Kebesaran Yang Maha Esa

Have a nice day!!!
Pernah tak perkara ini jadi kepada anda?
"Nasib baik aku tak jadi pergi..kalau tak,nahas aku"...
atau ini?
"Kalau aku naik bas tadi,mesti aku pun ada dalam kejadian tersebut..syukur tak naik.."
Pernah tak kita rasa macam tu?Siapa pernah?ok..Nek pernah macam ni...
"Nasib baik la lorong aku kosong masa kejadian.." Nek kemalangan,tetapi nak dijadikan cerita,lorong nek tu kereta tak lalu walaupun itu lorong memotong..

Allah tu boleh buat apa sahaja yang Dia nak sebab Dia maha berkuasa.Apa yang Dia kehendaki,perkara itu akan terjadi..Aku teringat ketika jadi budak asrama dulu,kena hafal makna ayat kursi..
“Allah tidak ada Ilah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Q.s.,al-Baqarah:255)

Oleh itu,kalau kita terlepas daripada sesuatu masalah,bala,kesusahan..mungkin ada hikmah di sebalik kejadian dan kita perlu beryukur...Cucu ku sekalian pernah tak melalui kejadian seperti ini?

6 comments:

Yanie J (*゜▽゜ノノ゛☆ said...

syukur alhmdulilah nsb baik nek tade pe2.
tu semua kuasa tuhan
;D

✿nenek moden✿ said...

yanie>>
huhu..tu la..klu tak..xdenyee wujud belog ni..hehe

@ien_R@z said...

sebab tu kena selalu berdoa semoga Allah menjaga kita.. nak naik kenderaan amalkan baca doa dulu ye nek. hehe..

setiap yg berlaku pasti ada hikmah tersembunyi.. ^_^

✿nenek moden✿ said...

@ien_R@z>>
Betul tu ain..hehe..
setiap pe yg kita wat keje..kena baca doa..

ain nadzirah said...

pena gak jdi mcm nie..
huhu..tpi nnekk ade hikmah kan..
Allah lindungi kiter..^_^

✿nenek moden✿ said...

ain nadzirah>>
hehe..tu la..syukur sgt2..