Kerja aku jaga Thesis


Sekarang ni aku dalam perpustakaan fakulti aku. Guna komputer library, tengok orang buat kerja. BISING! Ini library la awak-awak sekalian. Aku mula kerja di sini pada bulan november lepas. Tapi, tak kerap sangat aku masuk. Tambah-tambah kelas aku selalu penuh. Bayangkan 21jam kredit hoi. Semester depan 18jam kredit. Padahal aku nak masuk final year. Ok, sambung cerita berkaitan kerja aku ni menuntut aku untuk bagi thesis yang diminta oleh individu yang nak pinjam.

Thesis di perpustakaan ni tak boleh bawa keluar tau. Sebenarnya nak ambil gambar pun tak boleh. Tapi, aku pejam mata saja. Kadang-kadang tu kesian nak ambil maklumat kan. Bukan tiru, nak buat contoh saja. Aku faham. Aku kan pelajar juga? Semester depan aku dah kena buat Latihan Ilmiah untuk pelajar undergraduate macam aku. Tapi, aku pelik kenapa dorang ni panggil Thesis juga. hikhik.

-google-

Baiklah, kerja aku ni ada jadual. Jadual tu, ikut jadual kelas hampa la. Bila hang free, hang mai jaga. Tapi, susah bagi aku ni sebab kelas semedang lawan waktu. Jadi, aku jaga hanya pada hari isnin petang, rabu petang dan jumaat petang. Itu pun dari pukul 2-5 saja. Berapa jam lah sangat kan berbanding pekerja-pekerja yang lain. 1 jam aku tak ingat aku dibayar berapa. RM5 ke RM6 ek? haha. Sebabnya aku tak pernah terima gaji lagipun daripada tahun lepas. Hehe.

Masalah gaji lewat, memang tak dapat dinafikan bila kerja dekat sini. Memang best 1 jam RM5. Tapi, bila kerja bawah universiti, prosedur tu haila. Taknak cakap. Tapi, macam tak best saja dapat gaji sikit sebabnya berapa puluh sangat aku dapat kalau sebulan berapa kali saja aku datang?. So, aku dah hantar kad kerja aku. In Shaa Allah dalam rm200 kot? Kot sajalah. Mula-mula aku nak buat benda lain duit tu. Aku nak beli raynox dekat cikgu aku. Dulu aku nak beli dah. Tapi, tiba-tiba pula ada bengkel ambil gambar kan, jadi aku terguna duit tu. Aku harap cikgu aku tak jual dekat orang lain.

Tapi, bila fikir balik, macam tak patut guna sebab yuran aku ada RM290 lagi tertunggak sebab masuk lambat gila dalam bil. Jadi, bendahari tolak duit lambat. Mak Ayah aku mesti berleter kalau tau. Bila duit PTPTN masuk, aku lebih suka pindahkan ke Maybank. Boleh beli barang Online. hehe. Keluarkan duit pun mudah daripada Bank Islam. Macam-macam!. Duduk Uni aku, memang macam-macam kena bayar. Mahal!. Ok, lari topik pula.

Aku kerja ni, mak aku tak tahu pun. Sebab memang tak nak mak aku tahu. Mak aku dah pesan, jangan kerja. Kalau tak dak duit cakap. Keluarga aku bukan kaya tapi nak dapat barang senanglah. Sebab mak aku kan ada "perniagaan" hehe. Ayah aku pula, kerja kerajaan. Gaji kecil saja tapi ayah aku suka buat OT. Tapi, aku jarang minta duit dekat ayah aku untuk keperluan yang lain. Sebab......hmm.. MALAS!. Jadi, aku bajet macam aku kerja ni boleh beli barang aku sukalah. Hehe. Tapi, harapan musnah sebab berapa sen sangat dapat! Lagipun bukan dapat On time kuikuikui.

Tapi, aku nak beli juga barang bagi nampak supaya aku tahu itu hasil kerja aku. Wah! gitu. kalau mak aku telefon masa aku kerja, aku cakap ada dekat library. Hehe. Memang betul pun kan? Aku tak tipu. Nak tipu tak pandai sangat. Tipu aku, tipu yang betul. Erk, macam tulah tipunya. Jahat ke bijak? teruk. Jangan pula pergi report dekat mak aku ok. Tapi kan, aku rasa nak berhenti kerjalah. Sebabnya, banyak aktiviti aku tak boleh join sebab aku kerja. Kalau ada orang boleh ganti, ok la. Masalahnya, kalau tak ada? Kerja jugalah. Tambahan pula semester depan, banyak pekerja sini nak graduate. Jadi, sapa nak jaga library??


Hari konvokesyen nanti kalau aku kena kerja, tak boleh nak ganti orang sebab pekerja sini semua fakulti sama, hari sama masa konvo. Aku pun nak juga pergi sambut. Tapi, kali ni tak tau nak celebrate sapa. Jadi, aku nak berhenti! Tapi, bila fikir balik, masa tu aku kena buat latihan ilmiah. Jadi, memang mudah aku nak buat rujukan thesis. Tapi, malaslah nak kerja lagi............................................orang pejabat kata, kalau nak resign, buat surat. Ok. Nanti aku buat surat. Sobs3....



6 comments:

AF said...

dah gaji belom?

Nekmo said...

belum :D

tepi pintu... said...



nanti aku repot mak ko....

Nekmo said...

rio.. hahaha...

Hati Menangis said...

Sebulan dah berlalu...

noted: assalamualaikum.

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini