Lidah kelu Tangan Kaku


Setelah lama mendiam diri, sekarang aku muncul dalam dunia ni. Ermm.. aku rasa, dah lama aku abaikan blog ni.. Kenapa? sebab aku rasa dah tak ada privacy aku dalam blog ni bila mana ramai kawan-kawan tahu ini blog aku. Niat di hati, memang aku buat blog ini untuk tidak diketahui. Tapi, entahlah.. kadang-kadang aku nak meluahkan apa aku rasa, tak terluah dekat blog ni. Kalau nak ikutkan, banyak gila oiii banyak sangat! Tapi, bila memikirkan kawan-kawan ada yang membaca, aku jadi diam. Teragak-agak nak meneruskan atau tidak.

Aku cuma ingin tidak dikenali dalam dunia ini. Aku ingin rasa seperti aku berada didunia asing yang sapa2 pun tak kenal aku secara peribadi tetapi hanya maya. Tapi, sekarang aku dah tak dapat nikmati perkara tu. Aku dapat rasa sendiri perasaan tu. Aku kan ada 6th sense... kehkehkeh.. hampa tengah buat apa pun aku tau.. tengah baca blog aku kan? kan? hahaha.. (memang la nekmo oii!)

Aku kan, nak cerita pasal kisah aku pergi Indonesia, tapi dah terbantut la weh.. Aku rasa, semua pembaca aku dah lari kot? ^^ kan2? Takpa la..aku cakap sorang-sorang jelar. =____=

Aku ni, ada simpan satu perasaan yang berbunga2... maksud aku.. perasaan..erkk.. entah la... kasih? sayang? cinta? ohh noo!! nekmo! kau tua2 pun leh feeling2 bagai ke? haha.. But, perasaan ni.. aku simpan saja. Aku harap, Allah akan sampaikan rindu aku kepada insan yang tak tahu aku merinduinya.. insan yang tak tahu aku menyukainya dalam diam. Caranya? doa! ^^ nekmo nampak macho tapi oii.. Kenapa aku tiba-tiba segan bila dengan si Adam tu? Aku yakin, jodoh Allah tu ada.

Kalau aku nak cakap,
"hey awak! saya suka awak!"
memang tak la woi!! haha.. Aku tak akan cakap! biar benda ni jadi natural... aku doa... nanti suatu hari nanti, akan tiba masanya... tapi, aku redha sajalah kalau orang tu bukan jodoh aku. sebab dia pun tak tahu (uwek!) haha.. aku YAKIN dengan ALLAH!

aku, kalau dah mula menaip, tak nak henti pulak kan.. haha..takpa2.. aku nak berhenti la ni..
Selamat hari raya haji weh! (yang pasti, aku bukan Hajjah NEKMO) haha



6 comments:

Shazwan Azizan - wanblur said...

wawawaaaaa.... hati dah berbunga...

✿Nekmo✿ said...

dalam diam je weh.. hehe

Anne Nurain said...

cinta dalam diam eh? hehe.. takpa, Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya.. semoga ada jdoh.. hihi..

selamat hr rya! :D

- elina - said...

'Ya Allah, sampaikan lah salam rinduku kepada .... sehingga aku juga menjadi kernduannya.'
amin.

hihi

istiqomah said...

nek nek nek!! rindunyaaaa,,serious!

ANISRAHIM said...

Sebenarnye, kwn2 zaman kak anis bblogging dulu termasuk nekmo, semua dh kurang bblogging, ada yg dh delete pon ada, kak anis ni pon baru start balik, igt nk makan dgn hasil blog ni gehehehe nak simpan buat kawin skali wuuuu