Jangan Buli Aku yang Kecil!!!

Memandangkan minggu ni aku sibuk beli barang-barang nak pindah rumah..Jadi,semalam..aku dengan mak aku keluar la membeli dan belah(ayat baru..hehe)..Bila dah selesai semuanya..aku otw balik ke rumah..Tiba-tiba aku terserempak dengan sebuah lori barang yang bersize besar.Bukan yang kecik punya tuh..Aku bawa motor macam biasa.Lori tu bawa ketepi ketengah..aku pun apa lagi..potong la terus...
(abaikan lukisan aku yang buruk....hahaha..ada nampak macam lori dengan motor tak?)

Bila dah potong lori tu.."pooooonnnnn!!!!"dia bunyi hon kat aku..Bukan aku buat salah pape pun..Aku punya la terkejut.(buatnyee aku ada sakit jantung cene??Dah mati ouh semalam..huhu)...Dah la bunyi kuat...Apa lagi..aku pun pusing muka tengok dia..Muda lagi orang yang bawa lori tu..gedik sungguh dia...Agaknya dia sengaja nak tengok aku marah...Dia bunyi hon banyak kali punya lama...Pemandu lori gila tu nak bagi dengar seluruh alam bunyi hon dia tu..Geram tol aku..Aku tau la aku ni motor je..dia lori sebesar alam...Belagak pulak!
Kalau aku boleh buat undang-undang..aku nak buat undang-undang.. 
"Dilarang bunyi hon sebarangan!"..
Kalau bunyi jugak!!Aku nak saman!!1 juta(wah..dahsyat!!hahaha)
Cuba tengok sekarang ni..lori pandu laju ooohhh!!aku takut..dorunk ingat dorunk tu besar..senang-senang je nak buli yang kecil...Tak bertimbang rasa tol...Aku geram!!

Bawa kenderaan terlalu cermat pun kena tahan ek?


JEDDAH: Polis menahan seorang juruterbang kanan Syarikat Penerbangan Arab Saudi ketika dia dalam perjalanan ke lapangan terbang di Jalan Raja Abdullah di sini, semalam.
Juruterbang itu ditahan selama dua jam dan keretanya diselongkar.

Kesalahannya-mematuhi peraturan jalan raya.

“Saya menyedari sebuah kereta kelabu mengekori saya sepanjang lima kilometer,” kata Amad, warga Saudi.

“Saya merasa aneh kerana pemandu itu tidak berusaha memintas kereta saya sedangkan pemandu lain berbuat demikian.” Apabila tiba di satu persimpangan, pemandu kereta Toyota Camry itu menyuruhnya berhenti di te pi jalan.

Pemandu berkenaan, anggota polis muda keluar dan meminta dokumen pengenalan diri Amad. Dia juga enggan menjawab beberapa soalan yang diajukan juruterbang itu mengenai alasan dia ditahan.
"jangan bawa kereta macam mr.bean sudah..haha"

Bagaimanapun, anggota polis berkenaan akhirnya berkata, dia bertindak menahan Amad kerana dia memandu terlalu berhati-hati.

“Dia berkata, saya mungkin menyembunyikan sesuatu kerana saya mematuhi peraturan jalan raya,” kata Amad.

Enam kereta peronda tiba dalam tempoh dua jam dan menyelongkar keretanya sebelum dia dibenar meneruskan perjalanan ke tempat kerja tanpa sebarang permohonan maaf daripada anggota polis terbabit. - Agensi.  sumber

hahaha..apa ke pelik kes ni??aku baca pun nak tergelak..
Bawa kereta cermat pun nak kena tahan ke??haha..lain la bawa kereta
macam pelesit.Ok la juga nak tahan pun,Tapi,lain pula dekat tokyo yang kita tengok
dalam Tokyo Drift tu..hehe..lebih had laju tak kena tahan sebab tak dapat kejar..hehe

size ic dengan pasport xsama ek?

Kenapa aku rajin ek update hari ni?ok..aku just nak cerita la pasal kes tadi.Macam biasa aku sibuk nak uruskan hal u.Hari tu aku dah cuci gambar 16 keping dounk nak,tapi..memandangkan kawan-kawan aku minta gambar untuk buat kenangan,aku pun dengan baik hati bagi ler..tapi,gambar u mintak dekat aku lerr pulak kurang!!padan muka kau nek!!haha..so,aku pun pergi kedai gambar dekat dengan rumah aku.Tak larat nak pi jauh-jauh..hehe..takut berat badan turun pulak(apakah??hahaha)
"you mau cuci size apa?"cina kedai tanya.."size ic la..berapa ek?"aku pulak tanya..
"4 keping RM6"kata cina kedai tu.

Lepas tu,gambar dah siap..aku tengok.."aik??napa kecik?saya tak mau besar ni.."aku pelik..
"tadi u kata nak size ic..size ic besar ni la..."kata cina tu.."ic dengan pasport tak sama ke?"aku pun tanya la..adoila..gawat macam ni aw..gambar dah la xelok..jadi putih macam opera cina..silap size..melayang duit aku rm6..kalau makan?kenyang oii...hahaha aku bayar duit terus blah kua..baru aku tau size ic dengan pasport tak sama.
Lastly,aku gi alik kat tempat yang aku tangkap gambo tu..walaupun jauh tapi,puas..murah pun murah..kalau size pasport, 8 keping baru rm7..see..nampak tak beza harga dekat sini?masa aku amek gambo lak an..16 keping just rm18...gambar clear..cantik lak tu..kawan aku tangkap gambar..16 keping rm22..mahal ouh..aku dok dalam kedai tu sempat lagi ngorat cina kat kedai gambar tu..haha..jahat!takde..aku tipu jerk..dia ngorat aku..hahaha..seyez!!yang ni aku tipu!haha...

moral value: Gambar size ic dan pasport tak sama ye cucu2..haha


Aksara Pencorak Hidupku

 Hari ni..aku nak update blog dengan join contest pakcik roy saja je panggil dia pakcik..
Dia pun tak marah aku..hehe..ok,izinkan nek join tau..nek mmg suka karya hlovate.
Walaupun sekadar novel,tapi novel tu unsur islamic dan bahasa yang dia guna selamba.
Mudah dihayati dan bersesuaiaan dengan jiwa muda-mudi..
Dalam 7 novel karya dia,nek ambil 1st novel yang nek baca dan terus jatuh cinta dengan karya hlovate.So,nek nak kongsi la dekat sini bagi sapa yang berminat.

Gambar Cover Buku:

















Judul Buku: Rooftop Rant
Penulis: Hlovate
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Bil. Muka Surat: 538 muka surat
Harga:RM21
Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade...
tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah
dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa
mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?
ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya...
 Aksara Pencorak Hidupku:
Pelbagai dugaan yang telah Trisy alami.Dia mempunyai keluarga tetapi baginya dia bagaikan hidup seorang diri.Kerna ibu bapa sibuk mengejar kekayaan dunia sehingga alpa akan tanggungjawab untuk keluarga.Hal ini telah menyebabkan Trisy hilang identiti sebagai seorang gadis.Trisy mula merokok dan perwatakannya seperti lelaki.Namun,di bumbung itu..Trisy mencari ketenangan dan mengisi kekosongan..sehingga dia bertemu seseorangyang bukan ahli keluarganya."There're time when strangers are like family and family are like strangers.Mereka mempunyai kisah yang sama tetapi berlainan cerita.Dan kerna penyakit itu "hypoglycemic"(kurang gula dalam badan)..kisah mereka bermula.Di bumbung itu juga..pahit yang dikunyah selama ini diluahkan.Apabila ibu,bapa,abang dan kakak sibuk dengan hal mereka dan tidak mempedulikannya..masih ada seseorang yang setia mendengar suara hatinya..Jade...insan yang sangat bermakna dalam dirinya..keputusan ibu bapanya menghantar Trisy ke JB benar-benar telah mengubah dirinya.Siapa sangka seorang 'gadis' yang berambut ala anak burung telah melalui pelbagai transformasi ke arah yang lebih islamic dan dibekalkan ilmu agama...
Apa yang aku dapat dalam ni?
FAMILY FIRST

Anak-anak tu ibarat kain putih dan yang mencorakkan kain putih itu ialah ibu bapa.Unsur agama itulah sebenarnya unsur yang paling penting dalam pembentukan keluarga
Kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit walaupun realitinya 'iya' tetapi sebenarnya tidak.Duit bergunung tinggi everast pun tak semestinya mampu menyenangkan hati.
Setiap takdir yang Allah dah tentukan adalah yang terbaik untuk setiap insan.Have faith.To live hell or live well?We choose.
Allah tu tetap ada dengan kita walaupun kita ditimpa musibah.Apa yang penting,ingat Dia dan dekatkan diri dengan dia..Jangan waktu susah baru ingat dia.Setiap waktu kena ingat dia..



#Aku rasa,kalau korunk nak fahami cerita ni,aku syorkan korunk baca..memang tak rugi..tapi,link yang aku nak bagi ni..cerita dia tak penuh..kalau dah baca and berminat..korunk boleh beli la..hehe..ok,klik dekat (SINI) salam...^__^






Mala petaka apa ni woii????

geram!
benci!
penipu!
semua lelaki sama ke??
aku benci!!!!
gggrrrrr!!!
jangan sentuh hati aku lagi!!
aku takkan benarkan LELAKI masuk hati aku!!!