kalau nak tengok list..just tekan menu je...
kalau nak download pun boleh..itu je aku termampu tolong..
TQ

Dunia Baru Reunion Episod 1

Have a nice day!!!
Korunk ingat tak cerita aku dulu tu pasal Elyana gemuk okeyh..hari ni merupakan episod 1 bagi drama Dunia Baru Reunion..Tapi,kejap je cerita tu..tak puas tengok..Cerita ni bermula apabila si Tajol membuat plan untuk mengadakan reunion di Bali.Episod 1 ni lebih kepada memperkenalkan watak-watak pelakon-pelakon dorunk la.Lepas perkenalkan tajol,dorunk perkenalkan suzana..aku tak sure sapa yang jadi pelakonnye..siap kata kahwin dengan sheikh arab lagi..jadi isteri no 2 pulak tu..hehe..Lepas tu si Mariah pulak yg merupakan kembar Sariah.Yang ni watak baru sebab Sariah kerja dekat Kutub Artik..hehehe.Yang syok nya dekat part Anizah.hehe..dia ni mengajar tuisyen dekat u pun guna rotan..hehe..tapi,lepas tu..dia tak guna dah rotan..dia just guna mata jerk yang bulat tu..haha..lawak tol part Anizah ni..siap ada bunyi cengkerik lagi dekat orang yang dia marah tu..hehe.Manakala si Madihah dikurniakan seorang cahaya mata.
korunk nak tengok?tengok la dekat Episod 1. Tapi,kejap je cerita tu..lebih kurang 5 minit.


p/s:malam ni nak tengok drama kau laksana bulan pulak..hehehe..

Kau Laksana Bulan karya Aina Emir versi Drama

Have a nice day!!!
Baru kejap tadi aku tengok drama KAU LAKSANA BULAN dekat Tv2..Cerita ni adaptasi daripada novel Kau Laksana Bulan karya Aina Emir.Sangat Best..Ada orang minat novel tak kat sini??hehehe.Baiklah..Bagi sesiapa yang tak pernah baca novel ni,aku kasi sinopsis ok..

"Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!
Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.
Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.
Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!
"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"
Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka teki dalam perjalanan cerita!"
(drama kau laksana bulan)

 Drama ni start dekat Tv2 bermula malam ni..setiap hari Isnin pukul 8.30malam.Rugi tak tengok...hehe..Dulu novel Kau Sayangku pun pernah dibuat drama menjadi Dari Mata Arisa.Dalam drama Kau Laksana Bulan  ni,pelakon-pelakonnyee..Ayu Raudhah,Zulhuzaimy(lawak slumber),Fizow dan banyak lagi..hehe..Aku suka Ayu Raudhah bila bertudung..tak suka yang seksi..hehehe..so..aku tengok..hehe..