"Sekeping" Anugerah


Alhamdulillah atas pemberian yang maha Esa. Betul pensyarah aku cakap. Kalau beritahu mak ayah bukan dorang tahu pun itu apa. Jumaat lepas, masa aku dalam perjalanan pulang ke rumah sebab baru sampai, aku yang pandu kereta tu.
 Aku cakap "mak, nak hadiah".
Mak aku tanya "hadiah apa pulak?".
Aku "sebab dapat dekan"
Mak aku " la... tak cakap pun?"
Aku " haritu kan kak lang dah bagitau pointer berapa"
Ngah "ha la mak pun, takkan tak boleh agak pointer banyak tu.."
Mak "mana nak tau..............."


Seriously, waktu aku cerita mak aku tak ada nada gembira yang terlampau pun. So-so saja. Aku tak salahkan mak aku. Sebab, aku pun tak aim yang itu. Tapi, Allah dah memberi. Aku bersyukur sangat. Amin. Aku cakap dekat ayah aku pun, ayah aku tak tahu. Bukan tak ada ahli keluarga aku yang masuk universiti. Kakak-kakak aku masuk U juga. Cuma, aku saja yang dapat baru-baru ni.

Bila hari perjumpaan dengan penasihat. Dia tanya aku, apa rahsia? Aku kaku nak cakap rahsia apa? aku belajar macam biasa. Lepas tu aku cakap, "doa mak ayah kot". Penasihat aku kata "doa saja tak cukup". Aku cakap la aku ni takut tak boleh kekalkan prestasi. Ayat dia balas dekat aku, sangat bagus bagi aku.

"dalam hidup ni, kita akan tempuhi macam-macam. Kalau sekalipun awak tak dapat keputusan macam itu lagi, awak kena terima kehidupan kita memang macam tu. Yang penting, berushaha. Hidup ada pahit dan manis"

Lebih kurang macam tu la. :)