Budget Vacation 1: Pulau Pangkor



Alhamdulillah..aku dah selesai habis final exam hari selasa ritu dan telah meneruskan perjalanan aku melihat ciptaan Allah yang sungguh nikmat ke Pulau Pangkor, Lumut Perak. Budget kecik saja sebab aku seorang student yang yuran u mahal..hehe..kalau uitm yurannya murah.. so, banyak duit la.. :) lagipun dah habis semester. Duit tak dak.


semasa dalam bas...semakin hampir dengan lumut
cuaca hari tu cukup baik.. alhamdulillah

Baiklah, aku mulakan dengan perjalanan aku. memandangkan aku tinggal dekat KL ni, so aku cakap rate bus dari KL la tau iaitu 2 ways RM50..kalau korang dari tempat lain aku tak tau. Aku bertolak pukul 3 petang. Perjalanan dalam 4 jam. Lepas tu, aku tidur rumah kawan kak aku. Ni boleh menjimatkan bajet kita ye kawan2 dan merupakan satu kelebihan. Jimat duit kita ari segi penginapan.



ini la pengkalan boat marina island 

Keesokan harinya. sebelum pukul 7pagi lagi, kami dah keluar ke jeti. aku naik dari Marina Island guna private boat. 2 ways RM10. Korunk boleh naik dari lumut ye Rm12 pergi balik. =) lepak2 dulu bila sampai sana sebab boat pukul 8.30 or 8 kot. tak ingat..heheh.. =P lepas tu dah naik boat sampai pulau pangkor. Kami guna van sebagai pengangkutan. van tu harganya kira 1 van RM70, kalau korang pergi ramai2 untungla..tak dak la mahal bayar. Macam kami, naik 3 org ja. Memang mahal la kawan2 sekalian..hehe.. =P so,kami kongsi rm15 seorang untuk van...


ok, no masa nak sampai dekat jeti pangkor dah


|cuaca yang panas memang elok sidai baju|
gambar ni diambil masa dekat kilang satay

|lama tapi berguna|
mak aku kata 
"kak lang, yang ambil gambar penyepit baju ni kenapa?"
aku balas "itulah seni mak.. :)"



kalau jumpa orang tersembunyi...
jangan salahkan aku..haha.. LOL


Pusing2 pun tak dak apa sangat dia bawak. Dia bawak pergi Kota Belanda, China Temple, Muzium, Kilang satay. Ok, ni aku syorkan la..tak payah pusing2 la...ambil terus van pergi Teluk Nipah. Tak dak pa sangat kalau pusing2 ni.. =D tak tipu!Murah sikit. Kalau naik motorsikal yang disewa pulak, RM25 sehari. Memandangkan aku first time, jadi baru tau la.. =) Ok, bila sampai teluk nipah, aku pergi la salin baju dekat Liyana Villa.. kena bayar toilet rm0.30. kalau korang nak stay kat Liyana Villa, agak mahal bagi aku seorang student. RM95 satu malam. So, boleh cari tempat lain..hehe.. XD macam seagull, ombak apa tah...ada la kalau bajet korang untuk satu malam rm60..ada ye wahai kawan2...boleh booking.. =) murah dah tuuu...



|keindahan alam, anugerah Allah yang tak terhingga|


Lepas tu, aku pun pergi la snorkeling RM15 seorang. Tapi, aku syorkan naik kayak la...Boleh terus berkayak ke Pulau Giam. Sana lagi cantik.... Kalau nak naik banana boat. Datang la ramai sikit sebab dia tak buka kalau sikit orang. Macam aku pi ni hari biasa, dia tak bukak la. Aku ni agak jakun ye..hehe..tak pernah snorkeling. Aku kerja gelak ja pastu walaupun dah buh bendalah yg bernafas tu kat mulut, tapi aku still..bokbek..bokbek..bokbek..haha...sampai kawan aku kata.. "bie, ang toksah dok gelak sangat la..haha..tension aku..huhu..bukan aku dengaq pun ang dok cakap..hahhaha"


awan tu cantik, kawan aku tanya kenapa ada bulat2?
itu sebabnyaaaaa....lens aku terpercik air..hoho..
tapi, dia kata cantik..hehe..



Tapi, masa 1st time kau snorkeling, aku terlupa air tu masin! tertelan jugak la and nak biasakan bernafas guna mulut perlukan kesabaran dan skill betul..hehe.. Tetapi sangat best! Lagi nak cerita apa? kalau korang sewa moto, rm25 satu motor sehari..p la mana hala korang nak p kan..hehe..p tawan pangkor tu....


|coral island|
cantik kan pantai dia??? =D




seronok betul minah ngan mat salleh ni berkayak ye..hehe

Lepas snorkeling, pergi Coral Island yang tak jauh daripada situ....syok! air laut dia...biru nak hijau tuuu...cun gila! kalau ambik gambar mmg cantik..haha... xbanyak batu macam dekat tempat snorkeling tu.... Lepas tu, balik semula ke teluk nipah naik van. Satu van rm15, kami bertiga jadi seorang rm5...hehe... tapi, korunk boleh la pusing2 or nak main lagi kan.. sebab dorunk bg life jacket dekat kita...lepas dah balik semula ke lumut, kami singgah pulak dekat Teluk Batik.


|gadis berkerudung setia menanti sang senja membelah laut|
 benarkah penantian itu satu harapan?


ini keesokan harinya sebelum pulang, berdekatan dengan jeti lumut.
Arena Wing nama lokasi tu.
Panas gila time ni..


Kapal Navy yang dibuat muzium. 
Manusia seorang mental sikit..hehe



|kincir angin....angin, bawa beritaku kepada sidia |



Dan bila di kira semula duit yang aku keluarkan tak termasuk shopping2...

BUS: RM50
BOAT: RM10
VAN PERGI BALIK: RM20
SNORKELING: RM15
BREAKFAST: RM5.50
LUNCH: RM4.50
________________
TOTAL: RM 105* (Tak termasuk penginapan)

note: see, bajet aku cikit je...kalau p ramai2 best....kalau total aku termasuk penginapan pun...tak sampai rm200.. =D ok, selamat bercuti...next time, nak kumpul duit pergi krabi island pulak.. =p



|ini bukan awan nano|
gambar ni di ambil juga dalam bus.

Bila dah sampai KL, keesokan harinya, aku belum balik penang. Tapi, pergi Branang dulu...hari sabtu baru balik Penang. Jalanraya sangat sesak ok! terlampau. Bayangkan dari Bangi bertolak pukul 6 lebih sampai Penang 3.40 pagi. Aku sangat penat drive haritu....sampai je dekat rumah. aku dah rasa kaki tak pijak bumi. Seolah-olah aku duduk dekat angkasa! heeeeee...
Alhadulillah selamat tiba.. happy holiday semua...


note: Aku bukan photographer. aku masih belajar ambil gambar... ^.^Y


Brunch at Osio Bangsar South


Haip.. :) semalam aku tidur dekat rumah kawan aku..temankan dia dekat rumah sewa...alar..xjauh mana pun dengan tempat tinggal aku.. kawan2 aku yg lain semua xdak..tinggal la dia seorang...

Ok, pendekkan cerita...aku ajak dia pergi carefour dekat Bangsar South. Nak beli  ayam kononnye.. :) nak masak untuk lunch. Belilah seketul ayam haha..bukan seekor ok...seketul ayam. But then, bila kami nak balik rumah, hujan lebat turun. So, of course la tak boleh balik kan..bukan bawak kereta..tapi tenggiling aku tu la..

Ruangan dalam kedai tu ^.^

So, kata putus..aku ajak dia pergi jalan2 ler dalam Bangsar South. Dia ajak minum kopi. Tapi, aku ni dah tertarik GILAK! nak masuk satu restoran korea ni.. wee >.<'" yeah! and finally aku berjaya menghasut dia untuk masuk dalam tu untuk brunch. haha.. sebab tak makan pagi. kita bawak hajat terus breakfast+lunch.

And aku ni dengan jakunnya..hahha..usha kehulu ke hilir..yeah! 1st time nak makan benda pelik..kehkehkeh.. Masuk-masuk je, "annyeong-haseyo" kata penyambut tetamu..sambil tundukkan kepala..haha..aku pun tunduk la jugak..hahah.. LOL jakun weh!

Part nak order..pulakkkkkkk....aku tak tau nak order apa..haha..so, aku decide amek seafood ramen. Kawan aku pulak amek Kim chi Ramen. Bos situ..mestilah korea kan.. XD masuk2 je udah bos dia sengeh2 kat kitaorang..pendek kata...tak lokek dek senyuman.. Pagi tadi, kami la pembuka kedai tu..kehkehkeh.. XD

Masa awal-awal tu aku tanya waitrees dia dalam bahasa melayu " sini halal ke?" patut la dia macam terpinga-pinga...haha..dop pehe ore kecek melayu.. tapi, dia cakap halal. Borak punya borak. Makanan pun sampai! Jeng jeng jeng!!!!Mujur ada camera hp kawan aku ngee...so, snap gambar la.. =D but sedih! xboleh ambil gambar guna handphone sendiri.. T^T


yeah, ini dia kawan aku punya menu Kim Chi Ramen
Kita sini panggil Maggie.. Kim Chi yg mana?
Tu ha..yang kaler merah tu..kobis..(but aku tak suka sangat.. :P)
Yang panjang-panjang tu apa dalam mangkuk kecik?
Tu ikan bilis goreng, ada cili...tapi manis AND AKU SUKA! hoho
Apa yang putih dua ketul tu?
Itu telur..alar macam korang tgk cite korea tu..
telur dadar yang dibungkus



And...this's mine.. >.< yeay! Seafood Ramen.
My friend asked me 'bie, panjang2 putih2 tu apa?"
owh...itu cendawan....then..dia tanya lagi
"yang hitam-hitam tu ape?..kita boleh makan ke?"
owh...itu seaweed.. :)

Lepas tu, bermulalah kami melahap dengan jayanya.. XD aku tak pandai guna chopstick! jangan gelak...tapi time kerja dulu, aku makan megi guna chopstick.. :p

Price? ok, untuk Kim Chi Ramen, harganya RM8.90...murah kan?.. =D untuk Seafood Ramen, RM10.90.. tax dia only RM2.05.. Ada macam-macam lagi makanan...but aku nak cuba dulu, so, aku makan yang murah ni saja..next time aku pilih yang lain pulak..hehhe



see..kejakunan aku..haha dan kelahapan aku.. XD LOL!
then..gambar hujung sekali tu... ramen aku yang dah habis aku melahap
Alhamdulillah... :) kenyang sangat!
Tapi, i don't like vegetable! 
erm...lagi?..dalam gambar nampak spec mata an..its mine.. :)
Memang aku rabun.. -0_0-Y


so, ini kad dia...kalau nak pergi...pergi jelar cuba.. =D
jangan lupa ajak aku..then belanja okey! haha..
MAAP YE DG....TIBA2 BELOG AKU JADI BELOG MAKAN..HAHA

notakakibusuk: akunakbelajargitarlagilagilagi........


Gambar danbo





|Danbo Yang Cuba Berusaha Panjat Tunggul Kayu|

Usaha tu tangga kejayaan...
Kalau tak usaha..memang kejayaan tu tak datang toing~ toing~ kat hampa...
macam tu jugak la dekat aku...ya..aku akui aku malas...
tapi, malas pun usaha cikit2 la 
walaupun aku tak mampu nak tandingi orang yang hebat sekeliling aku... 
apa yang aku baca, itu saja yang aku luahkan dalam exam nanti... 
tiada lebih..sebab, usaha kecik..hasil kecik la...
tapi.. kalau usaha kecik...HASIL BESO..nampak beno nipunyee..~ haha.. :) 

NEXT PICTURE IS....
...
...
...
...

danbo jugak..haha...^.^


|Danbo Miss Someone|


Buat seseorang yang jauh daripada aku..
>.<"
Gambar ni bukan danbo fall in love ke..
danbo yang alone tu iye ar...
tapi, alone yang berbunga2 hati..haha..
danbo mood happy :D

EXAMINATION MOOD



Haip...Start from Tuesday, 3 January 2012 until 17 January 2012
adalah MINGGU PEPERIKSAAN bagi aku.
Ok, aku akui aku seorang yang pemalas study (reality)
Sebab tu tak dapat dean..XD

Doakan aku bagi rajin sikit belajar
The most important thing is???
Doa aku bagi boleh jawab exam tanpa gangguan.. :)

Entah pape kan meja study aku..hahha.. :D
 Yang ni kira ok lagi, Semester lepas...??
MasyaAllah.. >.< tak tau nak habaq!! haha
............................................................................................................
Seperkara lagi...Aku sering di ajukan soalan...
"STATUS FB TAK DAK PANJANG LAGI KA??"
hahhaha...And aku akan jawab..
"GIAN MENAIP...HAHA..TERINGAT BUAT ESEI"


Entah....kenapa tak tau...status suka panjang2....
Tapi, ada jugak yang baca...tu terharu!!! XD
Macam dekat blog jugak...walaupun taip panjang.. :)
Kalau ada yang baca...rasa terharu!!!