Kau Laksana Bulan karya Aina Emir versi Drama

Have a nice day!!!
Baru kejap tadi aku tengok drama KAU LAKSANA BULAN dekat Tv2..Cerita ni adaptasi daripada novel Kau Laksana Bulan karya Aina Emir.Sangat Best..Ada orang minat novel tak kat sini??hehehe.Baiklah..Bagi sesiapa yang tak pernah baca novel ni,aku kasi sinopsis ok..

"Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!
Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.
Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.
Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!
"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"
Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka teki dalam perjalanan cerita!"
(drama kau laksana bulan)

 Drama ni start dekat Tv2 bermula malam ni..setiap hari Isnin pukul 8.30malam.Rugi tak tengok...hehe..Dulu novel Kau Sayangku pun pernah dibuat drama menjadi Dari Mata Arisa.Dalam drama Kau Laksana Bulan  ni,pelakon-pelakonnyee..Ayu Raudhah,Zulhuzaimy(lawak slumber),Fizow dan banyak lagi..hehe..Aku suka Ayu Raudhah bila bertudung..tak suka yang seksi..hehehe..so..aku tengok..hehe..

12 comments:

Saya said...

alaa..sini susah nak dpt tv2

@ien_R@z said...

mcm best jer... ada novel dia nek?? nk pinjam leh.. agagaga~

nsb bek cuti dh stat.. leh r layan tb.. yahuu... (^______^)

maCy said...

err.. blog nek sokmo cte sal cmni.. hihi

✿nenek moden✿ said...

saya>>
hehe..lupa..awk kan dok jauh...hehehe..kat youtube tak de org wak masuk lagi..huhu

✿nenek moden✿ said...

@ien_R@z>>
hehe..ada 13 episod je..huhu..
dah tu 1 minggu sekali je..leceh..huhu

✿nenek moden✿ said...

macy>>
takpe..nanti nenek cite sal nenek..
hehe..

nuriz said...

oo ni ke pelakon kau laksana bulan semalam, tgk tajuk ingatkan filem p ramlee hehe, nt leh le try tgk

✿nenek moden✿ said...

nuriz>>>
hahaha..a'ah...boleh tahan la pelakon2nyee..hehe..
masa mula2 search tajuk ni,mmg kua cite p.ramlee..hehe..tgk la..tak rugi..best..

Yanie J (*゜▽゜ノノ゛☆ said...

yank..
besh ke cite tu?

sllunya klo da wt dlm tv...
lain citanye.
tak sama cm dlm novel.

✿nenek moden✿ said...

yanie>>
yanie try la tengok..hehe..
best la..

Anonymous said...

hello im syahira,kalau u all tgk jangan lupa record cerita ni kat youtubee ! mcm besst,

Anonymous said...

ada lagu2 dlm cite 2 x??nk cari tp x tau tjuk ap..tmbah lg lagu time part sdey2 2..huhuhu