Aktiviti awal bagi cuti semester
Alhamdulillah aku dah habis pun exam. Perasan tu tak tau la kan nak cerita macam mana. Tapi, sebenarnya, aku habis exam lama dah. Minggu lepas aku habis (buat macam baru semalam habis kikikiki). Aku balik rumah saja, macam "eh, berapa tahun aku tinggal bumi Penang ni?". =.=" ohyeeahhh! kikikiki. Awat jadi macam tu aku tak tau la. Masa awal-awal balik rumah, aku main-main dengan kucing aku dulu sebelum angkut masuk dalam rumah barang-barang aku yang setimbun gunung tu huissh! Rindu sama kucing tau. Tapi, awal-awal kucing macam takut. Mungkin dia hilang ingatan sikit kot? Lepas aku belai depa, ok la. hehe macam comel la pulak kan?
Aktiviti 1: FOTOGRAFI
Lepas tu, geng fotografi ajak keluar la hari jumaat lepas. Minat pasal macro dah membuak-buak sudah. Tapi, aku tak ada lens canggih macam orang lain. Aku biasa-biasa sahaja. Asalkan ilmu boleh diperolehi, pinjam pun jadikkkk laaaa (tarak hal punya kawan-kawan aku). Ada ke orang bagi hantaran lens berketul-ketul?? haha. nakkkkkk!!! (ni mau kena sepuh dahi tu... hehe.. maaf2...).
Bila aku dah dapat raynox seketul kat tangan hasil pinjaman si aproh, bermulalah misi aku memburu serangga! Yeay! aku dah bertukar jadi pemburu! tak nak jadi pelajar kaunseling lagi! haha. Bagun pagi seawal 12 tengah hari (hahahahhahahahahha... ini nak kena tampar laju2), terus keluar memburu serangga. Tak mandi tetapi aku sentiasa cool! ahaks! dush! amek kau!
Kalau hari aku beruntung, dapat la hasil serangga yang bagus untuk dikongsi kepada kawan-kawan tentang kebesaran Allah. Kalau tarak?? tangan terketaq-ketaq. Tiada la hasilnya. Ibarat kais tengah hari, makan tengah hari la... hahaha.
Bila memburu serangga, makhluk Allah yang paling cemburu dekat aku adalah kucing aku! ceit! Memang sangat manja tau. Sebab tu suka sondol-sondol aku. Maka, serangga buruan aku pun lari lintang pukang apabila nampak pemburu kejam iaitu nekmo dan koncu-koncunya... haha. (sumpah tak lawak!).
Mak aku dah masak dengan perangai aku yang sudah berubah 360 darjah sejak hari itu. Mak tanya "eh, buat apa tu???". Ya, kena explain dekat mak apa aku dok buat. Kang mak ingat anak dia yang sorang ni sudah sakit mental. Lepas tu, mak tak tanya dah la. Mak tengok saja aku memburu serangga untuk hidangan petang dan malam. haha.
Ada satu petang tu aku dengar macam ada orang dok panggil aku. Tapi, sayup ja dengar.
"ha! kat sini rupanya hang. Tadi mak call 2x tak dapat-dapat".
(nampak di situ, duduk satu rumah tapi main kol2 handphone pulak ek?? hahahhahaha. Adik aku pun dok dalam bilik mesej saja aku sebab aku selalu ada dalam bilik.)
"tu, pi makan. Ayah dah beli durian" mak aku dok bebel.. kikiki
"ha...satg kak lang pi. Nak amek gambaq sat saja. Mak nak tengok ka? tadi amek cantik ooo.." ni konon-konon nak ubah topik. haha
Maka mak aku pun berdiri la disebalik tingkap bilik dok tengok aku tertongeng2 memburu mangsa. Masa tu pulak mai la nyiauw (merujuk kepada kucing aku). Nak manja-manja dengan mak aku. Pi panjang dinding nak tengok mak aku. hehe. Lawak la kucing aku ni.
Sekarang aku dah pulangkan raynox tu dekat member aku. =) tapi dia baik hati sungguh kata kat aku kalau balik sini nanti, bagitau la. Bagus punya kawan. hehe.
Ok la, ni aktiviti 1. Nanti aku bagitau aktiviti lain pulak ek.. hehe. Jangan rindu aku tau. Bye!
STEP BY STEP VS LAWAK UM TIME NAK EXAM
Assalamualaikum. =D Minggu depan aku exam wehhh!!! rasa macam kejap ja. So, lepas ni aku akan bergelar pelajar tahun 3 pada bulan 9 2012. Tak lama dah kan?.. Tapi, tak bermakna aku final year... Y-Y lambat lagi tau nak habis. Berdasarkan perbincangan orang2 atas, ada kelainan untuk batch aku. Aku kena start buat latihan ilmiah (academic excercise) macam thesis la.... Master kita panggil thesis ye anak2... Untuk degree kita panggil latihan ilmiah. Tapi, dah semua panggil tesis, so.. aku panggil gak la. Sebabnya orang kurang tahu la pasal latihan ilmiah. Cakap tesis senang, terus tangkap bendalah tu apa.
Aku akan start buat thesis pada tahun 3. Tak macam senior aku yang buat masa tahun 4. Bagus lah haiii ketua jabatan aku ni nak meringankan kerja kami. ^_^Y kalau tak, korang bayangkanlah masa tahun 4 aku kena buat sesi kaunseling sebanyak 200jam + thesis. Mau temuak kau!!! Alhamdulillah.
Eh, nanti aku jadi senior lagi la... haha... untuk student kos aku lak an... berdasar kepada apa yang lecturer aku cerita... daripada berapa ribu entah orang... dipilih... then... daripada ribu2 tu... pilih 200 je nak amek interview... daripada 200 orang yang di interview tu.. hanya 40 ja kot dorunk amek... macam batch aku... 30 saja... =D alhamdulillah rezeki...
Baiklah... sebenarnyakan, macam aku cakap atas tu... aku nak exam. Nak tengok jadual aku tak? (tak dak sapa pun nak tengok la nekmo! ok fine~!
Ya... tolang la abaikan kos yang aku ambil tu... hehe... boleh kan? aku budak baru belajar. Yang NA tu... tarikh dia... lecturer yang tetapkan. Aku last exam 18/6. doakan aku rajin la membaca tau! sebab aku start exam 7/6.
Baiklah... aku ada benda lawak nak share.. haha.. UM pun dah pandai ek nak melawak dengan kitaorang... hahhha.... >.<"
Bacalah apa kartun tu tulis... hahha... adoila.... >.< kalau tak gelak tu... takdak perasaan la tu! keh3.... adoila... UM2... UM ku sayang... sekarang dah nombor 35 ranking dunia... =P
Baiklah... aku berubah cerita lain pulak. Aku belajar berenang tau!! hehe.. sendiri2 saja dekat kolam renang UM ni. Aku mana la pandai berenang. Baru dua kali masuk kolam. hehe...untuk harini la... dua kali dah. Tadi, perkara yang mengembirakan aku....aku dah boleh apongkan badan! tapi. secara terlentang la. hahhaha
Bersemangat ni bercerita! Tapi, aku belum pandai nak gerakkan badan la. sedih! hahaha xpe, cuba lagi nanti. Yang aku buat, goyang tangan. Tapi, dah pulak jalan ke belakang macam bawak sampan... hahhaha. Kawan aku banyak tolong aku tau! Bagus betul dia. Sabar je mengajar aku.
Baiklah... aku berubah cerita lain pulak. Aku belajar berenang tau!! hehe.. sendiri2 saja dekat kolam renang UM ni. Aku mana la pandai berenang. Baru dua kali masuk kolam. hehe...untuk harini la... dua kali dah. Tadi, perkara yang mengembirakan aku....aku dah boleh apongkan badan! tapi. secara terlentang la. hahhaha
Bersemangat ni bercerita! Tapi, aku belum pandai nak gerakkan badan la. sedih! hahaha xpe, cuba lagi nanti. Yang aku buat, goyang tangan. Tapi, dah pulak jalan ke belakang macam bawak sampan... hahhaha. Kawan aku banyak tolong aku tau! Bagus betul dia. Sabar je mengajar aku.
Kawan aku tu suruh aku belajar apungkan badan meniarap pulak. Aku pun cuba la. Hahah. part ni aku rasa lawak tau tak! Baiklah, dengan semangat waja yang jitu dan tinggi! aku pun cuba buat macam tu, dan gerakkan kaki serta tangan. Hahaha.. nak tau tangan aku macam mana??? Macam kucing berenang dalam air.
Comel tak aku berenang macam tu????hahha.. gelak! gelak! gelak! aku belasah gak kunk. hahha... ok fine! lawak! kawan aku pun gelak! >.<" dah la... xmo xcakap lagi... nanti hampa gelak kat aku bertubi2... hehhe... janji comel... >.<"
Subscribe to:
Posts (Atom)