Mr.Teddy sudah pandai meraba paha amoi cantik!



I just copied this picture and this text from my facebook
hahahha.. o^.^o

MR.TEDDY PANDAI MERABA: 

Hujung minggu haritu,aku pergi Mines...
PJ---->Serdang
(jauh jugak ok)
biasa la train ke sana sangat sesat.
aku masuk dalam coach perempuan.. ^.^
dah 2x terlepas train sebab penuh...
bila dapat masuk, lega sangat!!
tapi..yg nak jadi cerita, depan aku ada amoi cantik..
pakai dress paras paha!memang singkat...
aku ni main la mr.teddy yg tergantung kat beg aku...
tanpa aku sedari...OPPSSS!!!! 
mr.teddy TERMASUK DALAM DRESS amoi tuu....
(panikkk!!!!) >.<" 
hahha...amoi tu tengok aku huhu tapi tak marah....
aku pun...sorry2...tak sengaja... >.< huhu...
memang tak sengaja pun...aipp mr.teddy!! 
sudah pandai RABA AMOI ekkk???.. o^.^o




p/s: huhu...kalau gambar dekat atas tu comel,
tolong jangan caya aku pun comel macam tu
hahahhahahha... >.<" 
lukisan budak takdak seni



Doakan aku untuk esok.. amin



Esok aku dan rakan sekelas kena perform untuk pesta ko-k dekat u aku..

And...guess what course i take? hahha...aku ambil gitar.. =P
doakan aku dan rakan-rakan untuk esok.. amin


#Tengok gambar macam pro main je kan..hahha XD
padahal..tak pandai main pun..huhu


Tukar topic! hehe...tengok video ni..yeah..its me
k. fine. aku tak cantik. :)


First time outing



Err..tak tau nak mula macam mana pulak.. haha.. mereng tol aku ni ^^. Ok, ahad lepas, ada photog call aku

Dia: "weh...ada mana?"
Aku:" kat u la..kat mana lagi"
Dia: "mak aii..bisingnya, hang nak ikut aku pi outing dak?"
Aku: "hehhe...malu la..jerawat banyak" (alasan semata2 haha)
Dia: " hahah...watpa nak malu, aku tak shoot hang la...jom ikut aku"\
Aku: "err...ee....aku malu sebenarnya..aku tak pandai"
Dia: "nak? tak mau?"
Aku: "nak...hahha"

Tu la 1st time aku keluar outing dengan photographer, ada lagi ramai...bukan xdak yg ajak...ramai je yang ajak...tapi, aku ni malu sangat..hahha ^^ (walaupun realiti, aku ni idok le pemalu sgt...) tapi, aku ni bukan la photographer kan...Lagipun, aku tak pandai sangat. Aku pun baru belajar. Hari ahad lepas, aku pergi dekat  Taman Tasik Titiwangsa. Kan ada pameran pasal fotografi, ada jual kamera murah2 an...

Masa mula2 aku jejak kaki tu...aku jadi malu ni, tak tau nak habaq..hahha.. lelakinya, punya ramai..gantung je dslr. Aku? dalam beg silang sebelah yang selalu bawak g kuliah..Kawan aku tu pun pelik

Dia: "mana dslr hang??"
Aku: "hehehe...ada dalam beg..malu"
Dia: (tekan2 beg aku) "malu lagi???..hahha"

Lepas tu, kawan aku tu pi sembang dengan photog2 yg lain...aku ikut jelar belakang dia..sebab segan punya pasai...photog2 lain usha je aku...dorunk ingat aku ni awek kawan aku tu..Bila dah lama2, aku duduk jelar dekat tepi tebing sebab dah penat berdiri. Dslr aku tersemat rapi dalam beg..hahha.. Masa tu, ada la model2 seksi ni tau..aku hanya mampu tengok jelar dorunk dok ambil gambar model.

Datang photog sorang ni, lens dia guna 70-200mm..sama dengan kawan aku ni. Aku ni, punya la tak larat nak pegang lens+dslr yg kawan aku punya ni..berat tau tak! haha..kawan aku panggil photog sorunk ni Masta (hebat la ni noh... ^^)

Photog: " awak ni talent ke photog?"
Aku: " hehhe...bukan talent la....sy biasa2 ja...dslr ada.."
Photog: " mana dslr?..saya ingat talent tadi..baru nak ambil gambar..haha" (dia berseloroh)
Aku: "hehhe..ada dalam beg..saya malu sebenarnya" (sambil bawa keluar dslr aku..) saya pakai kit je..
Photog: "ooo..meh sini tengok..."

Lepas tu, mula la sorang..sorang datang dekat aku..hahhaha...^___^. dorunk tukar lens aku. yg aku punya, aku pakai 18-105mm ja.....

photog: " nah...pakai lens ni...kejap lagi kita shoot..nampak pro sikit...(usik aku..hahha)"
aku: "err...saya tak pernah guna wide...hahhaha..kena ajar ni"
photog: " takpe, nanti kami ajar....hehe.."

Lepas tu lagi (berapa banyak lepas???hahah)...aku pun pergi shoot...model tu seksi =___=" aku cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling aku...(ni adalah salah satu prinsip kaunselor, penerimaan tanpa syarat..aku try praktik..huhu). Aku pun shoot la..bagus dorunk ni, ajar aku...Lepas dah penat, aku pun duduk la. Tanpa aku sedari, photog2 ambil gambar aku.. aku duduk posing sikit punya baik...hahaha Lepas aku tersedar..

Aku: " eh...eh...eh...saya bukan talent..talent dekat depan tu..jgn la amek gambar saya..saya malu huhu"
Photog: "duduk dah elok tu macam model..awak jangan gerak"
Aku: " saya malu la...hehe...saya tak cantik.."
Photog: "Dia silap la....patut dia yang jadi talent, tapi main dslr pulak..haha" (cakap dekat member yang lain)

Aku ni, memang malu masa tu..haha...Iyela, model depan mata, dorunk amek gambar aku pulak...maluuuuu..Itu jelar kot aku nak share...ha..meh aku share satu keping gambar yg aku ambil k...



-Silhouette girl with tree-
d90+tokina 11-16mm
Ni aku nak test ja guna wide lens, memang aku tak pandai pun ^^



Apa cerita disebalik gambar?
Soalan tu dituju untuk gambar ni kepada aku
Aku cakap la aku tak tau. Sebab sungguh aku tak tau
Aku hanya test lens saja, jadi aku snap gambar jelar.
Lepas tu org tu cakap, kalau nak jadi jurugambar,
bukan suka2 ambil gambar...kena ada cerita sebalik gambar.

Jadi, aku nak tanya aku ni sebenarnya
tak pandai lagi footgrafi ni..Aku bukanlah photog.
Aku baru nak belajar. So, bukanlah photographer ok..
Bagaimana dengan korunk?...apa yang dimaksudkan dengan 
cerita disebalik gambar. Adakah begini?

Contoh: Ada gambar monyet sekor tengah punggah sampah
adakah cerita disebalik gambar tu begini?

1. masa aku jalan-jalan nak pi pasar, aku nampak monyet tu punggah sampah
nampak sangat sampah tu tak dijaga dengan betul
 atau begini??
2. Sayangi alam sekitar.

p/s: Macam mana korunk fahami?



Aku bukan photographer....aku bukan model...
Aku pelajar.



Masa berlalu begitu pantas


Sedar tak sedar, lagi beberapa minggu saja aku dah nak study week. Semester kali ni, aku rasa berlalu dengan pantas. Alar..macam kereta F1 tu (so, 'ter' hiperbola pulak). Banyak aktiviti yang berlaku sepanjang beberapa minggu ni. Tarikh entri ni dipublish, aku berada dekat Batu Pahat. Saja gedik kaki pergi kenduri kahwin kakak kawan aku.. Yeah! KAHWIN!

Actually, macam-macam cerita nak share. Tapi, aku ni jenis malas menaip. Ok, aku cerita serba sedikit jelar
  1. Rewang dekat BP ni macam lain sedikit..heheh
  2. Dorunk ada main tol2 ek..haha
  3. Dorunk makan awal la...and habis pun agak awal la bagi aku.. :)
  4. Family kawan aku ni tersangatlah baik! Aku ni kira orang luar, tapi..macam dah kenal lama
  5. Aku malu nak pegang dslr. rasa macam poyo je kan =___="
  6. Aku suka la batu pahat ni..hahaha
  7. Aku suka main dengan budak2 (anak sedara kawan aku)
  8. Masakan untuk kenduri pun macam lain dari negeri aku
  9. Aku mula cakap je..orang akan tanya aku asal mana =___=" hahaha
  10. Aku terkejut bila family member aku ni bagi sebungkus sumi/jelly dekat mentara (org rewang)
    Dekat tempat aku xde la bagi sampai banyak tu..hehe
  11. Nasi diberikan kepada semua yang datang (tempat aku utk sedara je..huhu)
  12. Jerawat tiba2 naik! haha
Nak tak aku kongsi beberapa keping gambar? Just simple one je..Maklumlah..aku xde seni :|

 -Langit Biru-
Aku suka warna gambar yang macam ni...
Tapi, aku tak pandai buat and tak tau nama apa warna cegini
Ada sapa2 tau?


-Gadis Bertudung Biru-
Tiada identiti
Tidak comel atau cantik
Just Ordinary Girl
Without editing


-Lorong 53B-
Aku main Hue & Saturation
Mungkin macam over kan?


 -We're Friends-
Aku menggunakan khidmat anak saudara kawan aku
gambar ni dah jadi background desktop aku...hehe



- Danbo For Life-
No caption.
Aku pun tak tau nak cakap apa
Aku suka danbo untuk jadi bahan fotografi

-Lorong 53B-
 Gambar yang sama macam dekat atas tu
Tapi, aku lebih suka warna yang ni
Warna lembut.


-Flower Girl-
Actually, bukan flower girl pun
Aku dah usha bebudak dua orang ni sejak dorunk datang
Aku nak snap gambar dorunk yang comel tu.
Tengok-tengok dapat! Lega! haha

|Hope You Guy Enjoy My Art|
-Rara Range @ Nekmo-


My Feeling? This is about art of photography



Sebenarnya mood nak menulis tak dak.
Satg bagi entri carca merba, 
blogger lain kondem pulak..mampuih aku XD
Aku hanya ada danbo saja untuk shoot.
Memang takdak bakat..still newbie..
Buku manual pun tak habis khatam..
Sapa yang ada ilmu..tolong la kasi sepatah dua kata mukaddimah..hehe


| gambar danbo ni khas untuk sis Hazirah Zainal Rashid|
| sebab dia jeles sangat tengok danbo aku|
|so, aku bagi la dekat dia "seketul" gambar..XD sweet kan aku? ekekekeke|



|walking in the rain pun boleh|
|aku just tukar pergi kepada holga saja guna picnik.com|


|yang ni, aku tak edit langsung, just letak watermark|
|aku sebenarnya mengalami masalah|
 |kat mana nak letak watermark yang sesuai?|
|share la dengan aku|


|NEXT TIME, I'LL MAKE IT MORE CREATIVE EK..I'M STILL NEWBIE|

Nekmo The Return

Sudah lama rasanya aku tinggalkan blog ni. Bukan hilang ingatan. Tapi, masa yang tidak mengizinkan. Korang boleh lihat entri terakhir aku beberapa bulan yang lalu. Sudah lapuk. Semester baru aku dah lama bermula. Assigment yang banyak macam biasa. Line internet yang laju macam siput barbie dekat u aku memang sangat 'memudahakn' kerja blogwalking. kan? Sepeninggalan aku ni, telah membuatkan aku tak pandai guna blog yang baru. Entahlah, rasa seperti baru dilahirkan semula. Ewah..sakan ek kau nekmo. Ha ha ha..

Tak banyak yang boleh aku share dekat blog melainkan beberapa keping gambar yang aku ambil:

note: taken 25 oct 2011.. Tepi longkang je pun.. =)

note: taken 25 Oct 2011.. Time pagi2 buta aku nak sidai baju..hehe

note: ni masa konvokesyen senior2 aku. Semua aksesori
aku yg buat ok.. xcantik, tapi nampak la tu baju konvo kan? haha

note: Time nak pergi times square.. Paip air bomba universiti aku
sempat je kan?..haha

note: ni pun time konvo. Aku rembat anak orang. (Jahat kan aku? )
Teddy bear yg budak tu pegang, aku punya.. =P

note: Lepas penat dekat gerai konvo, aku pergi shoot kawan-kawan lak
dekat padang =P


note: 1st time aku jejak kaki dekat Kelantan pd 21 oktober utk hadiri
satu konvensyen dekat Uitm Machang. Aku sangat suka
sambal belacan Kelantan!!

note: H.U.J.A.N

p/s: I'm not photographer but i love photography ^____^"
p/s: Ini link label DANBO

Minah Asam yang Masam...


Masuk saja kerja semalam, aku dah Nampak seorang kanak-kanak perempuan dengan pakaian serba pink (penjenayah merah jambu ni..haha). Dia usha je kedai aku. Kedai aku ka nada candy apa semua. Kanak-kanak macam dia, memang mudah tertarik. Dalam beberapa minit, kak Mai datang bawak kanak-kanak tu...

“Duduk diam-diam tau...jangan kacau kakak tu” kata kak Mai dekat budak tu.
Ohh...mak dia rupanya. Kak Mai tu kerja dekat Bread History. Sebelah je kedai aku. Budak tu tengok je aku buat kerja ke hulu ke hilir. Iyela, aku ni busy tau..haha..

“Nama apa dik?” aku ni buat ramah sikit...hehe.. Dia jawab Mia apa ntah tapi aku tak berapa nak clear dengar. Maklumlah..nama pun nenek..hehe..

“ Nah, ambil ni” aku bagi dia coklat Cadbury. Dia pun ambil sambil sengeh-sengeh. Tunggu lagi?? Orang dah bagi tu.. =p

“Adik umur berapa?” Tanya aku. “ 4 tahun” sambil tunjuk tangan. “kakak dulu, 4 tahun dah pergi sekolah tau (sebab tu terlebih cerdik sampai tak tau apa..haha). kenapa adik tak pergi sekolah?” saja nak uji budak ni.

“Tadika dah penuh..Tu Mia tak pergi” celoteh budak tu.
“Mia pergi la duduk dekat kerusi tu. Nanti Mia letih ikut kakak”
“Kakak..tu bukan kerusi la..Tu bangku. Tengok, Mia lagi pandai dari kakak..hehe” ambik sebijik aku pulak kena.

“Hehe..pannnndaiiiii Mia” puji dia sikit. Aku pergi dekat cashier scan barang nak buat price tag.
“Kakak kena Haikal tak?”Tanya dia.
“Mana la kakak kena dik. Sape Haikal tu?” Layan si kecik ni.
“Haikal tu kawan Mia. Tapi dia jahat tau kakak. Dia suka tarik rambut Mia. Mia tak suka dia” kecik-kecik dah pandai ye dik. Takmau-takmau..haha..
“Mia lawan haikal balik tak?”
“Tak.. Haikal kuat..hehehe”. Aku pergi lari sebelah jap Tanya kak tu nama Mia apa. Dekat je pun.

“Mia, nah ambil ni” Aku kasi Jelly pulak dekat dia.
“Kakak, kenapa kakak suka bagi makanan dekat Mia?” (lawak aku dia Tanya..haha)
“Kalau macam tu, kakak minta balik la..boleh? hehe” hulur tangan.
“Hehe..tak boleh”. Tengok, tak nak kasi pulak? Haha...
“ Mia, apa nama Mama Mia?”
“Nama Mama? Mai”
“Nama panjang apa?”
“Mai...Mai..Mai...(apatah dia sebut...aku tergelak dengar dia cakap.)
“kenapa kakak ketawa? Lucu kan nama mama..hehhe..” pandai pulak budak kecik ni berceloteh.
“takde la, tak lucu pun. Kak saja ketawa. Tapi, kak suka nama Mia” memang sedap pun nama budak tu.

“Mia kan.. tak suka nama Mia. Kawan-kawan Mia gelak dekat Mia bila Mia bagitau nama Mia. Mia bagitau mama yang Mia nak tukar nama” (Mau terkejut aku bila budak ni cakap macam tu..pandai sungguh).

“ Kalau macam tu, tukar dengan nama kakak la..Nak tak? Hehe” aku menyakat dia..Seronok borak dengan Mia.
“ Kakak nama apa? Mia lupa la...tadi mama ada bagi tau. Kak Abi kan?”.
“ A’ah..Kak Abi. Mia ulang sekali lagi nama kakak ape?”. Dia ikut je cakap aku.

Lepas tu aku tengok dia terlompat-lompat.
“Mia main dengan sapa tu??” pelik gak aku.
“ Tu ha..abang Daniel..Dia usik Mia”.
“Ha? Abang Daniel?? Mana?” aku tengok dekat cermin tak dak pun.
“ Tu ha kakak. Yang handsome tu. Dia kerja dengan Mama Mia”
(Oo0...Budak bread history. Aku ni jenuh la mencari sapa pemuda yang handsome tu..hahahhaha..Aku memang tak tau nama lelaki tu. Gelak dalam hati jelar. Lawak denagr Mia berceloteh).

Aku tengok dia pusing-pusingkan badan dia sambil kibas-kibas skirt dia.
“Mia, jangan pusing-pusing. Nanti pening jatuh” risau jugak aku.
“Takpe la kakak. Mia seronok jumpa kakak hari ni. Hehe.. Dekat rumah takde sape. Ada Mia, Mama, dengan Papa je. (aku pun Happy gak bila dia kata happy jumpa aku..hehe..kembang)

Bila dah lama tu, mama dia panggil Mak Lang dia nak ambil bawak pergi makan MCd pastu tak datang dah la.. Mia ni boleh-boleh tak mau ikut.
“ Alar mama...Mia nak duduk sini...Mia seronok duduk sini..Boleh la mama”.
Aku ni pujuk la dia suruh ikut. Iyela, takkan budak kecik tu nak tunggu sampai malam??Kesian dia. Hehe..Itulah ceritanya. Budak yang aku dok cerita ni, nama dia Mia Ellisya.
-----------------------------------------------------------------------------------
Pagi tadi aku tanya kak Mai..
"kak, Mia tak gaduh nak datang kedai ke?" tanya aku
" mau nya tak..tadi nak datang sangat-sangat..tapi, tak boleh la..nanti ganggu keje"
"hehehhe...Mia pandai cakap tau" 
"semalam dia kena tampar mulut dengan Mak Lang dia" kata kakak tu
"la....nape kak???" aku pun pelik la..
"Mak Lang dia kata dia cakap BABI"
"Pastu kak??"
"Dia balik cerita la kat kak..dia kata.. Mia bukan kata Babi..Mia cerita pasal Kak Abi"

(Kak Abi tu aku la..)
"hahahhahahhahhahahhah..kesian dia kak" aku dah tak tahan gelak.
"Tu la pasal..Mak LAng dia ingat sebut babi..bukan apa...sepupu dia tu cakap tak terus..bila dengar budak-budak dok sebut babi...dia sebut Abi..tu Mak Lang dia ingat Mia cakap babi" explain la kakak ni..hehe.
Aku memang tak tahan gelak ok...haha...

Aku bisu..so??taknak kawan dgn aku la ek???

Sejak kebelakangan ni aku memang busy
Semalam baru balik dari perlis
Drive kereta penat sgt..tambah cuaca panas
balik rumah dah jadi mcm kanak2 bergelimpangan xde tempat tinggal
Aku terlentang atas katil..puas tidur..

Untuk cuti sem ni, aku dah start kerja :)
Ada je cerita pasal tempat kerja yg aku wat draft..
Tak terasa nak post. hari ni, bila dah lama mendiam
AKU MUNCUL SEMULA dengan entri kosong
entri tempat kerja gak

Hari Ahad tu aku kerja, biasa la kerja dekat mall
tapi, kerja ni best..aku boleh makan, main msg, boleh masak!
hendak dijadikan cerita..kawan sekerja masakkan megi
makan la kami bertiga dekat depan kaunter.
Aku baru nak menikmatai megi tu..

Tiba-tiba datang 3 org mamat ni masuk kedai...kedai aku tu kedai snack
korang boleh try nak makan asam pe ke..kerepek pe ke..
sebab tu aku kata...aku punya kerja best..
Bila semua tengah makan..aku stop makan and pergi layan customer
Dorunk tu gatal la...haish...saja la anak2 muda...nak mengorat la..

Aku pun layan la jugak dorunk...tapi...bukan macam cara yg korunk fikir!
Bila dorunk tanya bukan2...aku balas la...
aku bagi jawapan dekat dorunk dalam bahasa isyarat..
Dorunk dah start gelak..dorunk igt aku memain kot??

Dorunk tanya lagi itu ini..macam ajuk2 aku...
Aku balas benda yg sama..pastu..dorunk dah mula segan..
belah keluar terus.. =P sempat lagi tu pas keluar buat tgn nak no tpon..
kwn2 tempat kerja dah gelak puas2 tengok aku...hehehe..

aku bukan nak menghina org bisu..tidak sama sekali..
aku kawan je dengan semua org..
dan SEBAB "ORG BISU" LA....aku dilukai....
(relaks nekmo...itu kisah lama.....)

Bila tangan bangku melukis..oh yeah!! "INI EMAK SAYA"

Honestly.. aku bukan budak seni.
habis tu? aku budak pe? of course la budak baik..haha
Baik sangat la kan? cehh..masuk dalam baldi, angkat sendiri.. :)
Aku memang tak pandai melukis..tak pandai warna..
Tak pandai guna software bagai2 nih..hehe..

Ini percubaan pertama aku la..khas buat mak aku..
Aku buat satu video utk dia(walaupun aku tau hodoh)
"ada ke hampa kesah??" haha.. :p
Aku tengok dekat fb..masing2 dah post pasal Hari Ibu..
(tak ketinggalan juga, ada yg wish dekat aku..hahha :P)

Bagi yg wish selamat hari ibu dekat aku, syg hampa lebih2 na..haha..
Skip merepek pasal bendalah ni..tak masuk exam pun! haha..
Aku ingat lagi, bulan lepas..masa nak siapkan assignment..
Aku telefon mak aku..

"Mak..kak lang dulu kecik2 mana mana?"
"Kak lang dulu? bla...bla...bla...bla...." mak aku bercerita...
"Mak..kak lang tak tau la nak buh apa dalam assignment ni..."
"takpa2..kak lang buh saja...tapi..yg pasti..macam mak cakap lagi la.."
"hehe...ok mak.."

aku gelak ja bila mak aku cerita pasal aku kecik2 dulu..
masa aku dapat sambung belajar..mak aku la org yang paling hepi!!
sebab, mak aku nak sgt aku masuk u tu.. :)
aku apa lagi..bila dapat tau aku dapat u tu...aku pergi lari dekat mak..
lompat trus...peluk dia...siap dengan kaki belit badan mak aku..
(errrr....macam mana aku nak terangkan??hahha..paham sendiri la wehh..)

kadang2..mak aku boleh buat aku gelak sorang2..hehe...









Aku..mmg budak bermasalah...dari sekolah lagi..Takde yg membanggakan
mcm kak aku..adik aku...:( yg aku tau..buat masalah...
pastu..kena panggil dengan cikgu...susahkan dapat anak macam aku? :(
Apa2 pun..video ni khas untuk mak aku..




TERIMA KASIH MAK.. :) HARI-HARI TU HARI IBU...
aku sebenarnya...segan nak luahkan rasa syg aku... terukkan aku?
so..aku guna cara ni saja nak luahkan...(walaupun aku tau..aku anak yang sgt teruk!)

and.
....
....
....
Terima kasih kepada kawan2 yg like post aku dekat fb :)











p/s: to DT...gua nak je cakap dekat lu...kita share mak...mak gua..
      mak lu jugak...xpe..kita share mak...lu jgn sedih.. :(

Pagi yang menyeksakan!

(ni masa dalam examination hall)

"Aku dah lewat! hari ni ada exam!Arrrggghhh!!"aku jerit sepuas hati.
Bukan apa, rambut aku dah bertukar jadi kaler pink. Entah sapa berhati busuk tukar shampo aku dengan pewarna pink. Apa nak jadi hari tu pun, aku tak kisah!walaupun ke examination hall dengan rambut pink!
yang penting,final exam for statistic done!.

Aku memang dah macam orang gila. Tunggu lagi! exam dah mula, tapi aku still ada dekat bilik!mandi cepat2.Takdenyee nak make up, aku terus pergi examination hall. Naik lif.Memandangkan u aku ada international student, so..bersepah la puak2 dorunk! semua usha pelik tengok aku.Aku terlupa yang rambut aku dah tersilap letak shampo.Aku buat hati kering je pergi dekat lift.Aku nampak aishah boleh dok berlengah2 tak masuk examination hall.

"hoi!!..kenapa tak masuk lagi??dah lewat ni!!" tanya aku agak pelik sambil tengok jam.
"ya Allah, dah 30 minit aku lewat" cakap dalam hati ja. Aku dah tak peduli Aishah.

Masuk saja dalam dewan. Aku terus jawab exam statistik. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............yang aku bengang gila!
Ni yang aku nak cerita! Pembantu peperiksaan tu gedik nak mampus macam nak kena penyepak ja!
Aku tengah pulun dok jawab, dia boleh dok borak belakang aku..Iye ar, aku duduk belakang sekali (dah aku lambat kan tadi???).

Aku rasa urat2 otak aku dah tak leh dok diam. Mana lagi nak fikir jawapan. Mana lagi nak dengar minah tu pok pek..pok pek..Macam xde peraturan lak. Aku usha orang lain semua confident je jawab. Bukan macam si Bibah! Cepat pulak minah tu keluar. Tau la teror statistik! style tak tunggu kawan ar! Bila dah tak tahan sangat dengar minah tu pok pek.

"Woi!! kau tahu diam tak??? Aku nak jawab exam ok!!Kalau kau nak sembang,pergi jauh2!" aku jerit dekat dia.

Semua yang ada dalam tu terhenti mengira. Semua pandang aku!Tapi, aku tak pandang dorunk! Aku terus buat exam. Peduli hape aku an??? hati kering! bila dok syok jawab exam.............

Canon rock berdendang memecah kesunyian waktu! Damn!!!! bunyi plak dah....

Opps! itu bunyi jam loceng aku..hehehhhe....Laaaaa......mimpi rupanyeee....mai mana plak dah rambut pink pe semua tu?? haiyoooo.....aku tengok jam. Pukul 9. 30. Aku exam pukul 10. Terus bangun, bersiap pergi jawab exam 3D. Yang aku pelik. Mai mana lak exam statistic?? Sedangkan aku dah jawab paper tu...eee..menggerunkan aku ja..

p/s: two papers more.. Y-Y kenapa aku ni malas sgt??
p/s lagi: aku busy wehhh........maaf tak lawat korunk2 semua... Y-Y

Nekmo tu sebenarnya.....bukan siapa2...hanya nenek yang nak makan pelempang!

(org belajar..aku amek gambar..bagus sgt la tu)

Full Name:
 Nenek Moden 


Date of Birth
14 okt


Age: 
dah nama pun nenek...of course la tua..hehe


Married:
 2015


Zodiac
libra


Foot Size:
7


Weight:
penimbang rosak kalau aku timbang! so sad!

Height:
 6 kaki payung... alar..kan dah gtau kat about me...adoila..


Nickname
NEKMo


High School:
 pondok je... :)


College/University
apakah??haha

Last thing i've just did
tengok skrin hahha

My Room Condition:  
bilik tu umpama dapur,bilik air,port lepak, port tidur aku..haha (jom ar join)


Having a relationship?for many times?
relationship tu hubungan ek? alar..mesti la banyak..kawan aku ramai,...dengan kucing pun pernah...heheh...nak macam mana??


Take Your Own Picture Now and Don't Edit:
xpayah la tgk muka aku yg hodoh ni ek...hehhe..malu siot!


About Others


Name of your first gf/bf: 
gf tu apa? gila famous ke? yg bf lak pe? banyak famous ke? uwek!


Name of your gf/bf right now: 
aku tak tau mksd gf ngn bf tu apa..wikipedia ada tak???
 zaim need ur help..haha


Name of the person you miss the most right now: 
mak ayah aku la...aku tak dpt balik mesia sebab tiket habis... (apakah????) nekmo...tangan tu jgn celupar sgt! (ada ke istilah ni?)
kunk tak pasai2 tiket habis sungguh!


Name of the last person you've hurted
aku tak pasti...sebab aku ni mmg jahat...so, ramai la yg disakiti..


Name of the person you hate the most: 
weh...apa ni? tak baik tau benci2...


Name of your pet: 
kucing aku banyak...semua aku pgl nyiouw...hahha..
tu dua ekor tengah bunting...aku igt nak bagi nama ABC----> Z la..hehhe
weyh...nak beli ikan laga..nak bela...........ikan emas xleh...


About Myself


Pernah korek hidung?:
weh!! soalan apa ni?? mesti la..tu pekerjaan aku..
Pernah baca msg pastu senyum/gelak sorg2
bukan takat guling, jatuh katil pun pernah..nak macam mana?
aku baca msg terus nangis pun ada! 


Pernah gayut sampai tertido?:
ni gayut apa? pokok? sejak bila aku jadi monyet?takde teori darwin ek..


Pernah kentut kat khalayak ramai?
of course la pernah...sebab aku ada jalan penyelesaian..hahhaha





Pernah tidur dalam kelas?:
mau tak pernah! aku dulu malam2 jaga surau...pagi2 tidur la...
pantang ada masa...tidur la kerjanya...

Pernah pukul org?: 
aku dah start jadi gangster masa budak2 lagi...
tak caya??? ni ha bukti hahahha...


Pernah nangis depan awek/pakwe?:
xpernah....pakwe pun xde...nak nangis pe oiii.. hahha

Pernah kene birthday prank?:
belum pernah.. aku buat dekat org pernah ar..haha...
budak jahat katakan..

First time

Kena marah:
mana aku nak ingat dah la...

Duduk jauh dr family:
time sekolah rendah g dh pernah...
Tengok wayang:
cerita spiderman bila tahun? tu ar 1st time..aku curi g tgk..
pastu balik baru aku gtau....hahha..so, nak marah dh tak leh...(jahatkan?)
Ponteng kelas: 
apa ni wehhh...aku budak baik! xpernah ponteng kelas tu..
bukan nekmo ar...aku selalu g lepak kat port syahdu(budak2 skol pgl)...

Jatuh cinta:
dah jatuh cinta plak..haila....kalau jatuh mestilaa sakit kan! hahha

Kena reject:
reject pe ni? reject shop ke? kalau yg tu... bukan standard aku..
aku bundle ja....(apakah??????)

Accident: 
kalau terlanggar nyamuk...dikira accident kan?
hehhe..entah..tak igt dah bila...tapi atok aku ckp..aku ni lasak..
jatuh,nangis, buat lagi..bertuah punya budak!


p/s: dah siap...lama la plak tak wat tag..hahha....saja je nak update blog...
tag ni daripada dg nadira hehhe...