"Period Pain" dan kesakitan sewaktu dengannya.


Sekarang dah bulan September pun. Berjarak aku tak update blog. Sekarang ni mood update blog tak ada dah nak bagi orang baca. Hanya untuk aku sendiri. Tak kisah dah tak ramai baca. Aku malas main blogwalking dah. Aku nak start cerita dah ni. Aku datang U aku awal untuk semester baru ni. Aku ada teater. Gigih betul minah ni walaupun dah final year (ok, dah daftar subjek semester 7 sebanyak 21 jam kredit hehe).

Aku perasan tentang diri aku adalah bila mana kesakitan lain datang melanda diri, mesti time tu aku dalam keadaan uzur syarie. Aku berasa beruntung sangat-sangat. Allah sayang aku. Semalam aku cabut gigi bongsu. Makan pun tak boleh. Sakit tu sakit sangat-sangat. Perit! Walaupun bius dah 2x (banyak-banyak la tapi masa dia berbeza-beza) still sakit.

Jadi, kawan-kawan teater aku akan layan aku macam "puteri". Aku tak tahu la kenapa depa ni layan aku baik sangat. Sebab tu, mana mungkin aku tak sayang depa ni. Semalam aku suruh tolong belikan bubur. Layan saja aku suruh itu ini. Manja betul la! Pagi tadi aku nak pitam dekat toilet sebab sakit gila-gila perut aku ni. Aku dah risau duduk sorang-sorang dalam toilet. Kalau aku pengsan macam mana depa nak buka pintu. Aku dah la tak pernah pengsan. Tapi, hampir pengsan tadi. Aku berdoa saja dekat Allah supaya aku ni boleh gagah keluar toilet untuk jalan masuk bilik.

Tangan ni pegang saja dinding sebab sakit gila. Sebijik aku jalan macam orang baru lepas bersalin. Kalau begitulah sakitnya, apatah lagi bersalin nanti. Sakit kali ni yang paling teruk. Sebab sampai nak pitam kan? Aku dok teringat mak aku saja dekat rumah. Sebabnya, masa aku kemalangan dulu, aku period juga lepas tu. Jadi, aku teringat mak aku tak geli pun nak basuh tuala wanita aku. Sebab aku memang tak boleh nak buat apa-apa. Nak mandi, pakai baju, even nak pergi kencing pun aku tak mampu jalan sendiri. Kena ada orang papahkan.

Masa tu pun hampir pitam. Mana tak nya. Letih itu ini. Makannya tidak. Aku cakap, tak payah basuh tuala wanita aku dekat mak. Tapi, mak kata tak apa. Sebab tu aku teringat tadi. Menangis-nangis tahan sakit. Mak pula tak ada. Mujur kawan aku pergi belikan ubat. Kawan pula dah lelaki. Aku fikir banyak kali nak minta tolong dia. Sebab segan kot nak suruh orang lelaki belikan. Dia tanya apa nama ubat la. Aku rasa, dia tak pernah beli sebab aku cakap ubat period dia tanya lagi nama apa. Jadi, aku bagitau la spesifik. Malu aku. Tapi, aku dah tak tahan sangat. Terbaring balik tak sedarkan diri. Jawab telefon pun aku tak larat. tambah pula mulut aku sakit kena cabut gigi dan ada terkoyak sikit semalam.

Sedar-sedar roomate aku da siapkan bubur cendawan untuk aku. Mai mana pula bubur ha? Kawan tadi belikan sekali dengan ubat. Ya Allah, aku suruh ubat ja. Tapi, dia tahu aku tak boleh makan nasi. Macam mana nak makan ubat kan? Bukan tak nak suruh perempuan. Roomate aku perempuan la, tapi dia tak berani nak bawa motor aku. Lagipun, dia tidur tadi. Ya Allah, baiknya mereka ni dekat aku. Roomate aku nak tuamkan perut la. Sumpah rasa macam ada mak walaupun tak ada mak dekat sini. Nak nangis dekat mak, kredit tak ada. Aku tak keluar. Sakit.

Haritu masa dagu aku berjahit pun sama juga. Masa tu kami nak masuk pertandingan. Aku pernah cerita kot aku jatuh dan dagu aku jatuh dulu lepas tu kena jahit. Tak boleh makan juga. Tu dah menyusahkan orang pi PPUM teman aku menjahit dagu dan tarik rahang. Semua ambil berat. Rasa sayang gila. Lepas tu, perut aku pula gastrik. Nak lawan dah ni. Cepat-cepat pi beli susu la.. ubat la.. urut-urut aku. Layan aku merengek. Haish. Aku selalu sakit la... Tapi, depa ni layan aku... Hanya Allah saja boleh balas. Baik sangat-sangat. Rasa nak nangis saja rasa bila teringat layanan depa. =( Sebab depa bukan darah daging aku. Tapi baik hati layan aku. TERIMA KASIH YA ALLAH.


8 comments:

pandan said...

alhamdulillah,,,seronok dgr citer kwn2 ko cmtu,,hihihi,,

lau xsiht xyh berlatih dlu laa...

tepi pintu said...

Hope ko dah ok eh,,,bt ak risau jek ko ni,,, eh!

Nekmo said...

Pandan:
Alhamdulillah.. kawan-kawan ang pun macam tu gak.. :)

Tepi Pintu:
Amin... harap-harap cepat sihat. aku nak makan pun haila.... Y__Y

Anonymous said...

anonimos

janganler berhenti menulis ya. saya suka baca ^^ update selalu ok?
get well soon

rianti said...

artikelnya sangat menarik untuk saya simak dan menambah wawasan pengetahuan saya, nice infonya gan... sukses terus ditunggu artikel selanjutnya!!!

agung said...

. terima kasih banyak atas imformasinya ini sangat bermanfaat khususnya untuk saya pribadi, sukses ya gan..

agung said...

. terima kasih banyak atas imformasinya ini sangat bermanfaat khususnya untuk saya pribadi, sukses ya gan..

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini