Aku Bajet Ramah Bukan Anak Ramlah


Berdasarkan hasil pemerhatian aku yang dah aku buat berbulan-bulan ni, aku mendapati penulisan aku sangat hampeh dan aku kuat merepek yang tak membawa kepada faedah. (apa benda je perkara berfaedah aku suka buat? haha)Aku tak cukup kreatif dari segi penulisan aku. Iyela, gua tak dilahirkan untuk menulis tapi membebel je sepanjang masa. Kan? Dan aku perasan, tahun lepas, post aku dekat blog sikit gila. Apa ke tak da benda yang jadi ke dalam life aku tahun lepas? Ada beb, banyak gilak! tapi, aku ni dah spesis malas menaip dekat blog sebab nanti aku kena fikir apa aku tulis tu berfaedah ke tak (walaupun semuanya tak. haha)

Azam aku, aku tulis dengan lebih kerap dekat blog aku dan imbau kenangan aku or kisah yang terjadi dekat aku. Baru-baru ni (semalam ja pun), result aku dah keluar. Aku ni, tahun 3 tau belajar. Aku ada baki setahun setengah untuk bergelar pelajar undergraduate. Lepas ni, mungkin postgraduate? haha. Amin!! doakan saja! Result kali ni, agak memberangsangkan aku dan aku rasa macam tak percaya itu adalah keputusan peperiksaan aku. Walaupun aku tau, ada saja kawan aku dapat 4. Aku bukan nak kejar 4. Sebab, aku tak rasa 4 itu adalah diri aku. So, aku target untuk dapat 3.5 saja tapi sebaliknya aku dapat lebih daripada aku impikan.



Walaupun secara luarannya aku ni banyak main dan sangat tak fokus kepada pelajaran, mungkin adalah satu kelebihan dalam diri aku dari segi visual sebab aku boleh bayangkan semula gambaran yang pernah melalui hidup aku dalam kelas. tapi, tak hebat sangat gambaran tu selagi aku simpan bendalah maklumat dalam kepala otak aku. Nak dijadikan cerita, ada satu subjek ni. Untuk bab tu, aku tak baca pun. Demi Allah, aku tak baca masa aku nak exam tu. Aku baca benda lain dan fokus lain. Tapi, waktu presentation aku adalah tajuk yang aku tak baca tu dan tajuk tu keluar exam untuk 20 markah! esei weh. esei! mana nak dapat cari ilmu berkuak2 kalau tak baca?? semua fakta kot.

Tapi, Allah tu sangat mengetahui. Alhamdulillah aku boleh jawab sebab aku ingat gambaran powerpoint masa aku bentang dulu dan gerak-geri aku masa aku bentang. Aku dongak langit dewan peperiksaan (langit sangat), aku recall balik bendalah tu. Kalau orang tak tau, orang akan ingat aku gilak apa tengok atas. Haha. Kalau ada yang follow facebook aku (aku agak memilih approve orang), setiap hari khamis orang akan nampak post aku pasal prof nilai murni yang aku sangat stress dalam kelas. Pemikiran perlu kedepan dan tahan kesabaran kena naikkan 110 ganda! sebab mungkin hampa akan kecik hati kalau prof nilai murni tak mau dengar ampa explain dan percakapan kena ringkas dan padat!

Pernah dulu, aku dipanggil depan sebab pendapat aku berbeza dengan orang lain. Tapi, aku pertahankan jugak. LOL! apasal ketegaq gila aku? haha. Tapi, tak mati pun. Just bagitau apa yang membuatkan aku kata macam tu dan yakinkan dia. Lagi, cerita aku sebelum nak exam subjek group dynamic and prosedure. Malam tu, aku dok ketik2 menaip esaimen. Ahh, aku mahkluk yang sangat pemalas tetapi, satu ja aku pegang. Walaupun aku tak siap dan dateline tu hari ni, aku akan siapkan juga walaupun aku hantar lambat. Setakat ni, aku belum ada yang kena potong markah sebab hantar lewat dan aku tak hantar lewat.

Bila ingat semester lepas, ada satu ketika tu aku memang tak ada dekat bumi KL aku kan pergi Sabah. Tapi, kena bentang pasal jurnal. Mana nak bentang? duduk dekat sana pun bukan ada line internet sangat. Kawasan ulu kan. Jadi, kawan-kawan aku dah tolong untuk part aku. Aku rasa terhutang budi gilak dekat depa. Walaupun markahnya tidak la 20markah. Tapi, depa sudi tolong and faham keadaan aku masa tu. Tu sajalah kot aku nak cerita. Lastly, aku tau, kejayaan aku harini sebenarnya bukan dari diri pemalas aku ni ha. Tapi, mak aku punya doa. 


"Biaq la mak doa bagi semua anak-anak berjaya" tersentap dengar ayat mak aku..aku sayang mak aku. Tapi, aku suka cari pasal dengan dia. haish... hmm..

sebenarnya.. aku nak cerita lain, tapi dah terpanjang pulak cerita pasal result aku.. haha.. nanti aku cerita lagi ek

aku nak tukar blog kepada lenganketul.blogspot jelar.. hahaha..nanti, kalau xjumpa.. mungkin inilah kot aku punya url. Bapak pelik!!!


5 comments:

F said...

lengan ketul berketak ketak pon sedap tu nekmo. hehe

cEro said...

Gempak arr tak study pon boleh dpat result hebat!!
AKu dulu tak study, skali gagal dua tiga subjek..hehehehe

Oit, kalo ank tukar URL, sila bgtau aku tau...
(aku rasa mcam dah pernah sebut...)

Nekmo said...

F:
aik.. baru jumpa blog ni ke? tapi, dekat blog tu macam dah byk org dtg tgk.. cuma entry ada bulan februari je... tapi.. xpa..best baca! :)ke kenal sy? XD

Nekmo said...

cero:
haip! gua study la...! haha.. mana leh tak study!! cis2...iyela... aku nak tukar la ni.. dah lama sgt pakai url tu...

Dg Ndr Mstkln said...

jgn tukar url! sekian. hahaha