Masa kecik-kecik aku..........


Zaman kanak-kanak aku mungkin sama saja dengan budak-budak kampung lain. Aku ni dilahirkan dekat kampung dan bukan bandar. Aku ada satu minat sejak dari kecil lagi iaitu berniaga. Weh, budak-budak sekolah rendah berniaga dekat sekolah oi. Macam mana aku terfikir nak cerita ni? Ni la ha, adik aku ternampak kepah kecik saja. Kalau duit sekupang tu, hang kerat 8. haha. Kecik kan?

"kak lang, hang ingat tak dulu-dulu kita suka kutip kulit kerang?" adik.
"ingat-ingat. lepas tu, aku jual hahahhaha..." aku
"kalau lagi rare waktu dulu-dulu bila kita dapat kulit siput yang pelik-pelik sikit kan?" adik
"hahaha... ha. Ambil gam, buat jadi kraftangan" aku.
"Lepas tu dapat siput yang tajam macam tanduk tu.. hahahha.. Spray sikit...." adik.

Lebih kurang macam tulah dialog dia. Memang pun, sampaikan ke kulit kerang pun aku menjual. Betapa gigihnya aku kan? haha. Di mata budak-budak, superb cantik ah! Kalau bagi aku la, hodoh oi.. Haha. Jual bukan mahal pun. 50sen, RM1. Ada orang beli tau! Bukan takat kraftangan saja aku jual. Aku buat penanda buku sendiri hasil guntingan majalah REMAJA Pak Tam aku punya yang setimbun tu. Ada juga oi orang beli!

Target kena tau sapa (tengok, budak-budak sekolah rendah waktu tu oi). Aku bajet budak-budak kelas bawah aku macam kawan-kawan adik aku. hehe. Ada pula tu, aku jual sticker. Mana aku dapat? aku balik Perak rumah opah aku dan aku beli masa pekan rabu. Banyak sticker. Ada kecil-kecil dan besar. Harga bergantung kepada size sticker tu la. Yang tu pun ada orang beli. kehkehkeh. Otak berniaga kan?

Tak dapat dinafikan, mak aku adalah ahli perniagaan (cewah, gaya macam bisnes juta-juta haha). Kadang-kadang tu, aku jual gula-gula. Ada pula kawan aku sorang ni jual vico. Jadi, kami panggil dia Aleeza Vico. haha. Budak-budak oi. Aku sekolah rendah lagi tau. Perkara ni berlanjutan sampai aku sekolah menengah. Aku ni tinggal dekat asrama. Bila hujung minggu, aku akan ambil order daripada kawan-kawan aku sapa yang nak beli nasi lemak.

Ya, yang sebenarnya, mak aku buat nasi lemak yang petang punya. Bukan nasi lemak pagi. Nasi lemak ni boleh makan sampai 2-3 pagi. Banyak jugalah tempahan daripada kawan-kawan aku ni. Semua duit tu, aku yang akan dapat. haha. Komisyen mak aku, aku tak  bagi. Teruk gila aku ni. haha. Tapi, tabiat buruk aku adalah aku tak suka pegang duit banyak-banyak. Aku tak suka kira duit. Apa berkaitan angka, aku tak suka! sangat tak suka! Tapi, aku nak berniaga. pelik? tak! sebab itu aku.

Ok, tak nak cakap banyak-banyak. penat.

TRIBAL COTTON SHAWL


Anda peminat tribal cotton shawl?? Anda boleh mendapatkannya dengan harga serendah 
RM18 SAHAJA UNTUK SEHELAI!!!
Kalau beli lebih, boleh dapat kurang.
Ohya, bila lama tak buat entri tiba-tiba muncul pula menjual kan. Haha.
Tak perlu komen wahai kawan-kawan blogger saya. Jom jamu mata dulu.











Ni antara contoh-contoh shawl. Kalau nak tengok yang lain, boleh cari di facebook Abeerah
HANYA RM15 SAHAJA SEHELAI

k,bye