[BARU] Aku Bajet Ramah Bukan Anak Ramlah (Hari Sukan)



GUA TAK JADI TUKAR URL..Ok, aku nak imbas kisah pada tahun 2009. Kiranya, aku masih bersekolah lagi time tu. hehe. Nak cerita hari sukan dekat sekolah aku la.


Setiap kali aku lalu satu jalan ni, mesti aku akan senyum sorang-sorang bila mengenangkan peristiwa comel tu berlaku. Haha. Aku teringat kisah yang berlaku menjelang hari sukan dekat sekolah aku. Macam ni kisahnya, aku ni bukanlah orang penting sangat pun. Tapi, aku kreatif la juga kan(angkat bakul sendiri). Jadi, tugas aku adalah mengendalikan perbarisan sekolah. Apa lagi, merapulah untuk menghias supaya bagi "cantik".

Pada suatu petang tu, aku dengan kawan baik aku ni si teah pergi la membeli dekat kedai peralatan tulisan. Kedai tu agak jauh juga dari sekolah aku. Macam dah masuk pekan lama. Sebabnya murah! haha. Aku kena jimat weh. Aku nak pergi cari polystyrene yang besar tu. Dekat kedai tu RM1.50 ja kalau nak di bandingkan dengan kedai depan sekolah aku tu RM3. Berkira betul kan? MESTILAH! haha.Aku ni penunggang nouvo. Jadi, lepas membeli tu Teah kata

"Macam mana nak bawa naik motor ni? Nanti patah. Sekolah kita dah la jauh"

Aku pun katalah.
"Alar, aku bawa slow la..hehe..tak merempit dah"

Jadi, aku mulakan perjalanan dengan penuh cermat 20km/j saja aku bawa and tak macam selalu like pelesit! haha. Polistrine ada kad manila lagi. Kereta dekat pekan tu dah la banyak. Jadi, untuk elak semua tu aku pun masuklah jalan kampung dan kampung tu adalah perkampungan cina. Anjing banyak juga. Satu pemandangan yang aku suka dekat kampung tu adalah depa tanam sayur. Kiranya adalah batas-batas kebun. Ha.. ni la nak mula cerita aku ni. kikiki.


Petang tu ada apek cina duduk dekat kebun depa. Aku dengan teah ni, perangai pelik sikit terutamanya aku. Pendek kata, nak tunjuk ramah la konon. Sambil menunggang tenggiling aku tu melalui depan kebun sayur, aku angkat tangan kat apek cina tu sebab apek cina tu senyum tengok aku. Hahaha. Baru angkat sikit.

"prakkk!!" polistrine aku patah!!!

Serius aku lupa yang aku tengah bawa polistrine. Apa lagi, tinggal separuh jelar. dah jadi arwah. haha. Aku dengan teah ni bukan main mengkekek gelak sebab kejadian tu. Sebab gigih sangat nak pergi cari jauh dan nak angkat tangan, itulah hasilnya haha. teah ni terkedek-kedek lari pergi kutip polistrine separuh. Aku kepit dengan ketiak je sebenarnya masa bawa polistrine tu. Sepanjang jalan tu, aku dengan teah ni gelak saja. Bukan dekat situ ja patah, dekat depan ada lagi. haha. So, sampai je sekolah aku, tinggal separuh jelar polistrine tu.

Jadi, dengan kuasa veto! gua suruh junior pergi beli lain! haha kedai tak jauh pun. Dalam 200 meter je dari sekolah aku. Budak-budak ni dengar arahan dan pergi beli. Aku yakin, kalau aku tak angkat tangan tadi, benda tu takkan patah. Bila dah lama keluar, budak-budak tu balik semula sambil gelak-gelak. Aku pun pelik la. Happy gilak depa ni. Aku tanya depa.

"kenapa ni gelak-gelak?" aku
"patah lagi!!! hahahaha" depa kata.

Aku dah start gelak sebab teringat kisah aku tadi. Aku beli dekat tempat jauh and naik motor boleh bawa suku jalan, depa ni yang dekat ceh ni.. lagi la.. hahahha

"kami bawa motor memang slow tadi, lepas tu tiba-tiba ja angin kuat mai. Tu patah. Konon-kononnya nak pi ambil atas jalan tu. Tengok-tengok sekali lori mai langgar..hahaha. Tinggal separuh. Apa lagi, orang dekat jalan raya semua gelak dekat kami" budak tu bercerita.

Adoila.. hahahha, mau tersenak usus aku dok gelak dengan depa ni. Bila dah dengar kecoh-kecoh, datang pula kawan kelas aku yang perempuan.

"lorh... hampa bawak naik motor patah, aku ni lagi la.. bawa dengan kereta pun boleh patah"

hahhaha.. mau tak tergelak semua dekat situ. Kalau nak ingat kisah hari sukan, macam-macam cerita lawak. Masa hari tu, aku tolong buat baju pari-pari ala-ala gaun pengantin dekat maskot aku. Apa lagi, kain mak aku la aku sental hahaha. Banyak tau! and hari perbarisan, aku pakai baju melayu. Aku pun tak tau apa connection aku dan pari-pari tu. LOL. Tapi, aku duduk belakang sekali la.


sekarang, Nekmo dah tua. haha

6 comments:

Aujinz said...

hahahha... aku pun pernah ada kenangan macam tue.. ya, tak sah kalau polistrin tak patah kalau naik motor. so, dengan kecemerlangan dan ketelitian, aku bawak polistrin naik moto dengan hujungnya yang leper menghadap angin. aku berjaya sampai rumah tapi masa nak buka pintu gril, kunci aku jatuh dengan gerakan ninja aku nak sambut tapi aku lupa yang aku bawak polistrin. dan.. krakk...


dah sampai rumahhhhh tueeeeeee....

tepi pintu.. said...

kat luar ko ni kelakar jugak ke haaa...ptt ramai suka...

cEro said...

Hahaha, rapuh betul kan polistrin tu..
Kalo dpat kat ketua aku dulu, maunya dia marah sebab semedang patah je..hehehhe

SHAZWAN AZIAN said...

ahhaa... berapa banyak yg kau kepit kat ketiakkau!! haha

twinkle twinkle said...

haha,,bende rapuh susah nak jaga

Nekmo said...

aujinz: hahahha.. dh teror bawak polistrine nek motor... gate pulak buat hal.. aku rasa, rumah tu kena buang gate hehehe

tepi pintu:
hehehe.. iyela kot... tapi, aku boleh jadi pendiam gak XD

cero:
hahaha.. xpa2... aku jd ketua.. aku tak marah ang.. haha

shazwan:
hahaha.. dua ke satu entah.. aku tak ingat.. haha

twinkle:
tu la pasal... nekmo dah hati2 aw.. hehe