Secara rasminya, aku dah start cuti semester Jumaat minggu lepas. Exam aku habis hari Rabu minggu lepas. Cepat saja aku rasa. Tapi, start aku sampai rumah hingga sekarang rutin harian aku adalah jaga anak saudara aku. Tapi, mak aku la jaga lebih. Ada waktu tertentu aku yang jaga macam mandikan dia. main dengan dia. Aktifnya, MashaAllah.... nak nangis saja rasa. Tak tahu macam mana kak aku jaga. Rayyan suka Mak aku. hehe. Panggilan aku adalah Alang. Gua takda oi nak panggil mak-mak ni. Muda kot? Bajet~
So, aku belum ada mood nak buat kerja lain sebab melayan si kecik tu. Selalunya dia yang akan kejut aku tidur. Alar umur baru setahun setengah. Tiru saja apa orang cakap. Apa yang dia suka adala moo, bird dan aeroplane. Tu ja modal aku kalau nak ajak dia main. Lagi satu! aku la yang jadi motor dia. Tak tahu rambut aku modal dia jadi tarik tali kuda. Ohh man. haha. Layan. Hari-hari aku akan main bubble dengan dia bila dah boring duduk dalam rumah. "Lon" dia panggil.
Ada satu hari tu, aku ni kaki usik. Dia main motor-motor dengan aku. Tak payah tanya mana motor dia dapat. aku ah tu jadi motor dia. Buat accident bagai atas katil. Jangan bayang macam mana. Buruk sangat! haha. Dah accident, aku pun terbalik sekali la kan. Dia geram tengok aku. Kalau picit lengan aku. Mak aii.. sakit. Kalau dia hantuk kepala dekat orang takpa. Tak nangis. Jangan marah dia je. Tu dia nangis. Dahi aku ni benjol dua-dua belah. haha.
Sambung cerita, lepas tu... aku buat-buat mati la. Dia pukul aku pun, aku tahan saja sakit sebab nak tengok reaction dia macam mana. Dia panggil aku. "Lang...Lang" sambil tolak-tolak badan aku. Tapi, aku tak gerak. Lastly, dia nangis cari mak aku.. "Tok...Tok.." hahaha. Aku tersengih saja. Jahat tak?? Sebelum dia tidur tadi, panggil aku. "Lang...." kiss oi... pipi aku. haha. Kalau suruh peluk aku. Dipicit-picitnya aku sebab geram.
Ok, stop cerita pasal Rayyan. Dalam cuti semester ni, aku ada dua tugas yang kena buat. Satu, siapkan photobook untuk majalah kolej aku. Aku harap berhasillah. Cuma, lepas Rayyan balik rumah dia baru aku buat. Dua, aku kena start cari bahan untuk Tesis aku (sepatutnya latihan ilmiah kita panggil bagi degree). Nak fikir tajuk. Dok terbayang nak buat tajuk berkaitan I/O psychology. Tapi, nanti aku usha dulu dia punya jurnal. Tu sajalah.