Showing posts with label sisi hidupku. Show all posts
Showing posts with label sisi hidupku. Show all posts

Pengalaman Menghadiri Eksesais Pengambilan Kadet Inspektor Polis PDRM 2015/2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Aku update blog? Mungkin terhantuk dinding gamaknya kepala aku ni untuk update blog. Entri ni auto post tau hehe. Aku buat schedule dia bila nak keluar hehe. Oh ya, entri ni berkaitan pengambilan PDRM dan setahu aku, prosesnya sama saja untuk konstabel, sarjan atau inspektor. Korang akan melalui benda yang sama macam aku pernah lalui.

***AMARAN, ENTRI INI PANJANG SEBAB AKU NAK SESIAPA YANG MEMBACA MERASAI APA YANG AKU RASA....

Haha. Macam kejam pula gayanya.



Baiklah, pada pertengahan tahun lepas iaitu 2015, aku ada terbaca berkaitan dengan Temuduga Terbuka Kadet Inspektor Polis di seluruh dunia  Malaysia. Oleh itu, aku dah foward info tu untuk kawan aku mohon. Nak dijadikan cerita, kawan aku seriuslah berminat dan aku ni sememangnya kawan-kawan lain tahu aku minat gila dengan pekerjaan beruniform (tentera) dan dia nak pergi cuba nasib. Kawan aku ni tak ada lesen tapi dia ada kereta. Aku cakap kat dia, jangan buat kerja gila nak pi tempat jauh tapi tak ada lesen. Kalau jadi apa-apa atas jalan kan susah. So, memandangkan aku ada di rumah masa tu menganggur tidak bekerja, aku pun offer diri untuk jadi driver dia. Ya, aku buat benda sama macam dia buat. Yela, nama pun aku teman dia. Tak nak la aku bagi dia seorang diri. Aku pun siapkan dokumen yang diperlukan.

Terdapat 6 peringkat dalam proses pengambilan PDRM sebelum korang masuk PULAPOL:

1. Dokumentasi
2. Ujian Fizikal
3. Malaysian Integrity Test (MIT)
4. Temuduga
5. IV Special Branch ( SB)
6. Medical check up



TAHAP 1: DOKUMENTASI



Berbalik kepada kisah tadi iaitu di peringkat pertama iaitu dokumentasi. Kami berada di lokasi yang telah ditetapkan sebelum jam 0700. Awal bukan? Masa tu pakai tshirt dan track bottom dan membawa dokumen yang telah dinyatakan. Oh ya, untuk pengetahuan semua, korang perlu buat permohonan   SPA online terlebih dahulu dan bawa salinan bahawa korang pernah memohon. Kalau yang tak pernah isi tu, boleh isi sekarang. Tak rugi mana pun korang isi. Masa kami di lokasi pengambilan tu, ramai gila calon-calon yang ingin memohon. Sebab dari Utara tertumpu di situ saja. Jadi ada Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis. Kami dibahagikan mengikut negeri dan ada negeri lain-lain. Masa ni pun dah ada penyingkiran sebab dorang tanya ada tak yang baru lepas pantang? Mengandung?. Apa yang berlaku pada hari tersebut? Pada mulanya, kami kena check BMI. Masa ni ramai juga yang terkandang sebab tak cukup tinggi. Bagi wanita, ketinggian perlulah 157cm ke atas dan lelaki pula adalah 163cm ke atas tanpa sepatu. Aku tak risau kawan aku ni sebab dia ni memang atlet. Tinggi pula tu. Hehe. Aku? Aku biasa-biasa saja yang teringin nak jadi hulk luar biasa. Masa ni, jangan risau sebab tak ada pun pegawai atau anggota lelaki yang tengok korang check BMI tu sebab kena buka tudung dan berada di bilik khas.


Bila dah settle, tunggu pula untuk penyerahan dokumen-dokumen lain yang diminta. Pastikan cukup ya. Macam aku dan kawan aku ni, kami tak tahu bahawa perlu bawa salinan pernah mohon di SPA sebab masa iklan tu tak dinyatakan. Jadi, encik tu cakap takpa. Nanti bawa masa peringkat seterusnya. Masa ni juga kena bawa salinan kad pengenalan (awak, mak dan ayah), salinan surat beranak (awak, mak dan ayah), kalau ada ibu bapa meninggal tu bawa sijil kematian, salinan MUET, salinan berhenti sekolah, salinan transkrip, gambar ukuran passport yang terkini, pengesahan KPT degree kita tu. Oh ya, masa ni tak perlu bagi lagi salinan kokurikulum (Untuk pengambilan aku pada masa tersebut. Tertakluk kepada perubahan).


Baiklah, proses dokumentasi tu berlaku terlalu panjang sebab ramai gila. (Kan ni walk in interview). Kami kelaparan. Mana pernah ada pengalaman pergi menghadiri mana-mana pengambilan jawatan PDRM. Kalau kami tahu, dah sediakan makan berguni-guni. Perut lapar. Breakfast makan pisang ja. Sedihnya. Haha. So, bawalah makanan dan minuman ya sedia dalam beg takut lapar. Sebelum semua selesai, kami dah diberikan siap-siap tarikh untuk buat ujian fizikal di tempat yang telah ditetapkan mengikut nama dan negeri. Kami punya proses untuk dokumentasi tu settle jam 1600 juga la. Masa tu dah terbayang periuk nasi ja. Alhamdulillah aku dan kawan aku lepas untuk tahap 1 dan aku yang awalnya hanya mahu teman kawan aku telah mengubah fikiran untuk mencuba sebaik mungkin. Memandangkan pekerjaan polis ni juga adalah uniform, apa saja uniform akan aku minat. Hahahaha.



TAHAP 2: PEMERIKSAAN DAN UJIAN FIZIKAL


Sebelum aku pergi ujian fizikal ni, sempatlah aku berlari keliling kampung untuk mencari stamina yang dah mencicit entah kemana. Kalau dulu bolehlah lari jarak jauh. Tapi semenjak masuk universiti ni aku tak aktif sukan tapi aku aktif dengan perkara lain. Baiklah, apa yang berlaku untuk tahap 2 ni? Apa yang akan diminta korang buat?


  • tekan tubi 
  • bangun tubi 
  • lari ulang alik 
  • burpees
  • check anggota badan
  • cara jalan, kawad & suara 
  • 2.4 km (16 minit- wanita)


Pada tahap 2 juga akan melibatkan pemeriksaan fizikal. Misalnya cara anda berjalan, cara anda memberi arahan untuk kawad, cara anda berjalan semasa berkawad, tangan tu lurus atau tidak, kaki, semak sama ada terdapat besi atau tidak dalam badan dan sebagainya. Oh ya, kalau pakai braces takpa hehe. Bila korang melepasi pemeriksaan fizikal ni, baru boleh lari 2.4km. Kalau gagal, korang diminta pulang. Part paling sedih adalah kawan aku yang aku teman dia pada awalnya tak lepas pada tahap ni sebab tangan dia bengkok apabila diluruskan ke hadapan. Aku sedih gila kot. Menangis dalam tandas sebabnya niat awal datang adalah teman dia. Kami praktis lari 2.4km. Tapi akhirnya, dia tak sempat pun lari 2.4km. Dia cakap, aku habiskanlah benda ni semua. So, aku berjaya habiskan larian dan yang pasti laluan larian aku bukan rata tetapi ada bukit sikit, lalu jalan raya haha. (aku malas cerita panjang apa yang berlaku masa ni sebab nak bagi ringkas).



TAHAP 3: UJIAN INTEGRITI PDRM (MALAYSIAN INTEGRITY TEST - MIT).


Untuk tunggu bila MIT ni keluar pun mengambil masa yang lama. Sebulan juga la. Lebih kurang macam tu. Korang boleh semak di website SSO RMP sebab panggilan untuk menjawab MIT ni akan keluar di situ dan pihak PDRM tak telefon korang. Jadi, rajin-rajinlah buka. Sebelum aku nak cerita mengenai MIT ni, dengar perkataan integriti pun kita dah boleh agak kan? Apa maksud integriti tu ek? Kejujuran, ketulusan hati, keutuhan yang melibatkan perwataan seseorang. Ringkasnya "mengikut peraturan walaupun tiada sesiapa melihat". Contohnya RAHSUAHOleh itu, peribadi korang akan dinilai melalui ujian ini dan tapisan akan dibuat. Ujian Integriti ni dibuat oleh MIMOS dan tujuannya untuk melihat kecenderungan individu tersebut untuk jujur dan konsisten (sekata) dalam perbuatan, nilai dan prinsip dan untuk menilai individu tersebut ada tak kecenderungan untuk terlibat dalam tingkah laku yang tidak produktif. Kalau dalam bahasa inggeris kita panggil counterproductive behaviors. Tapi, kalau macam aku belajar master ni kami sebut singkatan CWB saja hehe iaitu Counterproductive Work Behaviour. Ok. Sama ja. 

Penerangan lain untuk ujian integriti PDRM ni adalah bila korang menjawab saja MIT, ianya boleh melihat sama ada korang ni boleh ikut peraturan ke tidak? Boleh ikut kaedah-kaedah yang ditetapkan ke tidak? Boleh mengawal emosi dan mengelakkan diri terlibat dalam tingkah laku yang berisiko ke tidak? Adakah korang rajin? Adakah korang jujur dan ikhlas dalam tindakan? Ringkasnya, MIT ni boleh digunakan untuk ukur nilai kerja, sosial, pandangan positif dan lain-lain lagi. Ok, tu gambaran berkaitan apa yang dilihat dalam MIT.

MIT ni korang perlu jawab menggunakan komputer. Ya, ini ujian komputer yang menjurus kepada ujian psikometrik. Apa soalan yang ada dalam tu? Aku tak ingat sangat soalan dia, tapi soalan tu tak perlukan korang baca buku hehe. Bukan dia nak tanya "siapa nama perdana menteri Malaysia". Oh tidak. Soalan dia ada 4 jawapan (kalau tak silap aku). Amat tidak setuju, tidak setuju, setuju, amat setuju. 

Memandangkan aku ni memang daripada bidang psikologi, jadi soalan yang lebih kurang sama "bentuk" MIT ni aku agak sinonim. Bagi mengukur tahap kejujuran korang menjawab soalan ni, soalan yang membawa maksud yang sama tetapi ayat berbeza akan disoal. Apa tips untuk MIT? Tipsnya adalah cara menjawab korang tu adalah konsisten. Jangan kejap jawab jawapan lain tapi ayat tu menjurus kepada maksud yang sama dan memerlukan korang menjawab jawapan yang sama juga. Apa yang pasti, kejujuran itu penting sebab dah nama pun ujian integritikan. Lagi satu, aku nak ingatkan bahawa manusia ini tidak sempurna dan sering kali membuat kesalahan dan tipu la kalau tak ada sekelumit tabiat buruk. (Ya ini indirect punya tips yang korang akan jumpa masa jawab MIT). Aku doakan korang dapat menjawab dengan baik MIT ini dan jangan fikir terlalu lama bila menjawab sebab bila fikir lama sangat, korang akan drag masa jawab soalan lain dan bila berfikir terlalu lama, mulalah korang stress dan jawab entah apa-apa dan janganlah tak berfikir sebelum jawab. Pastikan anda faham soalan tersebut.



TAHAP 4: TEMUDUGA (Interview- IV)

Bila dah lepas MIT, korang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga. Masa ni, aku tahu semua pasti cuak termasuk aku. Aku dulu dah la nak jawab exam master, ni nak study untuk IV lagi. Cara yang paling bijak aku guna, hahaha. Bijaklah sangat. Aku suruh kawan aku baca topik-topik tertentu dan ceritakan semula dekat aku. Aku ni jenis mudah ingat apa yang disampaikan berbanding aku baca sendiri. Haha. Kalau baca sendiri, mulalah fokus tu pergi ke laut. Masa aku IV dulu, kami dipecahkan kepada kumpulan. 1 kumpulan ada 5 orang. Memandangkan aku IV untuk jawatan Inspektor, mungkin berlainan untuk jawatan yang lain tapi, masih boleh diguna pakai. Ada 3 panel dan dalam  orang tu ada seorang pengerusi. Pengerusi ni yang banyak tanya kita. 3 panel lagi sekadar memerhati. Masa nak masuk, siapa orang pertama tu akan lapor diri. Bab ni, korang tak perlu risau sebab nanti akan ada anggota atau pegawai yang bertugas akan ajar. Aku masih ingat, aku adalah kumpulan terakhir pada hari tersebut dan kedudukan ke-4.

Apa yang berlaku semasa IV? Aku perlu memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris. Apa yang aku ceritakan semasa aku perkenalkan diri? Nama, sekarang buat apa, mak ayah aku, pekerjaan depa apa, adik beradik aku apa depa buat, pengalaman kerja (kalau ada). Macam aku, aku tak banyak pengalaman kerja jadi aku cerita pasal internship aku dulu dan apa aku buat dan sedikit pengalaman berkaitan guru ganti. Apa yang aku tahu untuk intro dalam english ni hanya nak tengok bahasa inggeris kita dan tahap keyakinan diri kita. Jadi, ceritalah apa pun. Ada calon sekumpulan aku tu kejap saja bercerita pasal diri dia sampaikan pengerusi tanya "itu saja?". Aku ni, tidaklah pandai sangat berbahasa inggeris macam korang yang membaca ni. Salah juga grammar. Tapi Alhamdulillah, masa aku cakap tu, tidak ditegur mana-mana grammar. Tapi, kalau ada yang ditegur grammar tu, ingat! jangan lupa ucapkan terima kasih sebab mengucapkan terima kasih tu adalah salah satu adab. Oh ya, lepas intro, korang boleh duduk dan perbincangan berlaku dalam bahasa Malaysia. Aku masih ingat lagi masa intro kena la maki sikit hahaha dalam bahasa inggeris wei. Aku kan sambung master, panel tanya apa aku buat dekat sini minta polis? huhu. Masa ni, korang kena pandai handle emosi. 

Aku ni, bukanlah power pun nak jawab semua soalan iv. Aku pernah menghadiri dua IV oleh SPA tetapi kedua-duanya gagal sebab masa tu aku tak tahu macam mana nak menjawab soalan dengan baik, persedian yang serba kekurangan dan sebagainya. Aku hanya mampu kongsikan apa yang aku buat semasa aku IV haritu. Nasiblah ada yang mengajar aku dan aku sangat berterima kasih kepada mereka. Bukan apa, tanpa perkongsian yang dibuat oleh individu-individu tersebut, mungkin hasilnya sama seperti 2 IV SPA yang sebelumnya iaitu GAGAL. Nak bagi tips banyak pun tak pandai, jadi aku cerita jelar ek serba sedikit apa yang boleh korang buat masa IV nanti dan harap bermanfaat ilmu ni.

1. Maniskan muka dengan senyuman. Kita nak bercakap dengan manusia yang berperasaan, bukan robot. Kita nak "menjual diri" jadi pastikan penampilan menarik. Aku tak suruh korang goda panel tau. Jangan buang tabiat haha.
2. Kalau duduk, pastikan posisi duduk itu tegak dan jangan sesekali bongok badan. Ya, ini penting kerana melambangkan keyakinan. Pensyarah psikologi aku bagitau. Walaupun dalam apa situasi, jangan lupa diri sampai korang bongokkan tubuh dan ingat...tak lama mana pun dalam posisi tu. 1 jam sahaja. hehe.
3. Jangan mudah selesa dan tertipu dengan panel. Panel ni, ada saja caranya nak tengok belang kita. Kadang tu dia buat lawak. Aku tak cakap korang tak boleh gelak. Boleh, tapi dalam kadar sederhana dan jangan sampai berdekah-dekah sambil gosok perut. Jangan main-main ok, ada calon kumpulan aku macam tu. Aku tak boleh jeling nak bagitau dia supaya jangan over sebab kalau aku bagitau nanti, memang aku yang kena pula sebab jarak kita dengan panel, tak jauh mana pun. Korang berbisik pun dengar.
4. Pandai kawal emosi kalau kena provok. Macam aku ni, memang kena provok mungkin sebab aku dalam bidang psikologi jadi panel nak tengoklah aku macam mana. Apa yang pasti, korang jangan pula pergi tumbuk muka panel hehe.
5. Bila jawab soalan, haruslah memandang tepat mata panel dan jangan tengok merata ok?
6. Bila tak faham soalan, jangan segan silu untuk minta panel ulangkan soalan tersebut agar mudah difahami. Ingat, jangan terus cakap " tak faham la...". Mana perginya adab? hehe. 
7. WAJIB BACA INFO SEMASA DAN PERKARA BERKAITAN PDRM. 

Ni serba sedikit tips, banyak-banyak tak boleh sebab nanti semua sama hahaha. Hilanglah kelainan antara calon. Kalau nak lebih lagi, mohon gali sendiri hehe. Alar, tips aku pun biasa-biasa ja. Semua orang tahu kan? Oh ya, kat sini aku nak kongsi sedikit tajuk yang ditanya sepanjang calon kadet inspektor seluruh Malaysia disoal. Tak semua orang akan ditanya tajuk yang sama. Kadang tu, terpulang kepada ahli kumpulan korang. Soalan boleh ditanya bergantung kepada apa yang korang cakap dan bermacam-macam lagi faktor lain. Berikut adalah contoh-contoh tajuk yang pernah disoal atau dibincangkan masa kami dulu dan mungkin tajuk ini tidak relevan lagi masa korang ditemuduga:

Kenapa mahu menyertai PDRM?, 
Aplikasi bidang pengajian dengan PDRM, 
Integriti dan cara meningkatkan intergiti, 
Pendapat tentang GST
Ekonomi negara sekarang
Pergaduhan dan cara eratkan perpaduan kaum
Nama-nama menteri, ketua polis, mantan pun sama
ASEANAPOL & INTERPOL
Esszone dan Escom (jangan lupa baca)
Pangkat dan nama ketua jabatan dalam PDRM (ingat sekali fungsi jabatan)
Modal insan
Cara atasi pekerja bermasalah & integriti
NKRA- National Key Results Area (wajib tahu sebab bila tahu, boleh hurai banyak benda)
Perpaduan
Penubuhan-penubuhan suruhanjaya dan tujuan
Polis kemasyarakatan (wajib tahu maksud dan apa yang dibuat)
Demonstrasi jalanan
1MDB dan PAL (The Public Accounts Committe)
TPPA & TAPP (masa kami iv dulu kan benda ni hangat)
Rakan Cop (wajib tahu dan kena tahu nombor telefon, fungsi)
Kenapa ISA dimansuhkan
NBOS- National Blue Ocean Strategic (kena tahu juga)
Jenayah Siber (Cyber Crime)
Suruhanjaya polis
Amanita (wajib tahu)
GTP- Government Transformation Programme (wajib tahu)

Atas ni adalah serba sedikit tajuk yang ditanya dulu. Apa yang penting, korang kena cakna dan hal ehwal semasa dan tahu untuk menghubung kaitkan dengan PDRM dan jangan lupa berkaitan pengetahuan asas agama islam sebab ada yang disoal hehe. Berhubung dengan pakaian, bagi yang perempuan pakai baju kurung (tak perlu blazer) atau baju kemeja dan berseluar slack (pakai blazer sama baru nampak kemas). Baju tu jangan warna terang gila. Pakai warna lembut saja dan pastikan kemas. Kalau pakai perfume tu jangan kuat sangat takut terganggu. Bagi perempuan, pakai sepatu hitam ok.  Bagi yang lelaki, pakai kemeja berwarna lembut berserta tali leher dan seluar slack hitam. Kasut hitam biar berkilat sikit. Rambut tu jangan panjang. Kemas. Barulah panel tengok pun rasa berkenan. Bila dah selesai IV, korang jangan berhenti berdoa dekat tuhan untuk permudahkan urusan, buat solat hajat dan lain-lain lagi. Apa yang aku ingin tekankan di sini adala REZEKI. Kadang-kadang tu, kita dah cuba sebaik mungkin. Buat sehabis baik tapi tak lulus IV. Korang jangan bersedih. Aku pegang kata-kata kawan aku ni, "kalau dah memang rezeki kita, mesti kita akan dapat". "Allah tahu apa yang terbaik buat kita". Kadang-kadang, apa yang kita rasa terbaik buat diri kita sebenarnya belum tentu baik di sisi Allah. Ok? Kalau korang nak tahu, aku dah pernah alami benda yang aku rasa baik untuk aku dan aku nak sangat-sangat. Tapi, Allah tak bagi apa yang aku mahukan tu tapi sebaliknya bagi dekat aku apa yang aku mampu. Baiklah, kalau membebel panjang, tak jadi kerja pula hahaha. Kalau lulus IV, kita akan lompat ke tahap seterusnya.



TAHAP 5: IV Special Branch (SB)- Temuduga Tapisan Keselamatan

Lepas korang dapat panggilan lulus IV (melalui telefon), korang akan dipanggil semula untuk taklimat SB dan isi borang-borang lain yang banyak untuk kegunaan semasa medical check up dan SB. Korang juga akan cap jari berserta ujian air kencing pada hari yang sama cap jari tu. Untuk tapisan keselamatan ni pun aku cuak juga hehe sebab kena bawa 2 orang kenalan rapat kita. IV untuk SB ni dibuat pada hari lain. Aku tak boleh cerita banyak berkaitan tapisan keselamatan ini sebab aku dah janji tak akan ceritakan apa yang kami bincangkan masa dulu. Tapi, aku tahu korang mesti nak tahu juga dan nervous gila kan? Ya, tapisan keselamatan tu berkaitan diri korang, keluarga dan apa yang korang buat. Masa ni, korang kena jujur dengan pegawai SB. Kenalan rapat tu pastikan jangan kawan yang akan tikam korang sebab korang takkan tahu pun apa yang diborakkan oleh pegawai SB dengan kenalan rapat tu. Kalau dia cakap benda buruk pasal korang dan apa yang korang cakap tak sama dengan apa yang dijawab oleh kenalan, hehe... benda ni akan menimbulkan keraguan. Oleh itu, carilah kawan sebenar dan bukan kawan makan kawan. ok? Sebelum tu, masa sebelum masuk berjumpa pegawai SB pun perlu lapor diri. Ayatnya akan diberikan oleh anggota yang bertugas. korang kena hafal apa yang perlu disebut pada masa nak jumpa pegawai SB nanti. Tapi, aku dah macam langkau ja apa yang berlaku sebelum SB hahaha.

Masa korang isi borang yang banyak tu, tanya ja apa-apa soalan yang korang tak tahu dan jangan malu untuk bertanya. Haha. sebab, kalau salah nanti, korang yang kena dan bukan orang lain. Aku ni special case sikit sebab semua calon yang lulu untuk negeri aku, cuma aku seorang ja yang tidak bekerja sebab sambung belajar. Orang lain semua dah bekerja tak kiralah kontrak, separuh masa atau tetap. Jadi, banyak sikit aku tanya soalan sampaikan pegawai SB yang bertanggungjawab IV aku pun cam dah muka tanya soalan yang banyak ni. haha. Ya Ampun!


TAHAP 6: Medical check up

Aku rasa, korang mesti tahu untuk tahap ni. Kita buat x-ray, HIV test, Pregnancy test (bagi perempuan), ujian penglihatan dan doktor tanya la ada ke tidak sakit-sakit lain. Hehe. Alar, aku rasa semua sedia maklum mengenai medical check up. Lepas tu, hantar laporan ke bukit aman. Ok settle. Namun demikian, perlu diingatkan untuk semua. Walaupun korang lulus IV, tak bermakna korang akan dapat. Jangan buat kenduri lagi. Selagi korang tak dapat surat perlantikan, maknanya korang belum diambil untuk menjalani latihan tersebut.




TIPS LAIN:

Aku nak ingatkan korang, dalam masa menanti ni janganlah lupa kepada Maha Pencipta tahu? Dekatkan diri denganNya. Jaga diri, jaga keselamatan. Jangan pula ada kemalangan jalanraya. Apa yang pasti, rezeki masing-masing berbeza dan kadnag-kadang hadir tanpa kita jangka. Kawan aku pernah cakap, bila melibatkan kerja berkaitan uniform ni, mestilah ada minat. Kalau tak ada minat, mungkin agak sukar dikemudian hari. Perlu tahu kehidupan kerja uniform ni tak sama macam kerja biasa. Ecewah! Macam Nekmo tahu pulakkkk... hehe. Ok lah. Aku doakan korang berjaya dan manfaatkan ilmu yang aku sampaikan ni walaupun sedikit aku harap ianya berguna kepada korang yang nak menceburi dalam dunia polis.

****Oh ya, hari ini 27 Julai merupakan genap setahun proses pengambilan kadet inspektor. Hehe (auto schedule kan. Bolehlah tarikh yang sama hahahaha). Proses yang memakan masa yang lama. Bila dah dapat, perlu ada simpanan sebab nanti nak beli barang guna duit yang banyak. Ya, sangat banyak. Hmm.. Namun, masih bersyukur sebab Allah dah beri rezeki dari segi kerjaya kan. OK, sekian daripada aku. Maaf andai ada tersalah taip atau tersalah info.



SEMOGA BERJAYA SEMUA!

Tips Temuduga di Universiti Malaya


Alhamdulillah, kalau sebelum ni ujian Medsi sudah dijalankan, minggu depan giliran IPTA pula punya temuduga terutamanya Universiti Malaya. Aku tak nak la highlight U orang lain sebab bagi chance dekat orang lain yang buat entri. Boleh macam tu? haha. Pertamanya, kalau korang tak tahu, untuk pengambilan ijazah sarjana muda bagi sesi 2013 ni untuk Universiti Malaya, memang akan ada temuduga untuk semua kos pengajian. Macam agak susah la nak masuk UM ni. Sebab, kalau hampa dapat keputusan STPM, Matrik, Diploma tinggi-tinggi pun tapi gagal dalam temuduga, memang tak dapat juga masuk UM.

Macam tahun aku 2010, belum diputuskan untuk membuat temuduga bagi semua kos. Hanya kos tertentu saja ada. Macam kos aku ni la. Aku pernah cerita sebelum ni pengalaman aku. Tapi, kali ni aku nak cerita sebenarnya apa yang perlu korang tahu sebelum hadiri temuduga bagi peringkat Universiti ni. Ok, aku tak la pandai nak bagi nasihat atau tips. Tapi, bila aku dah belajar sampai tahun 3 ni dalam kos pengajian aku, jadi aku rasa elok kalau aku kongsi serba sedikit pengetahuan aku ni. Tak banyak. Sikit saja.


Pertama, korang mestilah tahu kos yang korang minat tu berkaitan apa? Benda ni nak menunjukkan bahwa korang bukan sekadar minta saja kos tu. Orang kata, main tangkap muat saja. Study la sikit kos tu mengenai apa. Contohnya Asia Timur. Apa yang korang tahu? dan pergilah masuk dekat website UM tu tengok secara ringkas pasal kos tersebut. Kalau boleh, korang tengok la subjek yang akan diajar dalam kos tu sebabnya dari situ korang dah boleh dapat gambaran kos pengajian yang korang minta ni akan meliputi apa.

Kedua, Kenapa korang ambil kos tu? Ha, masa ni korang kena bijak jawab dan tahu apa sebenarnya korang nak bila ambil subjek ni. Pendek kata, korang dah rancang masa depan korang. Penting tau korang tahu sebab korang ambil kos tu untuk melihat prospek kerja kelak. Mungkin penemuduga akan melihat apa yang korang nak sepanjang pengajian ni. Kalau rajin, korang tengok la kerja-kerja yang berkaitan dengan kos ni. Mungkin akan ditanya untuk melihat persediaan korang walaupun sebenarnya korang baru nak menjejakkan kaki di alam universiti.


Ketiga, pemikiran bertaraf universiti. Ha, yang ni macam mana aku nak terang ye? Ok, korang kena matang dalam menjawab soalan temuduga ni. Baru kejap tadi pensyarah aku kata dia nak tanya soalan yang boleh melihat tahap pemikiran pelajar baru. Sama ada dorang bersedia atau tidak nak jadi pelajar universiti ni atau masih terbuai-buai zaman sekolah. Adik-adik, zaman sekolah dengan universiti memang berbeza. Tak dak sapa nak suap korang. Korang la cari sendiri. Korang buat sendiri. Kalau tak buat, korang tanggung sendiri. Tapi, aku bukan nak cakap aku hebat sangat la.

Keempat, penampilan diri.Kalau dari pembelajaran aku iaitu kaunseling psikologi, pensyarah aku akan melihat dari segi cara korang bercakap, cara korang duduk, tangan korang tu, mata korang tu. Pendek kata, korang kena profesional la. Duduk tu, kena duduk tegak-tegak jangan bongkok sebab melambangkan keyakinan korang. Ni pensyarah aku sendiri yang bagitahu dalam kelas ok. Pakaian tu, pakailah yang bersesuaian. Kalau lelaki tu elok pakai tie dan kasut kulit. Yang perempuan ni, janganlah warnanya terang-terang ok.


Kelima, Keyakinan diri. Perkara ni sangat penting terutamanya bila korang jawab soalan. Ini pun pensyarah aku bagitau juga. Kadang-kadang tu, bukan betul pun korang bagi jawapan. Tapi, bila korang yakin, haha. nampak macam betul kan? hahahaha. So, yakinkan penemuduga. Sebab tu, aku suruh korang kaji sikit kos korang minta tu pasal apa sebab, bila dah tahu dan penemuduga tanya, korang dah boleh goreng dengan jayanya. haha.

Keenam, tahu menjual diri ni bukanlah aku suruh korang pergi jual diri tu. Tidak. Selalunya, bila korang bawa sijil bagai, kadang-kadang tu depa tak tengok pun. Jadi, masa korang kenalkan diri tulah korang kena cakap kebolehan yang korang ada macam pernah masuk apa-apa ke. Yang ni nak pancing dorang nak tengok kelebihan yang korang ada. Padahal, masa korang minta UPU dulu, ada ja letak masuk apa-apa kan? ada je data tu dekat depa. Faham tak ni? kalau tak faham, ajukan soalan dekat aku ek.

Ketujuh, tahu isu semasa. Sekurang-kurangnya korang tahu apa yang berlaku dekat Malaysia ni. Macam aku dulu penemuduga tanya pasal pembuangan bayi. Aku kena buatlah step by step caranya kalau orang dah terjebak, orang yang belum dan lain-lain.


Kelapan, penggunaan bahasa inggeris. Ada sesetengah kos yang memang memerlukan korang cakap BI, korang bersedialah. Macam dulu, kawan aku kena cakap BI. Tapi, ikut kos jugalah. In Sha Allah yakin!

Kesembilan, kemaskan fail-fail sijil korang. Memang ada sesetengah tak tengok pun fail tu. Tapi, WAJIB! ada semua tu. Biar kemas dan jangan lupa bawa ok.

Kesepuluh, jangan lupa berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan menghadiri temuduga dan ingat Allah sentiasa.


Ok, ni ada 10 tips yang aku rasakan tak meliputi semua perkara. Ni adalah perkara asas saja. Kalau korang nak lebih, mohon gali sendiri. Kalau keinginan tinggi nak masuk UM, usaha nak cari maklumat tu tinggi jugalah. Jangan terlalu gementar. Yakin diri bila menjawab. Jangan kurang ajar dengan penemuduga. Lembutkan suara (kawal). Aku doakan korang berjaya melepasi temuduga UM ni. Kalau dapat result, cakap la dekat aku. Haha. Tapi, kalau yang nak sangat UM tapi tak dapat, percayalah rencana Allah tu lebih baik daripada perancangan kita. Terima dengan hati terbuka dan jangan give up! All the best! Aku mohon kemaafan kalau tercacat atau kurang dalam entri ni sebab itu datangnya dari diri aku sendiri.


KEEP SMILING TO YOUR INTERVIEWER'S 

latest post Tips Iv Sarjana Muda Psikologi

Masa berlalu begitu pantas


Sedar tak sedar, lagi beberapa minggu saja aku dah nak study week. Semester kali ni, aku rasa berlalu dengan pantas. Alar..macam kereta F1 tu (so, 'ter' hiperbola pulak). Banyak aktiviti yang berlaku sepanjang beberapa minggu ni. Tarikh entri ni dipublish, aku berada dekat Batu Pahat. Saja gedik kaki pergi kenduri kahwin kakak kawan aku.. Yeah! KAHWIN!

Actually, macam-macam cerita nak share. Tapi, aku ni jenis malas menaip. Ok, aku cerita serba sedikit jelar
  1. Rewang dekat BP ni macam lain sedikit..heheh
  2. Dorunk ada main tol2 ek..haha
  3. Dorunk makan awal la...and habis pun agak awal la bagi aku.. :)
  4. Family kawan aku ni tersangatlah baik! Aku ni kira orang luar, tapi..macam dah kenal lama
  5. Aku malu nak pegang dslr. rasa macam poyo je kan =___="
  6. Aku suka la batu pahat ni..hahaha
  7. Aku suka main dengan budak2 (anak sedara kawan aku)
  8. Masakan untuk kenduri pun macam lain dari negeri aku
  9. Aku mula cakap je..orang akan tanya aku asal mana =___=" hahaha
  10. Aku terkejut bila family member aku ni bagi sebungkus sumi/jelly dekat mentara (org rewang)
    Dekat tempat aku xde la bagi sampai banyak tu..hehe
  11. Nasi diberikan kepada semua yang datang (tempat aku utk sedara je..huhu)
  12. Jerawat tiba2 naik! haha
Nak tak aku kongsi beberapa keping gambar? Just simple one je..Maklumlah..aku xde seni :|

 -Langit Biru-
Aku suka warna gambar yang macam ni...
Tapi, aku tak pandai buat and tak tau nama apa warna cegini
Ada sapa2 tau?


-Gadis Bertudung Biru-
Tiada identiti
Tidak comel atau cantik
Just Ordinary Girl
Without editing


-Lorong 53B-
Aku main Hue & Saturation
Mungkin macam over kan?


 -We're Friends-
Aku menggunakan khidmat anak saudara kawan aku
gambar ni dah jadi background desktop aku...hehe



- Danbo For Life-
No caption.
Aku pun tak tau nak cakap apa
Aku suka danbo untuk jadi bahan fotografi

-Lorong 53B-
 Gambar yang sama macam dekat atas tu
Tapi, aku lebih suka warna yang ni
Warna lembut.


-Flower Girl-
Actually, bukan flower girl pun
Aku dah usha bebudak dua orang ni sejak dorunk datang
Aku nak snap gambar dorunk yang comel tu.
Tengok-tengok dapat! Lega! haha

|Hope You Guy Enjoy My Art|
-Rara Range @ Nekmo-


Pelikkah aku ni?





Semalam pergi masjid jamek..
start dari naik LRT..sampai masjid jamek..
ada je benda yg tak kena...
mula2 ada mat salleh ni pandang aku..
pastu pandang buat kali kedua (mcm gerak cepat2 tu..)


aku igt aku sorunk ja perasan...
kawan aku pun perasan gak..
erm..aku relaks lagi..pastu..
dekat masjid jamek plak..
aku nak pilih baju untuk group...


anak muda yang jaga kedai tu tengok ja aku...
aku: "kenapa ye awk tgk saya?"
dia: "err...saya tak boleh la tengok awak..haish.."
aku dah mula rasa segan bila dia tengok aku...


dia: "saya suka la tengok awak"
tak tau la muka aku dia jamah sampai mana...adoila..
aku mula rasa tak senang berdiri...
anak muda tu terus capai spec dia untuk pakai...
pastu..dia tatap lagi muka aku...aku dah gelisah..
then aku ajak kawan aku keluar....




tadi..pergi TS...tujuan yang sama...
benda yang sama berlaku sampai kawan aku tanya..
kawan:"asal bie...dorunk perhati kau..yang dah ada awek pun..."
aku: "ha?mana aku nak tau...pelik ke aku punya pakaian?
         tak kot? jeans..t-shirt..selipar..."
dan aku memang perasan orang pandang...




(ais kacang yang dah tinggal separu sebab tunggu kawan aku lama sgt)


masa dekat KL sentral pulak...
aku nak gerak masuk dlm lrt tu..masa selisih nak masuk dan keluar..
ada pasangan ni..lelaki tu muka mcm mix...
cakap "hai" dekat aku..macam bisik sikit... tapi masih jelas kedengaran
padahal awek dekat sebelah...


aku dah nak masuk komuter tu..lepas tu..
bila dah ada someone mcm ckp dengan aku..
aku pun pusing la...ingat kawan..tapi..lelaki..
then dah masuk dlm komuter kawan aku kata..
kawan: bie...kau dengar tak dia kata apa???
aku: tu la..aku terkejut..awek sebelah kot..


hmm..aku pun tak tau..pelik sangat ke aku?
tadi..aku terkejut sangat terjumpa seorang blogger dekat TS


dg nadira kamu memang comel...hehehe..cuma saya ingat kamu rendah
drpd saya..hahha... :P padahal..lebih kurang ja..hehehe...
sangat2 terkejut ok....sampai kad Taste of Asia pun
 lupa nak pulangkan dekat kaunter

1001 HIKAYAT NEKMO

Apa ke pelik tajuk??haha..Banyak mau cerita sebenarnya. Dari A to X (mana g Y and Z??dah meninggal tadi..hehe. Dalam beberapa hari ni, banyak sangat benda berlaku dalam hidup aku. Kadang-kadang aku rasa seronok, kadang-kadang aku rasa tak (manusia memang selalu mcm ni..tak pernah nak puas..kan???aku la tuh..haish..apa hal kau nih nekmo???)

Monolog Malam Palestin
(ini training budak popband untuk monolog
rasa macam ada ramai abang..huhu...tapi..dorunk suka buli aku!!ciet! huhu)
Cerita yang ni plak, aku and team di jemput buat persembahan bersama pop band kolej aku..but..ni bukan under kolej.. yeah..kami mahu bergerak sendiri..Bagi aku itu pengalaman yang best ok!! hahah...Muka aku time tuh, hodoh gila. foundation letak kat bibir..eyeshadow hitam merata kat muka..hahah..sebijik macam momok! but, aku paling suka part sebelum start monolog..Aku dok belakang sekali sambil usha orang-orang makan..sungguh berselera dorunk makan sampai tak perasan aku kat belakang..tiba-tiba "ISRAEL KEJAM!ISRAEL ZALIM" !! Aku and the gang pergi jerit dekat meja2..hahha..Nak tau??dorunk terkejut ok!!hahaha..Aku dpt ingat lagi muka terkejut dorunk..hahahha...macam kecoh seketika dalam dewan tuh..hehe.. Apa-apa pun..aku sangat puas buat malam tuh..aku puas menjerit..aku puas terkejutkan org..hahah(jahat!!!!)


Teater Muzikal Tun Mahathir 2

Pertama kali aku jejak kaki dalam istana budaya(IB) aku jadi kagum..wow!! sangat cantik! apatah lagi..ada teater pulak kan..haha..masuk lambat satu hal..tah apa2 la senior aku tuh..semua pergi 3 buah kereta..hehe.. 15 tiket ^_^.Aku nak berterima kasih dekat senior tuh coz tumpangkan aku naik kereta dia..kalau tak, aku pun xpergi la IB..heheh. Secara jujurnya, aku begitu teruja tgk teater. Dah la tengah2, depan gak la..tp..senior2 aku lagi depan!!! jelous!! huhu Ada misha omar,elly mazlien,isma daniel, ezanny, ramai la..kalau la pengarah teater aku harituh tak ajak, gamaknyee..tak pergi la kami..hehe.. First time sentuh pipi misha omar. Dia begitu rendah daripada aku (kenyataan)..hahaha. Rasa macam nak masuk je lagi IB mau tengok teater..


Happy Birthday SAYANG

25 Januari 2011 birthday my lovely friend. Masa dekat IB, aku dah risau. Aku kan menumpang dengan orang, dah pulak tuh aku ada plan dengan kawan-kawan nak kenakan budak ni. Aku sangat risau takut tak sempat. Bahan-bahan yang digunakan ialah tepung dan telur. Masa tuh nak dekat pukul 1 pagi. Aku dah pakat dengan abg cafe. Bermulalah operasi menculik mangsa. Kawan aku kerja dekat cafe tuh. Tiba-tiba lampu cafe dipadamkan and kawan aku yang bersekongkol dengan kejutan nih angkat si Mangsa..hahah.. korang dpt bayangkan tak???hahha...kawan aku tuh menjerit2 hehe. Akhirnya, bila sampai dekat lokasi, apa lagi.. tepung, telur jadi habuan la..haha..kek secret recipe yang dh tak larat nak makan..jadi habuan kat muka...hahahha...aku n mbe ada buat video untuk dia..hehe..nak tengok ke?video tuh lama ok..Untuk mencari mangsa dalam video tuh agak susah ye..heheh...susah sgt!! tambah2 international student..heheh..dorunk igt kami nk wat pape dekat dorunk..hehe..credit tuh ika yg edit video..u..i upload video nih ye..u jgn marah ek..hehehe


(hehe..video yang mereng)

"Sayangku..happy birthday
moga panjang umur dan murah rezeki..
Jangan lupa aku...
terima kasih untuk segalanya..
Aku memang suka psiko org..hahaha"

p/s: international student tuh..aku tak kenal sorunk pun..hahhaha...cari random je..huhuhu..

Diam aku bukan tanda aku kalah


Sebenarnya, ikutkan hati...
lambat lagi aku nak update blog..
Tinggal blog sunyi sepi tanpa pengunjung..
Bosan..sakit...perit...kecewa..
makan dalam2..hmm..keje update je..
entri emo daripada aku..

Aku sebenarnyee, dah tak tau
nak membalas macammana..
Bila aku diam, makin menjadi2 perangai dia..
Cukup2 la aku dah maafkan perbuatan kejam dia..
Aku tutup mata...aku sendiri tahan derita..

Tapi, bila aku diam..aku usha dari jauh..
dia pijak aku sampai leper..
Kenapa perlu macam tu??
fitnah sana..fitnah sini..
Kalau ikut kezaliman aku..
Aku jaja je cerita dia biar semua orang tahu..
biar semua kawan tahu perangai dia..

Tapi..aku tak sanggup buat macam tu..
Sebab aku pun ada rasa belas kasihan..
Kalau dia buat benda ni dekat org lain,
Aku pasti..dia tak kan gah dengan fitnah+penipuan dia..
Tuduh aku sana sini..hmm..aku diam ja..
Tapi, aku diam bukan bermakna aku suka apa dia buat..

Aku selalu ingat macam ni..
Setiap apa yang kita buat..
baik atau jahat, mesti ada pembalasan..
kalau bukan hari ni, mungkin esok..
kalau bukan esok, mungkin nanti..
kalau bukan nanti..di akhirat,
kita takkan lari..aku selalu pegang macam tu..

Hmm..aku teringat ayat dalam kitab tu kata..
Allah tu takkan menguji hamba dia 
kalau hamba dia tak mampu nak hadapi..
(betulkan aku kalau salah).
Tapi, aku dah tak tahan.. aku boleh sabar ja..
pandang dari jauh perbuatan dia..
aku senyap..

Aku tengok ja permainan dia..
masa dia buat kekejaman dekat aku..
Aku maafkan..dan siap bagi jalan nak perbetul..
Kenapa aku terlalu baik sgt dengan manusia macam ni??
hmm..sebab aku fikir..itu kawan...
tapi..terlalu banyak sgt dia buat dekat aku..

kalau la dorunk tahu hal sebenar..hmm..
hmm..help me...help me....
T-T

Maaf seandainya ketiadaan aku update blog or tak melawat blog kalian..


Bulan yang sangat sibuk..
aku kena stop blogging seketika...
Aku nak exam...hmm..eee....Otak serabut..
Fikiran melayang!merapu!meraban!

Rasa macam takmo belajar and nak tdo mcm
Sleeping beauty (beauty kah aku??haha)
maaf kalian..
Nanti aku melawat blog korunk...
Aku ada je melawat walaupun aku tak sign in...

terima kasih kepada yang datang..
Nanti aku free aku update...
macam-macam nak cerita kat sini..
Tapi, tak tau nak cerita macam mana...

Exam melambai2 panggil aku..
Buku pulak meliuk lentok goda aku suruh baca dia..
Katil ngan bantal berganding bahu!
heret aku tdo!
wokey! jom tdo..haha

++nota kuliah skizofrenia++
member wa cakap, wa ni maskulin..
apa benar dong??

member kak wa plak teruja dengan ke enceman wa
pas wa kua dari bathroom..
perlu ke wa check jantina wa????


Ampun dan maaf dipinta

Have a nice day!!!
Tanggal 14 oktober 19**.Seorang baby cute(perasan ni) telah dilahirkan.
Aku la baby tu.Mak aku mengandung aku penat-penat.Isyh,banyak tol dugaan.
Bersalin tu sakit tak?arrgghhh..seriau..sakit kan?
Sebuah kelahiran..ini bukan lucah..

Aku pun macam orang lain,bagi hadiah.Tapi,hadiah aku tak la ternilai kalau nak bandingkan pengorbanan mak jaga aku. 
"selamat hari ibu"
(ni la budak ngada-ngada tu..kuat nangis jerk)

Aku rasa sesetengah orang Malaysia ni pelik

Have a nice day!!!
Hari ni masuk hari yang ke 6 aku jadi penghuni sementara dekat hospital.
Aku tak sakit ye,my sis yang sakit.Aku jaga je dari pagi sampai maghrib.
Tapi,aku bukan nak cerita mengenai sakit kakak aku tu.Aku nak cerita mengenai perangai sesetengah orang Malaysia ni.Sepanjang aku ada dekat sana,
hari ni la yang paling teruk bagi aku.Semua aku rasa tak kena.


Bukan sebab apa,aku jalan je orang memandang macam aku ni pesalah terbesar la dekat Malaysia.Mula-mula,aku duduk dekat bangku,makan roti.Setiap yang lalu,mesti tengok aku.Kalau tengok sekali tak pandang dah tak pe la.Ni tak,bila tengok dorunk nak tengok lagi.Aku pun pelik la.Ada roti ke tercicir dekat muka aku ni.Ok,aku maafkan hal tu.Then,dah habis makan nak pi naik atas.Lagi kena pandang.Argghh!!apa masalah korunk ni??aku serba tak kena.


Mungkin zip seluar aku tak tutup.Aku pun tengok la.Isyh!aku tutup weh!giler tak tutup.Aku tengok baju aku pulak,koyak dekat mana-mana ke,takda pulak.
Lastly,time aku nak balik.Aku memang perasan seorang lelaki ni,dari aku naik sampai nak balik.Usha aku je sampai aku nak balik.Sanggup pusing badan tu,tengok belah aku,sekali lagi aku tengok jeans aku takut tak tutup..hehehe


p/s:bukan syok sendiri..tapi,rimas la..korunk pernah tak rasa macam ni???

Perasaan aku..tiada siapa tahu..

Have a nice day!!!
Hati sedih pilu terasa..
Kecewa membakar jiwa raga..
Mata membahang..air jernih mengalir..
Adakah perlu disalahkan takdir?..
Salahkah perilaku aku ini?
Ya Allah,aku berdoa padaMu
Agar kehidupan ini penuh bermakna
Kuatkan jiwa dan imanku
Untuk ku hadapan segala cabaranMu


Why doc lelaki???malu...

Have a nice day!!!
Aku baru alik je dari hospital..hmm..nasib baik xkena masuk wad tadi..
Syukur sgt sebab wad penuh :x.Kalau x,pakai aku xg interview la.
Actually,jahitan operation  aritu,terbuka.So,apa lagi??
darah kua macam pe g.Jenuh aku amek tisu lap.
Masuk je hospital aku da jadi macam gengster(ceh..bikin hot)
Tapi,aku sedey la..napa banyak doc lelaki?? :(
Xde ke doc pompuan yang rawat pompuan je???
Aku malu la dorunk dok tengok2 aku.. :(
Girl kat luar sana..pat2 la jadi doc..ley cek aku...
Aku segan nagn doc laki..
Dorunk cek badan aku.. :(

Oppss! Hello...U Tersalah Org..

Macam tajuk en3 ni,aku ada kisah disebalik tajuk ni.
Acctually,aku pun xfaham napa jadi cegitu
:t
*mungkin salah aku jugak


++di suatu petang ketika aku dgn kazen(girl) aku kua b'sama..aku nk kasi air kat tenggiling* tiba2 ada sorunk mamat tgur...

Mamat:Eh..kua ngn sapa 2? :D
Cousin: ni ha..kua ngn dia..(tunjuk arah aku)
Mamat: amboi..kua ngn laki ek???bgtau abg bru tau..
Bira:(isyh..buta ke mamat ni..*ckp dlm ati)

++then aku pun pusing badan aku kat mamat 2..aku usha pelik dia..

Mamat:lorh..pompuan upanyee..hehe..ingat laki td.. :$

KES 2
aku nk undur kete,tetiba je kete cucuk blkng aku...
kes ni jadi kat kedai char koey teow my kazen lak..
*weh..xnmpk ke aku nk kua?kau da tau kan..
klu aku xkua...kau xkan dpt masuknyee lorong 2.
.

then..
kazen aku settle..aku blah trus mcm xda pape jd.. :o
bla aku dtg alik kedai 2..cashier kata.."adik ek langgar kete 2?"
"bkn langgar kak..dia yg nk masuk sgt2 xsabar..napa kak?dia ngamok ke?" aku ckp
"lebih kurang la..tp..dia ckp LELAKI yg langgar"cashier
hehehe..aku hanya mampu ketawa..
tapi..salah aku gak..napa b'pakaian mcm laki..err..tp..
aku b'tudung
..cene 2? :t

Oppss! Hello...U Tersalah Org..