Dah bersedia nak jadi Kadet Inspektor?

Assalamualaikum. Post ni sengaja aku buat sebab ramai sangat yang bertanya tentang proses nak mohon la dan apa sebenarnya kadet Inspektor buat. Ok, sebelum aku cerita tentang kerja sebagai inspektor ni terutamanya pegawai penyiasat (majoriti akan jadi), aku ceritalah dulu latihan semasa latihan kadet inspektor secara ringkas.

Ringkasnya, latihan dia terbahagi kepada 3 fasa. Fasa permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Fasa pertama, fasa kau diajar, dibentuk, dididik untuk menjadi seorang pegawai polis. Bersedia ke tidak. Masa ni, memang penuh dengan kawad. Terkejar-kejar masa. Tiba-tiba rollcall. Baru naik bilik, kena panggil turun bawah dah. Penat tu tak payah cakap la. Memang penat untuk permulaan (akhir pun penat juga...). Cuma nak bagi badan kita biasa dengan aktiviti lasak. Kau akan bangun awal pagi untuk mandi, sebab nak pergi masjid solat berjemaah. Ini wajib!. Solat sunat sebelum solat pun wajib! Kalau tak buat, kau bakal kena double kawad berjemaah.

Ok, 0530hrs kau dah kena beratur rollcall sebelum pergi masjid. Kau ingat boleh berjalan lenggang mak limah ke? Selagi kau dalam pulapol. Tak berbumbung, kau kena kawad! Haaa...masa ni, kena ada kerjasama dalam platun kau. Nanti dorang cek, kau turun solat ke tak. Ok, dah selesai solat. Kau akan bergerak pantas untuk balik bilik, kau akan bersiap sedia untuk pergi kawad pulak. 0630 kau dah terpacak kat padang kawad untuk berkawad. Berlarilah kau berapa pusingan padang. Macam-macam cara kawad ada. Haha. Sementara nak pandai la kan.

Lepas settle kawad, 0800 kau pergi makan sarapan. Rehat jap, 1000hrs kau dah kena siap kat padang kawad. Sambung kawad. Sampailah tengahari. Lepas tu, makan tengahari. Jam 1400hrs, kau dah start untuk kawad pulak. Kau bayang ek panas terik tu kau tadah muka kawad. Mau tak hitam haha. Aku nasihatkan janganlah pakai produk menghakiskan kulit bagi perempuan. Kebersihan jaga. Sebab kau berpeluh, jadi, macam-macam penyakit boleh datang.

Ok, settle kawad, minum petang. Solat asar lepas tu aktiviti petang. 2.4km ke. Berlarilah kau. Ermmm... Aku ingat aktiviti aku buat dulu cuma aku tak ingat susunan dia. Aktiviti yang kau akan buat dekat pulapol tu, 2.4km, kawad, senaman balak,  karate, TBM (Tindak balas m16) ni masa dah dapat senjata. Sumpah penat kalau dapat senjata. Kau nak julang la, tatang la. Berlarilah kau tengah panas bawa m16. Ingat ringan macam belon? Haha. Tapi tak apa. Janji enjoy. Kau akan rindu semua nanti. Haha.

Ok, dalam training, dorang akan ajar kalau sorang buat salah, semua kena. Hehe. Lepas tu, kau kena maki berbakul hahaha. Yang bagusnya, jam 11 malam kena light off dah. Tak ada senior kau nak ambil kau jangan risau. Melainkan kau ada buat salah. JL tahan kau haha. Rollcall lama gila. Kau dah ngantok. Esok penat. Masa kau sangat padat. Hari-hari kau akan berpeluh ja. Mental tak tahan rabakkk. Tapi kau sihat. Awal-awal je wei kau nak sakit-sakit badan. Join skuad zombie. Jalan mengengkang, jalan kaki seret haha. Daha lepas 2-3 bulan, ok la badan kau. Lari pun dah laju.

Ok, lepas tu, masuk fasa pergi PGA, kau belajar ilmu hutan pulak. Eh, lupa pulak. Telefon boleh hujung minggu ja. Itu pun kalau Oc kau baik hati bagi haha. Lepas tu, hujung minggu, kau wajib fitik. Kat pulapol, kau wajib makan di dewan makan. No outside food. Kalau kantoi, haha. Kau mendapat haha. Sambung pergi PGA. Ni aku malas cerita. Nanti biar suprise kalau kau nak tau life training. Ok, lepas tu kau belajar undang-undang. Hari-hari kau pergi belajar undang-undang. Sebelum pergi kelas, aktiviti kau macam biasa. Pagi kawad..tak pun 2.4km. Dan lain-lain. Dan banyak lagi aktiviti.

Oh, di pulapol juga mengamalkan, sapa yang tak lulus ujian renang dan undang-undang, kau tak boleh keluar outing haha. Berenang tu, dorang ajar kau. Jangan risau. Ok, satu lagi.. Ayat yang sering kami dengar dalam pulapol, separuh gaji kau dapat tu adalah untuk maki dan peluh-peluh kau yang menjejehhhh keluar tu haha. Ok, aku malas cerita panjang. Nanti tak suprise... Ouhhh... Lagi satu.. Awas PTT.... haha. Dia akan sentiasa cari kesalahan kauuuuu..... PTT yang mana? Yang dilengan dia ada band merah... Haha.. Kau cariiii sendiri.

Ni biar kau rasa dulu aura nak masuk training. Nanti aku cerita aura nak jadi pegawai penyiasat pula. Takut kau akan fikir dua tiga kali. Betulkah pilihan aku untuk masuk polis? Aku pun, baru setahun jagung. 😊

8 comments:

Unknown said...

Berape gaji masa training ye

ray said...

good read here.

jmout join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

Anonymous said...

next post please.. x sabar nak dengar cerita aura jadi pegawai penyiasat >_<

macyhumaira said...

Hensem je nampak pakai baju polis... Hensem tu berubah la ikut jantina. Hehe

Anonymous said...

Hai nekmo...sempat lagi nekmo update blog yer... Ip xbyk ke??hihi..bukan ke jd io ni stress... Apa pom smoga nekmo trus menjadi io yg tbaik... Jgn lupa sebelah kaki sudah di penjara... Itu pesanan yg wajib d ingati selalu... Biar lebih jgn kurang....

Anonymous said...

Bila nak sambung next entri 🤣
Tak sabar nak bacaaaa.

Anonymous said...

Nak baca next entryyy

Saya said...

Haha..kurangkan hahah...citerje la