Manusia sinonim dengan kehendak yang pelbagai


Aku rajin post la pulak kan dekat blog?. =) setuju tak dengan tajuk yang aku katakan? Sebagai contoh, aku ambil diri aku. Aku ada macam-macam benda yang aku nak. Nak itu, nak ini. Tapi semua pakai duit wehhh.. bukan pakai daun. Kalau pakai daun... haha.. senang ja bawa keluar duit, NAH DUA KEPING DAUN. hahha... mudah kan?


KALAU... itu, KALAU ini.. Kalau orang, dia nak laptop Mac, gadget itu, gadget ini. Aku ni jenis tak kisah sangat bendalah tu sebab aku suka benda lain. hehe. Weyh, aku rasa macam nak kerja saja. aku nak beli lens, nak beli speedlite. Banyak keinginan.. aku nak beli 50mm punya lens.Tapi kan, kalau kita suka sesuatu benda tu. Kita akan usaha kan?.. =)




Masa awal2 semester dulu, aku dah bajet nak guna duit itu, ini. Kira plan kemana duit tu pergi. Tapi, semester ni pakai duit banyak sangat la sampai duit dekat aku pun kurang cukup. So, terkubur segala hajat aku. Cuti semester ni aku ingat nak kerja, tapi aku rasa impian tu tak boleh la. Sebab banyak benda yang terhalang.


Aku plan macam-macam, aku nak ganti baru handphone aku yang hilang. Sebab, aku ni jenis malas usung kamera, Bila beli handphone yang camera ok macam hp lama aku, aku tak kan lepaskan moment apa2 yang aku suka. Kadang2 tu, aku nampak pemandangan cantik sangat. Tapi, aku tak bawak kamera. handphone pulak tak ada camera. Jadi, aku puaskan kehendak aku, aku angkat tangan, cantumkan jari2 aku bentuk segi empat dan aku capture gambar. (penuhkan kehendak saja, walaupun tiada gambar )


KALAU... KALAU...KALAU...

p/s: musim sibuk dah tamat.... sekarang musim siapkan esaimen... :) banyak yang tergendala..


AKU NAK CUTI LAMA-LAMA



Masa rasa cepat je berlalu... aku terlampau sibuk.. sibuk itu, sibuk ini, menyibukkan diri (pon boleh) sampai kerja-kerja yang lain terabai. Terutamanya pelajaran. Rasa macam, "hello nekmo, ang mai U ni buat apa kalau tak belajar??" Lagipun, aku nak update blog tak tau. Boleh ka aku buat blog aku ni mmg sebagai diari aku? Sebabnya aku ni bukan jenis rajin sangat menulis. Ada orang akan borink tak?


Ohya, tahun ni aku jadi sekretariat festival seni UM. Bagi aku, banyak ilmu yang aku dapat and aku memang sangat penat. tambahan pulak aku aku juga salah seorang peserta. Lepas saja habis acara lbh kurang 12 lebih, aku akan balik kolej berlatih manifestasi puisi pulak untuk FESENI.

Memang sangat penat dan aku sangat beruntung sebab kawan-kawan aku setia menanti aku pulang lewat untuk berlatih walaupun ada yang esok harinya Lab, quiz etc. dan hasilnyaa???.. kami dapat juara ..>.< aku rasa macam tipu2 ja menang tu.. haha.. Alhamdulillah syukur.. =D

Aku nak upload gambar yang aku ambil beberapa hari lepas. Memandangkan aku baru pertama kali ambil gambar macro, gambar yang aku ambil ni tak la hebat macam ,masta2 dekat luar sana.. =) aku masih belajar.



|dragon fly|
gambar ni aku dah crop sampai dekat mata saja..
kalau nak tgk full version bagitau..
Tapi, sama ja.. >.< hahaha
aku mana pandai amek gambar.


|butterfly|
aku tak dapat ambil full badan rama-rama ni
dan aku rama-rama ni satu2nya yang paling cantik aku jumpa
dalam hutan tu. boleh pulak dia main golek2 dekat aku.
Rama2 tu seolah2 kata "shoot la aku... shoot la aku"
Dia yang datang dekat aku. Aku ingat dia sakit.
Sebab badan dia tergolek2 saja. Macam manja2
Tapi, bila kawan aku datang.. terus dia terbang dengan pantas.. hehe


p/s: maaf la...aku bukan jurugambar.. :)