Baju Peplum Kegilaan Ramai


Sejak dua menjak ni, ramai betul la orang pakai baju peplum tu. Merata ada jual. Kadang-kadang aku tengok cantik jugak. Haha. Tapi, aku tak berapa berkenan la sebab nanti nampak bentuk badan. Masuk ni, dah dua kali mak aku belikan dekat aku. Yang mula-mula, mak beli kaler pink tapi kecik. Memang nampak habis la kan. Aku suruh mak aku tukar yang lain. Kot-kot la mak aku nak pi cari baju lain. Hehe.

Lepas aku balik rumah, mak aku dah tukar baju tu. But, sekali lagi mak aku belikan aku peplum. Tapi, yang ni besar sikit. Aku tak sampai hati nak cakap, aku tak mau pakai. Tapi, tadi aku dah pakai and cakap dekat mak aku.

"takkan kak lang nak tunjuk badan kak lang?".
 Mungkin mak aku tersentap kot. Erk! bersalah! sebab dua kali dah mak aku belikan. Aku pun katalah.

"Yang tak dak kat pinggang tu tak dak ka?"aku
"tak tau.. tak tengok sangat tadi"mak (macam sentap je?).

Aku kata, boleh la kalau nak pakai. tapi, kena pakai dengan cardigan. Pastu mak aku kata

"cardigan yang singkat tu ka?" sambil tunjuk tangan dekat badan. Ok, mak aku pun tau juga fashion! haha.

Mesti mak aku nampak cantik orang-orang dok pakai an? hmm... Aku tau, orang pakai comel. Tapi, aku segan gila nak pakai.. =( sebab kecik! Tambah pulak kain dia lycra. Aku ni dah la kecik.Orang boleh tau la pinggang aku besar mana. Tapi, takpa la. Nanti aku cakap dekat mak aku, aku pakai saja peplum tu. Aku cari cardigan lain untuk match dengan peplum tu and cari skirt labuh. Mak datok!! nekmo pakai skirt?? Nope! aku tak pernah pakai. Lupa ke aku ni dulu tak suka baju perempuan? Tapi, xpelah. Aku cuba.

Ni aku ada try match baju tadi dengan semua bendalah mak nenek haha. Tapi, gambar tu semua bukan aku punya tau. Aku google saja. Credit to owner. Aku failed sikit bab fashion.


ok ke baju yang aku match ni? haha. Tapi, nak buat macam mana, baju mak aku beli memang pink ang-ang punya. Kalau light pink. Comel habis la aku kan?? hahaha. Aku suka betul tengok cardigan and long skirt tu.



10 comments:

pandan said...

(y)

twinkle twinkle said...

oo ni ke baju peplum yg org duk ckp tu hehe

tepi pintu said...

mcm nama makanan jek..

Nekmo said...

pandan: haha.. jangan ketawa aw!

twinkle twinkle:
iyela syg.. org yg dah biasa pakai cegini mungkin selesa.. tapi...erk!!! nekmo.. malu.. =__=" tadi dah p tukar haha...

tepi pintu:
pelik kan nama dia? haha

cEro said...

Mak aku panggil baju tu 'baju saloma', sbb baju tu pernah jd trend masa dulu kala time tv itam putih..heheh

SHAZWAN AZIAN said...

peplum vs pelam.. aku suka pelam!!

Nekmo said...

cero:
arwah tok aku kawen dulu pun baju kembang2 cegitu.. hahha

shazwan:
hahaha...yg tu, aku pun suka!!

Aujinz said...

aku pun baru baru nie jer kenal peplum... itu pun gigih meng Google... koh koh koh

Dg Ndr Mstkln said...

aku pakai baju peplum nmpak mcm gay. sobs.

SHAZWAN AZIAN said...

nie ha.. peplum yg lebih labuh... sesuai untuk ko... :0

http://hazanis.blogspot.com/2013/02/baju-kurung-peplum-dari-blog-hazanis.html