Tips temuduga calon untuk kemasukan Sarjana Muda Psikologi di UKM

Disini saya ingin kongsikan beberapa isu yang perlu diberi perhatian oleh bakal calon-calon dan juga pelajar sekolah menengah. Pastikan anda:
1. Tahu tentang bidang yang anda mohon
Sudah semestinya salah satu soalan kegemaran panel adalah - kenapa anda memilih bidang ini? Apa yang anda tahu tentang bidang ini. Maka, calon hendaklah membuat 'homework' tentang kursus yang mereka minta. Sekiranya anda datang dengan ilmu yang kosong, sudah tentunya kami akan berasa anda tidak minat dalam bidang ini (sebab kalau anda betul2 minat, sudah tentunya anda tahu tentang bidang ini)
2. Pastikan anda menguasai bahasa inggeris 
Di UKM, Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa utama dalam proses P & P. Namun begitu, pelajar perlu menguasai bahasa Inggeris juga sebab kebanyakan bahan rujukan adalah dalam bahasa Inggeris. Dalam sepanjang temuduga yang dijalankan, kebanyakan calon boleh dikatakan dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu, ada segelintir daripada mereka tidak boleh berbahasa Inggeris walaupun diberi peluang beberapa kali. Jangan berasa malu untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Betul atau salah adalah perkara yang kedua, yang paling penting ialan anda kena mencuba. Sekurang-kurangnya anda boleh memperkenalkan diri anda dalam bahasa Inggeris
3. Isu semasa
Saya telah melalui banyak temuduga dan pernah juga menjadi panel untuk temuduga. Salah satu soalan yang ditujukan ialah - apa yang berlaku di negara kita/ apa isu semasa dan berikan pendapat anda. Soalan ini ditujukan untuk mengetahui pengetahuan am para calon. Kita perlukan calon yang tahu apa yang berlaku di negara kita dan bukan yang fokus dalam pelajaran sahaja. Kebanyakan calon yang hadir dapat mengupas isu semasa dengan baik.
4. Anda kenal tokoh bidang yang anda mohon?
Pernah tak anda berusaha untuk mengetahui tokoh bidang yang anda mohon? Kami meminta satu soalan, namakan seorang pakar psikologi atau bidang yang berkaitan dan sedihnya, ramai calon gagal untuk menjawab. Ini bermakna anda tidak kisah akan tokoh-tokoh yang pernah memberi sumbangan banyak dalam bidang yang anda mohon. Ada diantara calon yang kenal tokoh luar negara tetapi tidak boleh menamakan tokoh bidang negara kita.
5. Apa yang anda bawa semasa temuduga
Kami berasa tidak selesa apabila anda membawa beg tangan untuk temuduga, apatah lagi anda simpan beg tangan atas peha anda. Seharusnya anda perlu simpan tepi. Pastikan anda membawa fail yang lengkap dan semua sijilnya disusun. Jangan mengambil sijil satu per satu dari folder dan berikan kepada kami. Jika anda buat sebegitu depan panel, panel akan berasa anda adalah seorang yang 'disorganized'. Pastikan anda membawa salinan sijil, gambar dsb walaupun tidak dinyatakan dalam surat tawaran temuduga. Itu adalah tanggungjawab anda dan pastikan gambar adalah gambar yang formal, dan TERKINI.
6. Body language dan berpakaian kemas
Ini adalah our first impression. Anda tidak perlu memakai baju yang mahal dan branded. Yang penting, anda berpakaian kemas. Rambut (lelaki) biar nampak kemas walaupun anda spike rambut anda. Bagi calon wanita, jangan betulkan tudung anda untuk 10 kali. Ada seorang calon yang pernah betulkan tudung untuk lebih daripada 10 kali. Anda datang untuk temuduga bukan untuk photoshoot.
7. Kokurikulum
Salah satu kriteria untuk mengambil calon ialah penglibatan dalam kokurikulum. Kokurikulum bukan sahaja sukan tapi merangkumi banyak lagi aktiviti seperti mengambil bahagain dalam pidato, drama, projek keusahawanan dan byk lagi. Apabila panel tanya apa penglibatan anda, pastikan anda boleh menamakan serba sedikit. Fokuskan pada aktiviti di sekolah menengah/matrikulasi. Ada bebrapa calon yang memberitahu penglibatan mereka semasa sekolah rendah shj. Apabila tanya penglibatan di peringkat sekolah menengah, mereka diam. Be active.
8. Shine like a star
ada beberapa calon yang kami rasakan sangat berpotensi dan impresif. Ada diantara calon yang sangat steady dan yakin semasa memberi jawapan dan kurang filler words sperti errr, arrr, hmm.. Ada diantara mereka menunjukkan minat yang sanagt mendalam tentang psikologi dan mereka mula kenal beberapa pensyarah pusat kami (mereka google website pusat), ada yang membawa portfolio mereka (mereka menyatakan latar belakang, pendidikan, penglibatan, beberapa kepingan gambar dsb dalam bentuk portfolio) dan banyak lagi
Kesemua komen/tip diatas adalah untuk adik-adik diluar sana tentang do's and dont's semasa temuduga dan bukanya untuk mengutuk / downgrade sesiapa.
Good luck.

Credit: Dr. Rahim

4 comments:

mario said...

ada update? wow

cEro said...

Wow! Nekmo update!!!

Jap nak tanya sebab alang-alang kau dah masuk part ni,
boleh ke orang berumur purba macam aku apply degree in psychology kat UKM ataupun course tu hanya bukak untuk lepasan sekolah/matriks/diploma je?

amira faqihah said...

HUHU hai nekmo!

Nekmo said...

Mario:
Hahaha. Jangan terkejut wei...aku pun tak tahu kenapa aku updated haha


Cero:
Yang tu aku tak pasti la wei sebab aku tanya lecturer aku pun dia tak pasti haha.

Amira Faqihah:
Hi.... hahahahhaha