Showing posts with label Universiti. Show all posts
Showing posts with label Universiti. Show all posts

Tips Temuduga di Universiti Malaya


Alhamdulillah, kalau sebelum ni ujian Medsi sudah dijalankan, minggu depan giliran IPTA pula punya temuduga terutamanya Universiti Malaya. Aku tak nak la highlight U orang lain sebab bagi chance dekat orang lain yang buat entri. Boleh macam tu? haha. Pertamanya, kalau korang tak tahu, untuk pengambilan ijazah sarjana muda bagi sesi 2013 ni untuk Universiti Malaya, memang akan ada temuduga untuk semua kos pengajian. Macam agak susah la nak masuk UM ni. Sebab, kalau hampa dapat keputusan STPM, Matrik, Diploma tinggi-tinggi pun tapi gagal dalam temuduga, memang tak dapat juga masuk UM.

Macam tahun aku 2010, belum diputuskan untuk membuat temuduga bagi semua kos. Hanya kos tertentu saja ada. Macam kos aku ni la. Aku pernah cerita sebelum ni pengalaman aku. Tapi, kali ni aku nak cerita sebenarnya apa yang perlu korang tahu sebelum hadiri temuduga bagi peringkat Universiti ni. Ok, aku tak la pandai nak bagi nasihat atau tips. Tapi, bila aku dah belajar sampai tahun 3 ni dalam kos pengajian aku, jadi aku rasa elok kalau aku kongsi serba sedikit pengetahuan aku ni. Tak banyak. Sikit saja.


Pertama, korang mestilah tahu kos yang korang minat tu berkaitan apa? Benda ni nak menunjukkan bahwa korang bukan sekadar minta saja kos tu. Orang kata, main tangkap muat saja. Study la sikit kos tu mengenai apa. Contohnya Asia Timur. Apa yang korang tahu? dan pergilah masuk dekat website UM tu tengok secara ringkas pasal kos tersebut. Kalau boleh, korang tengok la subjek yang akan diajar dalam kos tu sebabnya dari situ korang dah boleh dapat gambaran kos pengajian yang korang minta ni akan meliputi apa.

Kedua, Kenapa korang ambil kos tu? Ha, masa ni korang kena bijak jawab dan tahu apa sebenarnya korang nak bila ambil subjek ni. Pendek kata, korang dah rancang masa depan korang. Penting tau korang tahu sebab korang ambil kos tu untuk melihat prospek kerja kelak. Mungkin penemuduga akan melihat apa yang korang nak sepanjang pengajian ni. Kalau rajin, korang tengok la kerja-kerja yang berkaitan dengan kos ni. Mungkin akan ditanya untuk melihat persediaan korang walaupun sebenarnya korang baru nak menjejakkan kaki di alam universiti.


Ketiga, pemikiran bertaraf universiti. Ha, yang ni macam mana aku nak terang ye? Ok, korang kena matang dalam menjawab soalan temuduga ni. Baru kejap tadi pensyarah aku kata dia nak tanya soalan yang boleh melihat tahap pemikiran pelajar baru. Sama ada dorang bersedia atau tidak nak jadi pelajar universiti ni atau masih terbuai-buai zaman sekolah. Adik-adik, zaman sekolah dengan universiti memang berbeza. Tak dak sapa nak suap korang. Korang la cari sendiri. Korang buat sendiri. Kalau tak buat, korang tanggung sendiri. Tapi, aku bukan nak cakap aku hebat sangat la.

Keempat, penampilan diri.Kalau dari pembelajaran aku iaitu kaunseling psikologi, pensyarah aku akan melihat dari segi cara korang bercakap, cara korang duduk, tangan korang tu, mata korang tu. Pendek kata, korang kena profesional la. Duduk tu, kena duduk tegak-tegak jangan bongkok sebab melambangkan keyakinan korang. Ni pensyarah aku sendiri yang bagitahu dalam kelas ok. Pakaian tu, pakailah yang bersesuaian. Kalau lelaki tu elok pakai tie dan kasut kulit. Yang perempuan ni, janganlah warnanya terang-terang ok.


Kelima, Keyakinan diri. Perkara ni sangat penting terutamanya bila korang jawab soalan. Ini pun pensyarah aku bagitau juga. Kadang-kadang tu, bukan betul pun korang bagi jawapan. Tapi, bila korang yakin, haha. nampak macam betul kan? hahahaha. So, yakinkan penemuduga. Sebab tu, aku suruh korang kaji sikit kos korang minta tu pasal apa sebab, bila dah tahu dan penemuduga tanya, korang dah boleh goreng dengan jayanya. haha.

Keenam, tahu menjual diri ni bukanlah aku suruh korang pergi jual diri tu. Tidak. Selalunya, bila korang bawa sijil bagai, kadang-kadang tu depa tak tengok pun. Jadi, masa korang kenalkan diri tulah korang kena cakap kebolehan yang korang ada macam pernah masuk apa-apa ke. Yang ni nak pancing dorang nak tengok kelebihan yang korang ada. Padahal, masa korang minta UPU dulu, ada ja letak masuk apa-apa kan? ada je data tu dekat depa. Faham tak ni? kalau tak faham, ajukan soalan dekat aku ek.

Ketujuh, tahu isu semasa. Sekurang-kurangnya korang tahu apa yang berlaku dekat Malaysia ni. Macam aku dulu penemuduga tanya pasal pembuangan bayi. Aku kena buatlah step by step caranya kalau orang dah terjebak, orang yang belum dan lain-lain.


Kelapan, penggunaan bahasa inggeris. Ada sesetengah kos yang memang memerlukan korang cakap BI, korang bersedialah. Macam dulu, kawan aku kena cakap BI. Tapi, ikut kos jugalah. In Sha Allah yakin!

Kesembilan, kemaskan fail-fail sijil korang. Memang ada sesetengah tak tengok pun fail tu. Tapi, WAJIB! ada semua tu. Biar kemas dan jangan lupa bawa ok.

Kesepuluh, jangan lupa berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan menghadiri temuduga dan ingat Allah sentiasa.


Ok, ni ada 10 tips yang aku rasakan tak meliputi semua perkara. Ni adalah perkara asas saja. Kalau korang nak lebih, mohon gali sendiri. Kalau keinginan tinggi nak masuk UM, usaha nak cari maklumat tu tinggi jugalah. Jangan terlalu gementar. Yakin diri bila menjawab. Jangan kurang ajar dengan penemuduga. Lembutkan suara (kawal). Aku doakan korang berjaya melepasi temuduga UM ni. Kalau dapat result, cakap la dekat aku. Haha. Tapi, kalau yang nak sangat UM tapi tak dapat, percayalah rencana Allah tu lebih baik daripada perancangan kita. Terima dengan hati terbuka dan jangan give up! All the best! Aku mohon kemaafan kalau tercacat atau kurang dalam entri ni sebab itu datangnya dari diri aku sendiri.


KEEP SMILING TO YOUR INTERVIEWER'S 

latest post Tips Iv Sarjana Muda Psikologi

Pagi yang menyeksakan!

(ni masa dalam examination hall)

"Aku dah lewat! hari ni ada exam!Arrrggghhh!!"aku jerit sepuas hati.
Bukan apa, rambut aku dah bertukar jadi kaler pink. Entah sapa berhati busuk tukar shampo aku dengan pewarna pink. Apa nak jadi hari tu pun, aku tak kisah!walaupun ke examination hall dengan rambut pink!
yang penting,final exam for statistic done!.

Aku memang dah macam orang gila. Tunggu lagi! exam dah mula, tapi aku still ada dekat bilik!mandi cepat2.Takdenyee nak make up, aku terus pergi examination hall. Naik lif.Memandangkan u aku ada international student, so..bersepah la puak2 dorunk! semua usha pelik tengok aku.Aku terlupa yang rambut aku dah tersilap letak shampo.Aku buat hati kering je pergi dekat lift.Aku nampak aishah boleh dok berlengah2 tak masuk examination hall.

"hoi!!..kenapa tak masuk lagi??dah lewat ni!!" tanya aku agak pelik sambil tengok jam.
"ya Allah, dah 30 minit aku lewat" cakap dalam hati ja. Aku dah tak peduli Aishah.

Masuk saja dalam dewan. Aku terus jawab exam statistik. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............yang aku bengang gila!
Ni yang aku nak cerita! Pembantu peperiksaan tu gedik nak mampus macam nak kena penyepak ja!
Aku tengah pulun dok jawab, dia boleh dok borak belakang aku..Iye ar, aku duduk belakang sekali (dah aku lambat kan tadi???).

Aku rasa urat2 otak aku dah tak leh dok diam. Mana lagi nak fikir jawapan. Mana lagi nak dengar minah tu pok pek..pok pek..Macam xde peraturan lak. Aku usha orang lain semua confident je jawab. Bukan macam si Bibah! Cepat pulak minah tu keluar. Tau la teror statistik! style tak tunggu kawan ar! Bila dah tak tahan sangat dengar minah tu pok pek.

"Woi!! kau tahu diam tak??? Aku nak jawab exam ok!!Kalau kau nak sembang,pergi jauh2!" aku jerit dekat dia.

Semua yang ada dalam tu terhenti mengira. Semua pandang aku!Tapi, aku tak pandang dorunk! Aku terus buat exam. Peduli hape aku an??? hati kering! bila dok syok jawab exam.............

Canon rock berdendang memecah kesunyian waktu! Damn!!!! bunyi plak dah....

Opps! itu bunyi jam loceng aku..hehehhhe....Laaaaa......mimpi rupanyeee....mai mana plak dah rambut pink pe semua tu?? haiyoooo.....aku tengok jam. Pukul 9. 30. Aku exam pukul 10. Terus bangun, bersiap pergi jawab exam 3D. Yang aku pelik. Mai mana lak exam statistic?? Sedangkan aku dah jawab paper tu...eee..menggerunkan aku ja..

p/s: two papers more.. Y-Y kenapa aku ni malas sgt??
p/s lagi: aku busy wehhh........maaf tak lawat korunk2 semua... Y-Y

NEKMO YANG SIBUK SEMEDANG


hari khamis lepas, aku dengan coursemate pergi penang
kitaorg buat research sikit la..semua 7 org termasuk aku..
dan gps kami, kawan aku si teha..kiranyee ada 8 org..
Ramai tak girls??heheh..kami pergi penang island naik van
Dan drivernyee adalah aku!
korunk jgn buat terkejut plak nak g lompat bintang
bila aku kata, aku yang jadi driver van Ford PDF 2517

itulah pertama kali aku bawak van..sebelum ni just kereta saja.
pengalaman yang tak dapat aku lupakan ouh!! hahha..
korunk pernah kena escourt dengan polis??hahaha..xde kan??
bila sampai dekat persiaran gurney, parking penuh..
van tuh pulak separuh uzur..seterengnyee..
korunk faham2 la betapa ketat dan nak masuk gear pun susah..
sabor jelar..hahhaha..lepas tu polis datang..
dia suruh semua kereta berhenti...bia kitaorg nak parking...hahha

lihat lah kesengalan kat situ...lastly..dia yg parking...
dia tgk aku susah sgt nak pulas setereng..
dua org ok pulas setereng time tuh!!!hahhahha...
polis tuh pun 1st time bawak mati enjin van..hahaha(lawak!)
dah plak tuh..bila aku stop kat jalan org atas jalan..
banyak gak la mata memerhati usha pelik..
korunk tak pernah ke tgk gadis bawak van???
untuk polis2..thanks ye bantu kami.....
(tgk..gambar bawah bukan cobaan ok..ni betul2..haha)

masa nak kua parking lak jumpa skuad era utara..
orang suh dia jalan dulu, but nak jugak tunggu...
hahha..lastly...aku suruh jugak dia jalan dulu...
bila jumpa tepi jalan...dia panggil..but ktorg..
lambai tangan ja dari dalam van.. :)
maaf ye abg...hahhaha

tapi..alhamdulillah..kami selamat..dua hari merayau penang aku bawak van!!
yang tak tahan..bila lalu dekat balik pulau..
jalan dia..masyaALLAh..punya tinggi..berbelit2..
kalau korunk tak kuat iman tenaga bawak kete..
pakai semput la....tak pun..undur ke bawah la kete,van..
tambah2 yg lama....gear dua saja mau..(betul)

dua hari pergi buat research dengan dorunk sangat seronok!!!
putus fius semua...dah tu kalau buat lawak,
aku rasa macam nak ketuk je perut dorunk dengan kuali..hahhahah
malam 1st dorunk datang rumah aku,
aku bawak g makan char koey teow
aku tak tau dorunk rasa pe char koey teow tuh..
dekat KL lain rasanyee..i don't like!
kami datang je..banyak gak mata memandang..
bukan perasan..tapi, memang betul...
sekelompok gadis yang dressing molek2...ehhehe
hari last, ktorg pergi padang kota makan pasembor dan coconut shake
SESUNGGUHNYA, AKU SANGAT HAPPY BUAT RESEARCH NI DENGAN KALIAN!!
(cuba teka mana kaki aku..hehehe)

(one of my friend..aku guna sony ericsson c901..kenangan nih weh!)

lari tajuk:
"nekmo, kau budak apa???" tanya sorunk kawan satu kolej
"aku dak $#&&%^*(^" jawab aku...
"laaaa.......mati2 aku ingat kau budak sc" kata dia agak terkejut..

"nekmo, napa kau pakai baju nih?" tanya sorunk lagi rakan,lepas makan
"iyela...ni baju %$^*()%$$#...so, aku kena pakai la..hehe"jawab aku sambil basuh tangan
"ha???laaaaaa........aku ingat kau budak engin" cakap dia aku confius..

kesimpulan: adoila...kenapa mesti jadi macam ni..muka aku ni ada pe?
napa dorunk igt aku budak fac sekian2...? bukan sorunk dua cakap..
ada lagi yang cakap macam tu...muka aku ni skema sangat ke?or nampak pandai??
no3...aku tak pandai pun muka pun xde nmpk mcm dak pandai..
muka nampak pandai je tapi..otak tak pandai watpe an??
aku igt dulu masa masuk hostel..lama dah..pengakuan sorunk kawan aku...
dia cakap..1st time jumpa aku..dia ingat aku dak2 pandai...(so..tak pandai la ek?hahha)
myb kos aku amek mmg nampak reflect dgn perangai aku..heheh...kanak2 riang!

Dia usha aku..pastu..datang dekat aku...

Tadi, lepas habis kelas pukul 8.20mlm,
aku jalan terus pergi library..(mau siapkan assgmnt)
aku cari bahan..(sorunk2 je pun)
aku malas nak duduk kat meja yg lib sedia.
so, aku lepak kat lantai yg agak tersorok(boleh guling2 kan??haha)
Elok aku kelebek buku salin ayat..datang sorunk lelaki nih..
speak london ok dgn aku..hahaha..(aku dh gelabah ckp)
LONDON versi MALAY NEKMO

aksi kawan aku yang putus fius dalam library before raya cina
Gamaknye...dia buat macam tuh..ilmu buku terus berdesup masuk otak kot?
hahahha

"awk, dekat mana buku kod K?sy cari tak jumpa" tanya dia
"err..jap ek..sy tolong carikan.. :)" aku pun tgl buku aku, g tgk signboard level bape..

Dia pun ikut aku gak gerak g situ..mana aku nak tau K dekat mana..
mesti budak fac lain...sebab aku kod lain..

"ha..level ni xde buku tu, buku tu ada dekat level 2.1..awk naik tangga ni"kata aku.

dia pun naik tangga dan aku g tempat aku bertapa tu balik..heheh..selek buku lagi..
beberapa minit kemudian...

"sy tak jumpa la K.. ;)" kata dia dengan senyuman...
"aik?xde?tapi..dekat signboard tu kata level 2.1..ok2..sy g cari" aku naik la cari..

sungguh xde!! takkan aku silap??mmg level tuh kod K.. before tu aku ajar dia cara cari buku...

"kalau awk cr buku K kan? yg sekarang nih...awk nmpk L dan P kan?
K sebelum L dan P, jadi K ada dekat depan..." kata aku terang dekat dia..

aku turun balik kot2 mata aku rabun ke tgk..tapi, aku dh pakai spec time tuh..
dia pun ikut aku gak turun...pas tgk..mmg betul...then aku naik balik..dia pun naik balik..
dia dh gelak tgk aku naik turun tangga..hahahha..cari punya cari....aku tgk dia dok tgk
kat kertas yg tertampal dekat rak besi penuh buku tuh...

"ni kod buku saya...K.."sambil tunjuk huruf kat kertas tuh..
aku pun baca..K for LAW...aku pandang dia..budak law rupanyee..hahha
aku tanya dia dari China ke..dia angguk..patut tak cakap Malay dgn aku..
akhirnyee aku jumpa K...rak 1st skali..tapi..sangat sikit...
malangnyee buku dia nak, xde.. :)

"awk tahun berapa?" aku tanya..dia gtau tahun dia and dia tanya tahun aku gak..
aku jawab la...pastu dia kata..
"hehhe..owh..awk junior saya.. :) " dia sengih2...
"ni pertama kali sy cari buku dekat library...selalunyee sy beli dekat bookstore je" kata dia..
patut la tak jumpa...hahha

pastu aku ajar dia macam mana guna library punya web..and aku kata...klu buku law..
banyak dekat Fac Law la...dekat main libary terhad...Dia cakap terima kasih coz tlg dia..
and aku tak la plak tny nama dia..hahahhaha... muka dia bleh tahan la..comel2...
(borinknyee cite kau nekmo..haha)


p/s: 46XY is normal..47XYY is abnormal...ada case tuh lelaki ada chromosomal structure abnormal dan dia bertindak aggresive and violance...ok2...assignment....hmmmmm..........

1001 HIKAYAT NEKMO

Apa ke pelik tajuk??haha..Banyak mau cerita sebenarnya. Dari A to X (mana g Y and Z??dah meninggal tadi..hehe. Dalam beberapa hari ni, banyak sangat benda berlaku dalam hidup aku. Kadang-kadang aku rasa seronok, kadang-kadang aku rasa tak (manusia memang selalu mcm ni..tak pernah nak puas..kan???aku la tuh..haish..apa hal kau nih nekmo???)

Monolog Malam Palestin
(ini training budak popband untuk monolog
rasa macam ada ramai abang..huhu...tapi..dorunk suka buli aku!!ciet! huhu)
Cerita yang ni plak, aku and team di jemput buat persembahan bersama pop band kolej aku..but..ni bukan under kolej.. yeah..kami mahu bergerak sendiri..Bagi aku itu pengalaman yang best ok!! hahah...Muka aku time tuh, hodoh gila. foundation letak kat bibir..eyeshadow hitam merata kat muka..hahah..sebijik macam momok! but, aku paling suka part sebelum start monolog..Aku dok belakang sekali sambil usha orang-orang makan..sungguh berselera dorunk makan sampai tak perasan aku kat belakang..tiba-tiba "ISRAEL KEJAM!ISRAEL ZALIM" !! Aku and the gang pergi jerit dekat meja2..hahha..Nak tau??dorunk terkejut ok!!hahaha..Aku dpt ingat lagi muka terkejut dorunk..hahahha...macam kecoh seketika dalam dewan tuh..hehe.. Apa-apa pun..aku sangat puas buat malam tuh..aku puas menjerit..aku puas terkejutkan org..hahah(jahat!!!!)


Teater Muzikal Tun Mahathir 2

Pertama kali aku jejak kaki dalam istana budaya(IB) aku jadi kagum..wow!! sangat cantik! apatah lagi..ada teater pulak kan..haha..masuk lambat satu hal..tah apa2 la senior aku tuh..semua pergi 3 buah kereta..hehe.. 15 tiket ^_^.Aku nak berterima kasih dekat senior tuh coz tumpangkan aku naik kereta dia..kalau tak, aku pun xpergi la IB..heheh. Secara jujurnya, aku begitu teruja tgk teater. Dah la tengah2, depan gak la..tp..senior2 aku lagi depan!!! jelous!! huhu Ada misha omar,elly mazlien,isma daniel, ezanny, ramai la..kalau la pengarah teater aku harituh tak ajak, gamaknyee..tak pergi la kami..hehe.. First time sentuh pipi misha omar. Dia begitu rendah daripada aku (kenyataan)..hahaha. Rasa macam nak masuk je lagi IB mau tengok teater..


Happy Birthday SAYANG

25 Januari 2011 birthday my lovely friend. Masa dekat IB, aku dah risau. Aku kan menumpang dengan orang, dah pulak tuh aku ada plan dengan kawan-kawan nak kenakan budak ni. Aku sangat risau takut tak sempat. Bahan-bahan yang digunakan ialah tepung dan telur. Masa tuh nak dekat pukul 1 pagi. Aku dah pakat dengan abg cafe. Bermulalah operasi menculik mangsa. Kawan aku kerja dekat cafe tuh. Tiba-tiba lampu cafe dipadamkan and kawan aku yang bersekongkol dengan kejutan nih angkat si Mangsa..hahah.. korang dpt bayangkan tak???hahha...kawan aku tuh menjerit2 hehe. Akhirnya, bila sampai dekat lokasi, apa lagi.. tepung, telur jadi habuan la..haha..kek secret recipe yang dh tak larat nak makan..jadi habuan kat muka...hahahha...aku n mbe ada buat video untuk dia..hehe..nak tengok ke?video tuh lama ok..Untuk mencari mangsa dalam video tuh agak susah ye..heheh...susah sgt!! tambah2 international student..heheh..dorunk igt kami nk wat pape dekat dorunk..hehe..credit tuh ika yg edit video..u..i upload video nih ye..u jgn marah ek..hehehe


(hehe..video yang mereng)

"Sayangku..happy birthday
moga panjang umur dan murah rezeki..
Jangan lupa aku...
terima kasih untuk segalanya..
Aku memang suka psiko org..hahaha"

p/s: international student tuh..aku tak kenal sorunk pun..hahhaha...cari random je..huhuhu..

-DIARI RAMADHAN-

Pejam celik..pejam celik..tinggal berapa hari saja lagi ramadhan akan melabuhkan tirainya. Lepas habis test tadi..rasa kurang sikit beban dekat kepala sebelum balik kampung..hehe..
Tapi,ada benda yang aku nak share dengan korunk..
DIARI RAMADHAN..
cerita ni,salah satu gimik masa aktiviti kolej aku sempena majlis penutupan IHRAM,aku harap korunk semua terhibur dengan cerita ni ok..


p/s: sorry..server down..sebab tu aku tak dapat melawat korunk..

SEMAKAN PERMOHONAN BIASISWA JPA 2010




KEPUTUSAN PERMOHONAN BIASISWA DI BAWAH PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA TAHUN 2010 TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Kalaulah semua mudah..baik tak payah belajar kan?hahaha



Ada sapa-sapa nak terang dekat aku pasal PTSD tak???
aku betul-betul malas nak baca..hahaha..bukan sebab pe..
aku kurang pandai bi..pastu semua rujukan bi...mcm nak lari jauh-jauh ja..
pastu..lec international..adoila....
pastu..kalau ada sapa-sapa yang rajin tu..
tolong-tolong la aku pasal psychological trauma...
aku pun rasa pasni jadi trauma tengok buku..hahahaha 

Penyakit yang aku tak tahu puncanya...

Salam semua..Hari ni aku penat sangat...sebab berlari macam atlet renang kuak lentang(ada kaitan ke?haha).Aku,lepas sembahyang subuh aku tidur balik.Sebabnyee?kelas aku pukul 9.30..mata pun berat.Agaknya,taik mata aku ada 2 kilo..hohoho..Sedang nyenyak aku tidur...tiba-tiba mesej masuk..
"bie,kau dekat mana?" member aku tanya..
semua ni..anak-anak gua..penat nak jaga..
tengok tu..dorunk pun semangat berlari macam gua..

Aik?pehal minah ni tanya aku?aku tengok jam...wuaarrggghhh! 9.02pm..gua baru bangun tidur!!!Cis!harini kelas penting...Aku lompat katil terus pergi bilik air..tengok-tengok ramai pulak..dugaan-dugaan..aku cari alternatif lain..ha!aku ada simpan air semalam..satu baldi..aku tarik je baldi aku..so,jangan pertikai berapa banyak air aku mandi..hahahahahaha...Janji aku mandi..

Siap je.. aku tak capai baju kurung..selalu..untuk kelas prof ni..aku pakai baju kurung..sebab dia tengok penampilan..tapi..aku dah tak kisah semua tu..aku capai jeans..ambil t-shirt..saruk je..trus blah pergi kelas..Aku tak mau lewat kelas..So,aku pun berlari la macam nak masuk acara 400meter..hahaha..
gua lari macam ni...comel dan seksi kan???haha
jangan jeles okeyh..hehe

Memang aku nampak ada mata memandang tengok aku lari..(gua tau..gua cun sebab tu lu tengok gua..mungkin jeles agaknyee awek cun berlari laju-laju macam orang beriman gila..hahaha).Larian aku tak terhenti sekerat jalan..dan akhirnyeee..yes!!sudah sampai...tepat 9.30..hehe...hebatkan gua?gua atlet sumo gimnastik dulu...tapi..tak tau sejak bila dah berubah jadi atlet larian punyee...hehe..itu kelebihan gua..(cis!apakah???)

Member-member aku dok lambai tangan..mungkin dorunk meraikan aku peserta terawal acara 400meter tadi..aku pasti sangat-sangat!hahahha..soalan pertama..

"Bie..mandi tak???"
"Cis!Lu orang tak tau ke..tandas aras gua air macam air terjun...mesti gua mandi..siap berendam lagi okeyh!"(aku cakap dalam hati je..hahahaha)

Tu jelar nak cerita..just mau update blog..hahaha...Jap!tak kena tajuk..actually..aku nak tanya...apa ubat untuk orang yang  selalu kencing tilam? susah tidur malam?aku selalu boleh tidur around 2am-3am..tak tau napa..kadang2..benda ni memaksa aku ambil drug(cis!macam hebat..haha...xde ar..panadol saja).And aku tau..tak bagus...So..ada pape cadangan?

Alhamdulillah


Firstly..aku nak katakan yang aku bersyukur sangat hajat aku ditunaikan Allah.4 Julai ni aku kena pergi daftar.Dah tak lama tu.Mula-mula buka web berpuaka tu,memang tak boleh.Line terlalu sibuk mengalahkan tarffic jam dekat india nuh..Bila orang pergi sembahyang jumaat je,aku pun buka la web berpuaka tu.Thanks god sebab bagi apa yang aku nak.Aku lari terjerit-jerit cari mak aku,then terus lompat atas dia sambil peluk(nasib baik aku ringan weh..tak senonoh punya budak..haha)

Kalau ada yang melawat blog aku sebelum ni,mesti korunk tau kisah aku yang dulu-dulu..ada yang gelak kat aku..hehe..ada bg semangat..meh aku up alik entri yang dulu..jangan gelak ek baca..part kecewa
part interview 2nd time
yang 1st time aku interview tu untuk uitm. part lawak

Semakan permohonan upu lepasan stpm,diploma,matrik dan asasi

Keputusan permohonan kemasukan ke ipta sesi 2010/2011 akan dibuka
pada tarikh18 Jun 2010 jam:12 tengah hari..
Boleh cek online di laman web upu
atau boleh semak melalui khidmat sms iaitu
taip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) hantar ke 15888
pengesahan hendaklah dibuat sebelum 25 Jun 2010.
Bagi calon yang gagal,boleh membuat rayuan melalui e-rayuan sebelum 28 Jun 2010
Keputusan rayuan akan diumumkan pada 10 Julai 2010

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian DIPLOMA PENDIDIKAN AMBILAN JULAI 2010
(Mulai 17 Jun 2010 jam 12.00 tgh)

p/s:Aku harap info ni membantu.. ^_____^

Keputusan kemasukan ke Usm 2010

Have a nice day!!!
Semakan Keputusan Permohonan
Boleh cek dekat sini ok..
Kepada yang dapat tu..Tahniah..hehe

semakan panggilan temuduga medsi

Have a nice day!!!
siapa belum cek?
 

Interview kali ni susah la.....=(

Have a nice day!!!
Dalam 2 minggu ni,aku agak sibuk.Ni pun aku baru balik KL,pastu kena pergi lagi Sabtu ni.Hari Isnin lepas,aku pergi interview untuk kos Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaya.Keluar awal ye,tapi mak aii...kereta macam semut ja.Jalan sangat-sangat sesak.Kalau nak ikutkan,20 minit dah boleh sampai UM,tapi ambil masa 1jam 20 minit untuk sampai sana.Huh!Aku gelabah jugak sebab dah lebih waktu aku kena inteview tu.Bila masuk je,tengok-tengok nama aku dah lepas.Nasib baiklah kak yang jaga nama tu bagi aku temuduga jugak.
                                                                                                              

Interview kali ni,xmacam interview sebelumnya.Kali ni,takde ye dialog bodoh hehe.desudesua aku tak pasti aku boleh lepas ke tak.Sebabnyee?orang ramai weh.ada dua hari,isnin dengan selasa.Tapi,dorunk nak pakai 20 orang sahaja.Aku hanya mampu berdoa je.Peratus lulus,aku rasa tipis.Macam biasa,mai tgk dialog aku dgn interviewer tu aw.Yang mana tak perlu,aku skip la ye..biar dialog tu berisi sikit.huhu.

Universiti Malaya by PF Shim.

Puan:Kamu rasa kamu hebat tak?
Saya:A'ah,saya rasa hebat.
 
Puan:Boleh terangkan kenapa?
Saya:Saya ni pemegang pingat Perak ARP,international tu.Dekat sekolah saya,tak semua student boleh join ARP(ahh!hentam je..).Saya ni,pernah sertai forum remaja peringkat negeri(ni kira nak gtau aku leh ckp ar..ngeh3).
Puan:(dia gelak-gelak kat aku..)Lagi?
Saya:Saya masuk merentas desa MSSPP siap dapat pingat lagi.(tiada unsur riak ye..hehehe).Tak semua orang boleh lari jarak jauh.Tapi,saya boleh.
Puan:hehehe..bagus-bagus.Jadi awak hebat la ye?kenapa awak minta kos ni?
Saya:Sebab kos ni menarik dan mencabar
Puan:Boleh kamu terangkan kenapa menarik?kenapa mencabar?
Saya:Yang menariknyee,saya dapat berjumpa ramai orang yang mempunyai pelbagai ragam.Dan yang mencabarnyee,apabila masalah tu timbul,cara kita nak menyelesaikannya.
Puan:Berikan asas penting kaunselor.
Saya:(mak aiiii...pesal tanya cegini????arrghh..aku bukan ada ilmu lagi pasal kaunseling)ha?percaya sesama individu,personaliti menarik,memahami diri sendiri,berfikiran terbuka.(adeh..semua ada enam,tapi aku lupa..Nasib baik TERbaca)

Puan:Terangkan kepada saya maksud memahami diri sendiri.

Adoila..terang pulak dah..aku pun merapu la...Tapi,puan tu kerja nak bagi pemati ayat aku je..aku pun mula la merapu meraban.Dia tak puas hati dengan jawapan aku,dia bagi aku kes plak.


Puan:Macam ni,kalau kaunselor tu bergaduh dengan suami dia,dalam masa sama,dia perlu selesaikan masalah orang.Tadi awak kata memahami diri sendiri kan?macam mana kaunselor tu nak faham diri sendiri sedangkan dia pun ada masalah?Kiranyee,kalau dia ada masalah,dia tak boleh selesaikan masalah orang ke?

Saya:(adoila...soalan apakah ini??aku pun panik..mula fikir nak bagi pemati ayat puan tu.Entah macam mana,aku terlepas cakap macam ni...)kita,kalau ada masalah peribadi,kita tak boleh bawak masuk dalam kerja bla..bla...bla..(aku tak tau yang tu jwapannyee...aku pun merapu meraban  lagi..hahaha).

Puan:(dia pun kata la..bila kita punch card,kita kena lupa segala masalah kita and tumpu kerja..dia ckp Bi)Sekarang ni,awak tengok masalah sosial yang melibatkan remaja banyak.Jadi,bagaimana awak nak selesaikannya?

Saya:(uih..masuk dah isu semasa)Saya ambil contoh kes pembuangan bayi yang melibatkan remaja.Pada pandangan saya,mereka ni sebenarnya,bukan tak punyai akal.Meraka berakal tapi,mereka kurang ajaran agama.

Puan:(sambil gelak)Jadi,kamu kena jadi ustazah la ye??hehe

Saya:eh,tak jugak..tapi,kita boleh selitkan ajaran agama.Selain itu kita boleh menjalankan pelabagai aktiviti.

Puan:Aktiviti?aktiviti yang bagaimana tu?

Saya:(aku mula ingat kata-kata cikgu kaunseling aku..)Setahu saya,kalau kita nak buat aktiviti
         dalam kaunseling ni,ada 3 tahap.Pemupukan,pencegahan dan..err..saya lupa
         la lagi satu apa..tapi,yang pasti ada 3.

Puan:(dengan sebaik hati)pemulihan.. =)

Saya:ha! pemulihan..(aku pun terang la ketiga-tiga tahap tu..tapi...aku da cakap cegini...)melalui aktiviti ini,kita boleh la mendedahkan kebaikan dan keburukan seks terlarang ni kepada remaja

Puan:Apa??kebaikan??(dia gelak dekat aku)

Saya:(adoila...cene leh tersilap sebut ni????apa aku nak kata??aku pun mula fikir sepantas kilat)hehe...kebaikan tu maknanyee..apabila kita tidak melakukan seks terlarang.Itulah yang dinamakan kebaikan.(fuh..lantak la dia gelak aku..janji terjawab..hehehe)



+++Adoila..panjang lagi..tapi,aku xlarat menaip,ada ke sapa-sapa berminat entri panjang ni??huhu...dalam tu,puan tu tanya mengenai kenapa pilih UM,komitmen kita,selepas habis belajar perkara yang boleh kita buat.lagi,pasal pointer kita nak..yang ni aku kena cukup2..adoila..tu aku kata susah..tak pasti leh dapat ke x..


p/s:sebelum pergi interview..kita perlu tahu kita ni interview mengenai apa.Jadi,kita perlu baca perkara berkaitan.

Next Interview...

Have a nice day!!!
Aku sedey ni..napa kena interview jauh sgt?? :(
Aku Penang,Universiti Malaya KL..hmmm..
Aku ada sorunk lagi member yg kena interview jugak..
Kami plan nak masuk sini,coz teringin nak masuk UM..
Tapi,kereta aku ane cukup nak muatkan dia.. :(
Kalau pergi je..boleh la..tapi,kalau balik xleh..
coz bertambah sorunk iaitu kak ngah aku yg kat UKM 2..
hmm..sedey :( sedey sgt.. :(
Isnin ni interview.. :(
Allah...plz help me..

dialog interview xleh blah..

Have a nice day!!!
Assalamualaikum..(baik nih..hehe)tadi aku baru je alik dari interview
salah satu kos yg aku mintak..iaitu,Sarjana Muda Komunikasi Massa(penerbitan)
Aku pun xnak cakap aku layak ke x.Sebabnyee??aku ni bukanlah pandai speaking london.
Meh baca dialog aku time interview td.
.::masuk-masuk je pintu aku trus bagi salam n aku senyum je  :D (mcm ni..hehe)

Encik: kenapa awk senyum?
Saya: err..sy nervous ni,tu sy senyum(ayat xleh blah..korunk jgn ikut keyh)
Puan: awak stpm ke?
Saya: A'ah..stpm(senyum je keje aku)
Encik: (dia suh terang STPM tu,tapi aku xfaham..tah..jadi bengong..dia lak terang kat aku)
Saya: owh..yg tu,igtkan pe tadi..(aku pun gtau la makna stpm 2)
.:: dorunk ada tny sal parent aku keje pe sume..Lagi dorunk tgk esei aku wat tadi yg dlm 
    bi 2..hehehe..

Puan: (dia suh aku cerita sal sosial isu yg melibatkan remaja)
Saya: snatch theft(ni je dlm kepala aku kua..tapi tetibe aku xleh ckp..haila..awat jadi 
           cegini..slalu leh je aku cakap dlm kelas)
Puan: (dia tgk aku nervous..dia suh aku cite sal isu lain plak)
Saya: throw baby
Puan:  dumping baby(dia tolong perbetul)
.:: aku pun cakap la dlm keadaan nervous..pelikkan?bila kita nervous,kita jadi kelu.Selepas
    aku merapu seketika ngn dorunk..

Encik: saya rasa awak lagi sesuai untuk kos kewartawanan.nak tak kalau saya bagi yang 2?
           kalau awk amek kos 2,awk leh g merata.
Saya:  xnak..sy nak penerbitan gak..(senyum lagi..hehe)

.::then dorunk tny sbb pe..Aku ni gtau la..tp,aku pelik,lidah aku jd kelu.

Encik: sebenarnya,awak boleh bercakap.kos ni awk letak no berapa?
Saya: Saya letak kos ni no 2.Yang 1st kaunseling.(pastu aku related la napa aku letak
           cegitu)
Encik: jadi awak berminat la ye?
Saya: a'ah..berminat(senyum ja keja aku tadi)
Encik: awak xnak ke kos kewartawanan tu(adeh..sekali lagi dia tny)
Saya: xnak.saya nak kos penerbitan sahaja.
Puan: ok,awk cakap la pape pun yng awk nak.Tapi,dlm bi. :)
Saya: Kalau bm xleh ke?
:: Pastu serentak kepala dorunk geleng :o (adeh..dorunk gelak g kat aku..)

Saya: nak cerita sal cikgu yg saya syg boleh x?? :f
Puan: Boleh,apa saja yg awk suka,tapi dlm bi tau..awk cuba cakap..nanti dalam uitm
          semua bi belajar bi,present bi,dream ngn gosip pun bi..
Saya: ( aku pun mula ar cite dlm bi...tapi tetibe ada perasaan sebak bila aku cite)
Encik: where she now?
Saya: kat sekolah la..(senyum2)
Encik: saya ingat pass away tadi..hehe
::dorunk pun tny aku sal cikgu 2..hehe..fames2..

Encik: boleh bagi tau x rukun negara.
Saya:(aku pun gitau la..hehe..seb bek aku ingat..tapi part last)yg last sy igt kena ada
         tatasusila je..
Puan: kesopanan dan kesusilaan..awk ada facebook tak?
Saya: err..saya da buang.dulu saya ada..
Encik: kenapa awak buang?
Saya: sebab saya suka main game..hehehe(tipu je ni..reason xleh blah)
Encik: nanti,kalau awak masuk uitm,kami guna facebook tau(tol ke?)
Puan: kami nak inform pape senang.belajar ke..
Encik: ha..pasni,awk kena buat balik la ek..
Saya:  hehe..xnak la..(senyum2 malu)
Encik: kenapa pula?kena buat balik..hehehe

.::sampai kesudah aku cakap xnak..pas abeh tu..aku salam,cium tangan
  dorunk,pastu..sempat g dorunk pesan suh aku baca the star..
   n jangan baca metro(tau plak ek?heheh) apa aku wat???
    aku senyum lagi.tapi..ada lagi yang aku cakap..tapi xgtau cni ..heheh..

p/s:korunk jgn jadi mcm aku...sebab nervous..aku tau senyum je..agak2nyee..
       puan ngn encik tu tergoda x dengan senyuman aku??haha..
       PUAN?ENCIk??bedal ja..hahah..aku rasa dorunk lec uitm shah alam..


SEMAKAN KELAYAKAN MENDUDUKI UJIAN MEdSI DAN MUnSyl 2010

Have a nice day!!!
p/s:harap bersabar..line Medsi selalu jem..

Semakan kelayakan boleh dibuat pada 15 April 2010
pada pukul 12:00 tengahari
 MEdSi
Semakan kelayakan boleh dibuat pada 16 April 2010


Semakan temuduga bukan pendidikan 2010

Have a nice day!!!
~Universiti Malaya~
Semakan panggilan temuduga bagi pemohonan Lepasan STPM/setaraf dan Diploma/Setaraf boleh dilakukan mulai 19 April 2010 hingga 28 April 2010
semakan 

~Universiti Kebangsaan Malaysia~
Semakan Temuduga Akan Dibuka Mulai 02:00 PM 14-04-2010

semakan 

~Universiti Islam Antarabangsa Malaysia~
Semakan temuduga akan dibuka mulai 12:00pm 14-04-2010
semakan 


~Universiti Teknologi Malaysia~
Semakan temuduga akan dibuka mulai 12:00pm 14-04-2010
semakan


~Universiti institut Teknologi Mara~
Semakan temuduga akan dibuka mulai 12:00pm 14-04-2010 hingga 
18-04-2010 12:00pm
semakan 



~Universiti Malaysia Sabah~
Semakan temuduga akan dibuka mulai 3:00pm 14-04-2010
semakan

~Universiti Utara Malaysia~
semakan

p/s:Temuduga akan dijalankan pada 16-24 April 2010 
        maklumat lain (klik)


TEMUDUGA Medsi,Munsyi,Ijazah Bukan Pendidikan 2010

Have a nice day!!!
Semakan panggilan temuduga MEdSI pada 15 April 2010 
di MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
Tarikh temuduga MEdSI: 24 April 2010 

Semakan panggilan temuduga Bukan Pendidikan pada 14 April 2010
di UPU

Dimaklumkan bahawa semakan kelayakan untuk menduduki ujian MEdSI & MunSyI boleh dibuat mulai 15 April 2010 jam 12:00 tengahari. Calon yang layak menduduki ujian tersebut perlulah memuat turun tiket calon untuk dibawa bersama ke pusat peperiksaan dari laman Web berikut:
Ujian MEdSI   : laman Web MPM (www.mpm.edu.my)
Ujian MUnSyI : laman Web MPM & USM (www.mpm.edu.my atau https://pohon.usm.my)
 



PERHATIAN:
Ujian MUET pertengahan tahun, MEdSI dan MUnSyI akan dijalankan 
pada hari yang sama iaitu 24 April 2010.

Bagi calon yang mengambil MUET pertengahan tahun 2010 dinasihatkan untuk mendaftar PUSAT YANG SAMA bagi ujian MEdSI/MUnSyI sesi April 2010.



Semakan panggilan temuduga USM(lepasan STPM,Matrikulasi,Diploma)
pada 3Mei 2010 di pohon@usm
Tarikh temuduga: 7-15 Mei 2010    



(klik gambar untuk paparan besr punyaa!!!! :x)