Tips Temuduga di Universiti Malaya


Alhamdulillah, kalau sebelum ni ujian Medsi sudah dijalankan, minggu depan giliran IPTA pula punya temuduga terutamanya Universiti Malaya. Aku tak nak la highlight U orang lain sebab bagi chance dekat orang lain yang buat entri. Boleh macam tu? haha. Pertamanya, kalau korang tak tahu, untuk pengambilan ijazah sarjana muda bagi sesi 2013 ni untuk Universiti Malaya, memang akan ada temuduga untuk semua kos pengajian. Macam agak susah la nak masuk UM ni. Sebab, kalau hampa dapat keputusan STPM, Matrik, Diploma tinggi-tinggi pun tapi gagal dalam temuduga, memang tak dapat juga masuk UM.

Macam tahun aku 2010, belum diputuskan untuk membuat temuduga bagi semua kos. Hanya kos tertentu saja ada. Macam kos aku ni la. Aku pernah cerita sebelum ni pengalaman aku. Tapi, kali ni aku nak cerita sebenarnya apa yang perlu korang tahu sebelum hadiri temuduga bagi peringkat Universiti ni. Ok, aku tak la pandai nak bagi nasihat atau tips. Tapi, bila aku dah belajar sampai tahun 3 ni dalam kos pengajian aku, jadi aku rasa elok kalau aku kongsi serba sedikit pengetahuan aku ni. Tak banyak. Sikit saja.


Pertama, korang mestilah tahu kos yang korang minat tu berkaitan apa? Benda ni nak menunjukkan bahwa korang bukan sekadar minta saja kos tu. Orang kata, main tangkap muat saja. Study la sikit kos tu mengenai apa. Contohnya Asia Timur. Apa yang korang tahu? dan pergilah masuk dekat website UM tu tengok secara ringkas pasal kos tersebut. Kalau boleh, korang tengok la subjek yang akan diajar dalam kos tu sebabnya dari situ korang dah boleh dapat gambaran kos pengajian yang korang minta ni akan meliputi apa.

Kedua, Kenapa korang ambil kos tu? Ha, masa ni korang kena bijak jawab dan tahu apa sebenarnya korang nak bila ambil subjek ni. Pendek kata, korang dah rancang masa depan korang. Penting tau korang tahu sebab korang ambil kos tu untuk melihat prospek kerja kelak. Mungkin penemuduga akan melihat apa yang korang nak sepanjang pengajian ni. Kalau rajin, korang tengok la kerja-kerja yang berkaitan dengan kos ni. Mungkin akan ditanya untuk melihat persediaan korang walaupun sebenarnya korang baru nak menjejakkan kaki di alam universiti.


Ketiga, pemikiran bertaraf universiti. Ha, yang ni macam mana aku nak terang ye? Ok, korang kena matang dalam menjawab soalan temuduga ni. Baru kejap tadi pensyarah aku kata dia nak tanya soalan yang boleh melihat tahap pemikiran pelajar baru. Sama ada dorang bersedia atau tidak nak jadi pelajar universiti ni atau masih terbuai-buai zaman sekolah. Adik-adik, zaman sekolah dengan universiti memang berbeza. Tak dak sapa nak suap korang. Korang la cari sendiri. Korang buat sendiri. Kalau tak buat, korang tanggung sendiri. Tapi, aku bukan nak cakap aku hebat sangat la.

Keempat, penampilan diri.Kalau dari pembelajaran aku iaitu kaunseling psikologi, pensyarah aku akan melihat dari segi cara korang bercakap, cara korang duduk, tangan korang tu, mata korang tu. Pendek kata, korang kena profesional la. Duduk tu, kena duduk tegak-tegak jangan bongkok sebab melambangkan keyakinan korang. Ni pensyarah aku sendiri yang bagitahu dalam kelas ok. Pakaian tu, pakailah yang bersesuaian. Kalau lelaki tu elok pakai tie dan kasut kulit. Yang perempuan ni, janganlah warnanya terang-terang ok.


Kelima, Keyakinan diri. Perkara ni sangat penting terutamanya bila korang jawab soalan. Ini pun pensyarah aku bagitau juga. Kadang-kadang tu, bukan betul pun korang bagi jawapan. Tapi, bila korang yakin, haha. nampak macam betul kan? hahahaha. So, yakinkan penemuduga. Sebab tu, aku suruh korang kaji sikit kos korang minta tu pasal apa sebab, bila dah tahu dan penemuduga tanya, korang dah boleh goreng dengan jayanya. haha.

Keenam, tahu menjual diri ni bukanlah aku suruh korang pergi jual diri tu. Tidak. Selalunya, bila korang bawa sijil bagai, kadang-kadang tu depa tak tengok pun. Jadi, masa korang kenalkan diri tulah korang kena cakap kebolehan yang korang ada macam pernah masuk apa-apa ke. Yang ni nak pancing dorang nak tengok kelebihan yang korang ada. Padahal, masa korang minta UPU dulu, ada ja letak masuk apa-apa kan? ada je data tu dekat depa. Faham tak ni? kalau tak faham, ajukan soalan dekat aku ek.

Ketujuh, tahu isu semasa. Sekurang-kurangnya korang tahu apa yang berlaku dekat Malaysia ni. Macam aku dulu penemuduga tanya pasal pembuangan bayi. Aku kena buatlah step by step caranya kalau orang dah terjebak, orang yang belum dan lain-lain.


Kelapan, penggunaan bahasa inggeris. Ada sesetengah kos yang memang memerlukan korang cakap BI, korang bersedialah. Macam dulu, kawan aku kena cakap BI. Tapi, ikut kos jugalah. In Sha Allah yakin!

Kesembilan, kemaskan fail-fail sijil korang. Memang ada sesetengah tak tengok pun fail tu. Tapi, WAJIB! ada semua tu. Biar kemas dan jangan lupa bawa ok.

Kesepuluh, jangan lupa berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan menghadiri temuduga dan ingat Allah sentiasa.


Ok, ni ada 10 tips yang aku rasakan tak meliputi semua perkara. Ni adalah perkara asas saja. Kalau korang nak lebih, mohon gali sendiri. Kalau keinginan tinggi nak masuk UM, usaha nak cari maklumat tu tinggi jugalah. Jangan terlalu gementar. Yakin diri bila menjawab. Jangan kurang ajar dengan penemuduga. Lembutkan suara (kawal). Aku doakan korang berjaya melepasi temuduga UM ni. Kalau dapat result, cakap la dekat aku. Haha. Tapi, kalau yang nak sangat UM tapi tak dapat, percayalah rencana Allah tu lebih baik daripada perancangan kita. Terima dengan hati terbuka dan jangan give up! All the best! Aku mohon kemaafan kalau tercacat atau kurang dalam entri ni sebab itu datangnya dari diri aku sendiri.


KEEP SMILING TO YOUR INTERVIEWER'S 

latest post Tips Iv Sarjana Muda Psikologi

24 comments:

twinkle twinkle said...

go UM #eh ahaha ;D

Nekmo said...

hahaha... mira tu dah jauh perginya.. :)

obat jantung said...

terima kasih banyak atas imformasinya ini sangat bermanfaat khususnya untuk saya pribadi, sukses ya gan..

obat leukimia said...

terima kasih banyak atas imformasinya ini sangat bermanfaat khususnya untuk saya pribadi, sukses ya gan..

obat kanker said...

setelah saya menyimak dari awal hingga akhir, banyak sekali ilmu yang saya terima dari artikel yang anda tulia, semoga tambah bermanfaat ya lam kenal dan sukses selalu

obat kanker said...

setelah saya menyimak dari awal hingga akhir, banyak sekali ilmu yang saya terima dari artikel yang anda tulia, semoga tambah bermanfaat ya lam kenal dan sukses selalu

obat gagal ginjal said...

artikel yang anda tulis di blog ini, sungguh sangat memotivasi diri saya untuk trus berkarya, terima kasih semoga kebaikan anda mendapatkan balasa yang lebih baik.

obat ginjal bengkak said...

kebaikan yang anda berikan melalui blod ini semoga menjadi amal soleh,,,amin salam kenal dan sukses selalu

najwa tripleN said...

salam, saya nak tanya, interview tu dalam bi ke bm? dia ada tanya ke ttg isu semasa?

Anonymous said...

Najwa tripleN dapat interview tu ?

SMA PEKAN GURUN said...

tq

syarifah said...

kalau saya mintak kos sains hayat, rasa2nya apa yang perlu saya tahu sblum pergi interview ni ? dia sorang2 ke group ?

AzyAdnan said...

terjumpa entry ni. thanks bagi tips :) saya iview kat UM jumaat dengan Ahad ni. huhu

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi..saya dapat temuduga um dalam kos syariah (astronomi),24 mei,sabtu ni..ade kenalan yg study kos ni tak?

Anonymous said...

Terima kasih untuk info yang berguna ini. Boleh saya tahu ekonomi di um dlm bi or bm? And time interview tu sorg atau group?

Anonymous said...

assalamualaikum, saya dapat iv kos engineering..saya nak tau, ujian kelayakan tu mcm mana ye? is it kita kena jawab exam fzk and maths? mohon berikan jawapan :)

Anonymous said...

assalamualaikum,sy ada interview pada isnin depan. Resume perlu disediakn ke? atau cuma perlu bawa sijil2 sahaja?

A'isya Masbuqin said...

Assalamualaikum akak,
Saya AĆ­sya dan Isnin depan saya ada tmuduga di UM...
Mohon sedikit bantuan...
Saya ditawarkan kos di Fakulti Sains...
Adakah sesi ujian itu akan merangkumi soalan kira2 dan chemistry dan fizik?

gha m said...

assalamualaikum,,,
adakah soalan y berkaitan dgn akademik akan di tanya semasa temuduga? saya ditawarkan kos sains(matematik komputeran & industri),,,
adakah sijil2 y perlu dibawa perlu dibuat salinan? atau bawak y asli sahaja?

BieYra said...
This comment has been removed by the author.
Nekmo said...

Wassalam adik-adik semua...

Maaf sebab baru buka blog... maaf sebab tak dapat jawab soalan adik-adik semua...saya dah lama betul tak menjengah blog ni. Saya harap adik-adik semua mampu menjawab soalan temuduga dengan jayanya haritu... ^^

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini

Anonymous said...

penjelasan yang sangat baik. sangat bermanfaat, terima kasih.

nurain razaks said...

salam nekmo, can i get your email address?