Paranoid : Lu Curang Dengan Gua


Harini baru aku merasakan kelas aku officially start walaupun sebenarnya semalam dah bermula kelas tapi kelas tu tak semangat gilak bila mana yang ada 3 orang dan aku tak salahkan orang lain yang tak datang sebab semalam hujan dan aku pun jalan kaki pergi sana sebab kolej aku dekat kelas tu (oi.. tak reti titik ke? haha) ok, titik.


Muka-muka ceria kawan-kawan aku yang dapat dekan dalam kelas, muka tak stress sebab assignment belum ada. But this semester macam hard sikit dan ada juga kawan aku yang ambil 24jam kredit lebih 3 daripada aku. Mesti penat gilak kan? Sebenarnya, kalau nak ikutkan aku mungkin akan jadi 24jam kredit juga if fakulti add one of subject for this semester but they forgot to include waktu registration. So, maksudnya aku akan ambil subjek tu semester depan. Gilak kan buat kerja lupa la. haiyoo..

Masuk saja kelas tadi, aku jumpa semula dengan pensyarah abnormal psychology aku semester lepas. Satu benda yang aku suka pasal DR ni adalah dia suka bercerita pengalaman dia itu ini berkaitan psikologi yang aku rasakan best! wow! oo! fuhh!!! hehe. masuk kelas tadi pun aku di sajikan dengan cerita berkaitan psikologi. Ha, ni la nak cerita sebenarnya.

Menurut DR aku, dia ada seorang kawan tapi dah berumur la cuma bukan tua sangat. Bila DR aku ceritakan kisah kawan dia ni yang aku bagi nama makcik Z, sedih pun ada. Sebabnya, dia ada suami yang sangat cemburu terhadap apa saja yang dilakukan oleh makcik Z ni.

Contoh situasi yang aku rasakan tak masuk akal adalah makcik Z nak pergi supermarket nak beli barang rumah. Biasalah kan, perempuan memang akan lama sikit duduk dalam supermarket tu. Belek sana, belek sini alih-alih tak beli. Hahaha. kan? Tapi, yang membuatkan aku tak puas hati adalah sikap suami makcik Z yang cemburu tahap dewa 19.5. Boleh dia marah makcik Z kata curang dengan dia dan kata keluar dengan jantan lain.


Suami makcik Z siap pergi check miles kereta lagi, check telefon la apa semua dan benda tu kerap terjadi. Walaupun makcik Z ni keluar dekat-dekat saja mesti suami dia akan syak yang bukan-bukan. Nak sembang dalam telefon pun sangat sukar. Menurut DR aku, ada kawan makcik Z yang baru balik daripada middle east nak jumpa dia kejap suami dia tak bagi. Pendek kata, semua tak boleh la dan dia akan check keluar masuk call makcik Z. Susah kan?

Ada satu ketika tu, mak cik Z dekat dapur tiba-tiba terdengar suami dia terjerit-jerit dari atas. Rupa-rupanya dia panggil makcik Z tutup balik laci yang ada ubat tu sebab makcik Z lupa siap marah-marah lagi makcik Z padahal depan mata suami dia kot, kenapa tak boleh tolong tutup? Haila...

Aku kata " Tabah betul makcik Z ni...." aku ingatkan dia dah lama kahwin, rupanya baru 4 bulan kahwin dan suami makcik Z ni pernah kahwin sebelum ni 2 isteri kot? tapi bercerai. But, mesti ada reason kan someone tinggalkan kita? DR aku memang tak setujulah kawan dia ni kahwin sebab rasa pelik. DR aku syak mesti ada benda tak kena dengan lelaki tu. But, ni bukan cemburu yang biasa tetapi luar biasa.

Sebenarnya tu adalah tanda-tanda PENYAKIT!! ok, aku pun terkejut sebenarnya. DR aku kata, dia pun buka semula buku untuk refer penyakit ni. Bagi orang yang tak ada ilmu mungkin anggap benda ni biasa ja. Tapi, personaliti suami makcik Z ni luar biasa. Kalau dalam abnormal psychology ada topic personality I and II. So, paranoid ni bawah topic ni and penyakit suami makcik Z ni di bawah Cluster A iaitu odd or eccentric disorder. Di bawah cluster A ni ada 3 jenis penyakit iaitu Paranoid personality disorder, schizoid dan schizotypal. Tapi, ini tak bermaksud korang boleh simply cakap seseorang tu paranoid. Sebabnya, ada la analisis DSM-IV yang dorang buat. Karang, semua benda korang nak kata paranoid. haha


Jadi, bila mana suami makcik Z ni ada tanda-tanda penghidap paranoid dia akan curiga yang bukan-bukan and tak percaya orang yang tahap dewa la, boleh la merujuk kepada psikitrik. Namun demikian, memandangkan si paranoid ni ada masalah dari segi kepercayaan, selalunya susah nak bina kepercayaan dia dengan terapist. Sebab tu terapist akan bagi persekitaran yang paling condusive untuk mereka. Tapi, akan melalui jangka masa yang sangat lama sebab tu kan personaliti?

Eh, sejak bila blog aku jadi blog ilmiah ni? haha kalau nak tau apa yang sedang aku cakap ni, boleh la cari buku atau encik google saja. Carilah apa itu paranoid. Jadi, korang boleh nampak secara umum, penyakit dia macam mana. tanda-tanda dia. Serius aku gerun bila tahu cerita tu. Jadi, makcik Z ni kena buat pilihan sama ada dia nak pilih teruskan hidup dalam keadaan macam tu atau bercerai.

p/s: DR aku tanya, berapa peratus yang kami yakin untuk jadi sebagai "manusia" sebagai kaunselor or apa-apa lepas grad? rata-rata jawab 60 peratus, ada 50, ada 55, ada 80 dan kebanyakkannya nombor 0 dibelakang atau 5 di belakang. Tapi aku? aku orang terakhir yang jawab. jawapan aku adalah 49.7% hahahhaha.... suka buat pelikkan? lepas tu, DR aku tepuk-tepuk belakang aku sebab tak sampai 50 pun. Aku rasa, hidup ni sangat mencabar.



7 comments:

cEro said...

Aku suka post ko ni...
Byk ilmu dpat...
Bidang ni mmg aku suka, tambahan plak dgn case study yg cukup jitu...
Aku, kalo kewangan stabil, nk belajar amik bidang ni just for knowledge..

tp, malangnya, kewangan tak pernah stabil...

Miss Comot said...

nice entry! tp pendek :)
rasa nk tau lbih lanjut..

tepi pintu said...

aku rasa klu setakat camni belum bole panggil paranoid kot... sebab rasanya paranoid lg extreme..
lagi satu ayat bagi 'Bagi orang yang tak ada ilmu mungkin anggap benda ni biasa ja' la yg menyebabkan org ramai/awam rasa kelakar dgn kaunselor yg mcm tau semua mende penyakit ni...ermmm... aku harap bila ko jadi kaunselor nanti dont pretend that u know everything, especially if it involved with relationship,,,sebab mende perhubungan ni sgt kompleks n bukan boleh belajar dgn buku,bukak buku,,,oh...ini penyakit bla bla bla... ishhh... as simple as that...
bagi aku kaunselor ni adalah tempat untuk org mencurah/meluah bukan sebagai penyelesai masalah.. betul tak?
aku ada satu movie nak suruh ko tengok pasal how this one young lady yang baru kerja sebagai kaunselor...tp aku lupa tajuk...hahha
harap ko tak marah dgn komen aku

Nekmo said...

cero:
ilmu tu luas, dan psikologi ni antara subjek yang menarik untuk diterokai. Berdasarkan apa aku tgk ang ni secara luaran... ang ni ada ciri-ciri investigative la.. hahah...

Nekmo said...

miss comot:
terima kasih,benda ni baru lagi so.. kami pun tak tau progress dia.. :)

Nekmo said...

tepi pintu:
nope, bukan setakat tu ja boleh panggil paranoid... dia ada analisis yang tersendiri sama juga macam skizofrenia bila ada tanda-tanda awal seseorang menghidap sesuatu penyakit abnormal. Kaunselor tak boleh nak kata sesorang tu pesakit skizo, paranoid or apa-apa yang berkaitan abnormal sebabnya itu adalah kerja psychologist. Tapi, kaunselor boleh lihat tanda-tanda awal yang ada pada seseorang tu sama ada dia ni ada tak tanda-tanda awal pesakit abnormal. Tujuannya untuk rujuk kepada psikitrik.

Sebab tu seorang kaunselor kena ada ilmu abnormal psikologi gak. Kaunselor tak boleh bagi kaunseling dekat individu abnormal. Mungkin ayat aku tertinggal dan membuatkan timbul salah faham.

Maksud aku yang boleh cari guna buku or gugel adalah kalau korang nak tau la, apa benda aku tengah cakap tu... dan aku akui bukan master dalam benda ni...walaupun suatu hari nanti aku master dalam benda ni ke, itu tidak bermaksud aku tahu semua sebab ilmu itu luas.

maksud aku kalau orang biasa yang tak ada ilmu ni, aku cuba nak menerangkan orang yang tak tahu pun sebenarnya orang sedemikian mempunyai simptom-simptom awal tingkah laku abnormal. Dan tingkah laku suami makcik Z ni memang bukan setakat aku cakap, tapi lebih lagi.. Cuma, penting bagi kita tahu ilmu psikologi ni jugak. Mungkin mereka yang ta tahu akan anggap cubaan or apa-apa... tapi, bagi orang yang tahu, penting bagi mereka untuk membantu orang macam ni. Sama juga pesakit skizofrenia.

Kadang-kadang tu rasa buatan orang la..apa la, but individu tu dah ada tanda-tanda awal skizofrenia. Itu sebenarnya yang aku cuba maksudkan. Mungkin penulisan aku ni kurang cukup betul yang membuatkan orang faham.. hehee.. aku minta maaf ye.. :D

Aku tak marah pun. aku suka orang bagi pendapat, kadang-kadang orang selalu mengiyakan saja tanpa bertanya itu ini atau mempertikaikan itu ini. Ini jugak pembelajaran untuk aku kelak untuk memberi pemahaman kepada orang..

Cari la tajuk video tu.. aku nak tengok.. TApi, ada satu video ni best kaunselor oversea bg kaunseling dekat seseorang.. Sangat berbeza dengan etika dekat Malysia ni

tepi pintu said...

sebenarnya aku keliru saikologis dgn kaunselor...hehe bila ko terangkan ni aku faham sikit2,,,
nnt ko terangkan eh perbezaan dua2 ni,..
yg aku faham...saikologi utk kpd penyakit ,,,kaunselor pulak utk masalah...betul ke?