Adakah hidayah Allah sedang menghampiriku?


Salam ramadhan yg ke 9... tapi, jam dah lebih pukul 12 pagi. Bulan-bulan puasa ni, memang kalau cari rezeki dekat jalan Allah tu melimpah ruah. Buktinya? banyak orang yang buka gerai di bazaar. Tapi awas! jangan sampai tinggal solat Asar semata-mata hendak menjual. Ramadhan kali ni aku rasa lain daripada selalu. Aku pun tak tahu kenapa. Pelik macam mana tu?

Hmm... kalau tahun-tahun yang lalu. aku rasa la lain. Tapi, untuk tahun ni, kelainan tu rasa lebih lain. Nanti aku cerita apa yang aku rasa. Tadi, masa tarawih, ada la sedikit tazkirah. Bila dengar tazkirah tu aku rasa sebak sangat-sangat. Mungkin isi yang dibawakan oleh ustaz tu menyentuh perasaan aku. Terkena dekat diri? atau apakah? Masa tazkirah tu habis, ustaz tu disuruh untuk imamkan solat witir. Bila ustaz tu baca saja surah, hati ni rasa nak sangat menangis. Tapi, aku tahan. Tahan sebab segan nanti orang pelik kenapa aku tiba-tiba nangis.

Bila diingat balik tazkirah tadi, aku rasa banyak sangat dosa aku. Aku jadi takut. Tajuk tazkirah tu bukan isu yang berat macam orang selalu bawa. Tajuk dia mensyukuri nikmat Allah. Ustaz tu kata, Allah dah bagi macam-macam dekat kita. Maksud lain, kalau dekat dunia ni dekat supermarket ada offer barang murah, kita ni kalut pi beli an? Tapi, offer Allah, kita tak kalut pun nak ambil. Dekat situ aku dah terkesan. Sebab aku jenis yang pemalas. Aku ni banyak berdosa. Sangat banyak.

Sejak kebelakangan ni, apa yang aku rasa ialah aku dok nak pakai tudung labuh. Aku rasa dah segan pakai tudung bawal biasa yang aku beli banyak-banyak. Bila pakai, aku rasa singkat. Aku jadi tak selesa dah. Baju t-shirt aku pun, aku cuba elak yang kecik. Kalau nak ikutkan baju aku tak la kecik mana. Tapi, aku tak tau apa yang aku rasa sekarang. Tudung labuh tu, tak la macam ustazah-ustazah pakai. Sebab aku belum sampai tahap tu.

Sekarang macam proses permulaan aku untuk berubah lebih baik. Ada perkara lagi yang macam mengusik fikiran aku. Aku rasa nak pakai stoking. Kalau sapa-sapa yang pernah baca kisah-kisah aku sebelum ni, mungkin korang boleh nilai diri aku macam mana. Perwatakan aku macam mana. Hmmm... aku orang yang suka pakai sandal+sneaker. Kasut perempuan? harap maaf. itu bukan aku. Baju perempuan? harap maaf. Aku tak akan beli sebab tak suka jadi ladies.

Tapi, yang peliknya, perasaan tak suka tu dah semakin kurang. Habis semua baju-baju perempuan mak aku yang dia tak boleh pakai, aku nak ambil. Kalau kawan-kawan aku yang lain tau, mau gelak guling-guling dorang. Aku start dengan tudung yang labuh dari kebiasaan. aku pakai bidang 55. Sebab badan aku kecik, tudung tu jadi labuh. Kalau orang yang saiz besar. Mungkin tak.

Ada satu berita yang cukup membuatkan aku gembira bila dapat tahu. Sorang kawan aku mesej dekat fb. Dia cakap, dia ada keinginan nak pakai tudung labuh. Alhamdulillah. Aku tersenyum saja masa awal-awal baca. Aku jadi seronok tak terkira bila ada kawan aku yang sama-sama rasa nak berubah. Aku ada geng! Esok, aku nak pergi pasar nak usha-usha tudung bawal yang labuh. Mudah-mudahan diperkenankan oleh Allah untuk aku membeli. Aku dah tak kekok pakai tudung labuh sikit. Dan aku berharap aku akan berubah sikit demi sikit. Aku nak mula dengan pakaian. Lepas tu sikit-sikit hati. Nak bertaubat... :'(

p/s: Doakan aku berjaya. Kalau aku tersasar dari landasan keinginan aku ni. Tolong peringatkan aku. Mungkin suatu hari nanti aku juga akan lalai kembali. Siapa tahu?



7 comments:

tepi pintu said...

aku tak taulah klu info aku bagi ni berguna atau tidak tapi setiap update ang tak diupdate di bloglist, so, orang tak tau pun ang dah update, mungkin dah tiba masa untuk tukar template atau memang ang yang setkan camtu?

hidayah kalau datang awal camni memang baguih...harap2 dia akan berkekalan...itupun klu ang maintainkan dia...klu tak nanti dia ilang camtu je.

ang ni memang suka memerhati diri sendiri...baguih naa...

moga2 ang akan bertemu jodoh dengan orang yang baik2...
eh!

✿Nekmo✿ said...

aku kan... sebenarnya jujur dah lupa nak edit2 blog bagai... haha... ni aku pakai amek saja design.. n rasa tak puas hatii... haha.. sebab tunggang langgang kikiki...

kawan aku pun cakap gak tak dapat... bila aku ternampak blog aku dalam blog list org lain.. pergghh!!! 2 bulan punya post... hahaha.. ni aku dah tukar dah.. kot2 ada keajaiban ke..

hey2.. asal tiba2 ang cakap penang ni?? hehe.. ni mesti terpengaruh ngn fb aku.. hahaha

Shazwan Azizan - wanblur said...

nekmo.... lamam x update napa???

✿Nekmo✿ said...

weh2.. post yg sblm ni wan bagi, sy dah hide sebab... hahha.. ada la...
jarang update sebab busy la dekat u... lagipun xdak idea nak update.. hehe...tambahan plak, blog ni dia bengong la... org update dia dok 2 bulan macam tu gak.. hehe... so, aktif kat fb saja la.. ^__^

pandan said...

alhamdulillah,,teruskan usaha,,tolg n tolg kutuk, kritik yg baik..hahaha..n tegur aku k,,,sama2 kita jdi muslimah sejati...
yg penting kene byk igt Allah,,ak pn kdg2 tersasar,,,byk sgt dugaan,,mudah-mudahan dgn berkat doa akn membuatkn kita lgi mudah utk berubah kearah kebaikan...=)

Anne Nurain said...

sama la.. aku pun rasa macam tu.. adik aku dah bertudung labuh, kdg2 segan gak jalan ngan dia.. bila la aku nak berubah ni.. hihi..

Shazwan Azizan - wanblur said...

fb aku : shazwan azizan wanblur

twitter samagak.. tgk dp yg muka comel2 cam akutue. kira betoi la. haha