Jangan Buli Aku yang Kecil!!!

Memandangkan minggu ni aku sibuk beli barang-barang nak pindah rumah..Jadi,semalam..aku dengan mak aku keluar la membeli dan belah(ayat baru..hehe)..Bila dah selesai semuanya..aku otw balik ke rumah..Tiba-tiba aku terserempak dengan sebuah lori barang yang bersize besar.Bukan yang kecik punya tuh..Aku bawa motor macam biasa.Lori tu bawa ketepi ketengah..aku pun apa lagi..potong la terus...
(abaikan lukisan aku yang buruk....hahaha..ada nampak macam lori dengan motor tak?)

Bila dah potong lori tu.."pooooonnnnn!!!!"dia bunyi hon kat aku..Bukan aku buat salah pape pun..Aku punya la terkejut.(buatnyee aku ada sakit jantung cene??Dah mati ouh semalam..huhu)...Dah la bunyi kuat...Apa lagi..aku pun pusing muka tengok dia..Muda lagi orang yang bawa lori tu..gedik sungguh dia...Agaknya dia sengaja nak tengok aku marah...Dia bunyi hon banyak kali punya lama...Pemandu lori gila tu nak bagi dengar seluruh alam bunyi hon dia tu..Geram tol aku..Aku tau la aku ni motor je..dia lori sebesar alam...Belagak pulak!
Kalau aku boleh buat undang-undang..aku nak buat undang-undang.. 
"Dilarang bunyi hon sebarangan!"..
Kalau bunyi jugak!!Aku nak saman!!1 juta(wah..dahsyat!!hahaha)
Cuba tengok sekarang ni..lori pandu laju ooohhh!!aku takut..dorunk ingat dorunk tu besar..senang-senang je nak buli yang kecil...Tak bertimbang rasa tol...Aku geram!!

Bawa kenderaan terlalu cermat pun kena tahan ek?


JEDDAH: Polis menahan seorang juruterbang kanan Syarikat Penerbangan Arab Saudi ketika dia dalam perjalanan ke lapangan terbang di Jalan Raja Abdullah di sini, semalam.
Juruterbang itu ditahan selama dua jam dan keretanya diselongkar.

Kesalahannya-mematuhi peraturan jalan raya.

“Saya menyedari sebuah kereta kelabu mengekori saya sepanjang lima kilometer,” kata Amad, warga Saudi.

“Saya merasa aneh kerana pemandu itu tidak berusaha memintas kereta saya sedangkan pemandu lain berbuat demikian.” Apabila tiba di satu persimpangan, pemandu kereta Toyota Camry itu menyuruhnya berhenti di te pi jalan.

Pemandu berkenaan, anggota polis muda keluar dan meminta dokumen pengenalan diri Amad. Dia juga enggan menjawab beberapa soalan yang diajukan juruterbang itu mengenai alasan dia ditahan.
"jangan bawa kereta macam mr.bean sudah..haha"

Bagaimanapun, anggota polis berkenaan akhirnya berkata, dia bertindak menahan Amad kerana dia memandu terlalu berhati-hati.

“Dia berkata, saya mungkin menyembunyikan sesuatu kerana saya mematuhi peraturan jalan raya,” kata Amad.

Enam kereta peronda tiba dalam tempoh dua jam dan menyelongkar keretanya sebelum dia dibenar meneruskan perjalanan ke tempat kerja tanpa sebarang permohonan maaf daripada anggota polis terbabit. - Agensi.  sumber

hahaha..apa ke pelik kes ni??aku baca pun nak tergelak..
Bawa kereta cermat pun nak kena tahan ke??haha..lain la bawa kereta
macam pelesit.Ok la juga nak tahan pun,Tapi,lain pula dekat tokyo yang kita tengok
dalam Tokyo Drift tu..hehe..lebih had laju tak kena tahan sebab tak dapat kejar..hehe

size ic dengan pasport xsama ek?

Kenapa aku rajin ek update hari ni?ok..aku just nak cerita la pasal kes tadi.Macam biasa aku sibuk nak uruskan hal u.Hari tu aku dah cuci gambar 16 keping dounk nak,tapi..memandangkan kawan-kawan aku minta gambar untuk buat kenangan,aku pun dengan baik hati bagi ler..tapi,gambar u mintak dekat aku lerr pulak kurang!!padan muka kau nek!!haha..so,aku pun pergi kedai gambar dekat dengan rumah aku.Tak larat nak pi jauh-jauh..hehe..takut berat badan turun pulak(apakah??hahaha)
"you mau cuci size apa?"cina kedai tanya.."size ic la..berapa ek?"aku pulak tanya..
"4 keping RM6"kata cina kedai tu.

Lepas tu,gambar dah siap..aku tengok.."aik??napa kecik?saya tak mau besar ni.."aku pelik..
"tadi u kata nak size ic..size ic besar ni la..."kata cina tu.."ic dengan pasport tak sama ke?"aku pun tanya la..adoila..gawat macam ni aw..gambar dah la xelok..jadi putih macam opera cina..silap size..melayang duit aku rm6..kalau makan?kenyang oii...hahaha aku bayar duit terus blah kua..baru aku tau size ic dengan pasport tak sama.
Lastly,aku gi alik kat tempat yang aku tangkap gambo tu..walaupun jauh tapi,puas..murah pun murah..kalau size pasport, 8 keping baru rm7..see..nampak tak beza harga dekat sini?masa aku amek gambo lak an..16 keping just rm18...gambar clear..cantik lak tu..kawan aku tangkap gambar..16 keping rm22..mahal ouh..aku dok dalam kedai tu sempat lagi ngorat cina kat kedai gambar tu..haha..jahat!takde..aku tipu jerk..dia ngorat aku..hahaha..seyez!!yang ni aku tipu!haha...

moral value: Gambar size ic dan pasport tak sama ye cucu2..haha


Aksara Pencorak Hidupku

 Hari ni..aku nak update blog dengan join contest pakcik roy saja je panggil dia pakcik..
Dia pun tak marah aku..hehe..ok,izinkan nek join tau..nek mmg suka karya hlovate.
Walaupun sekadar novel,tapi novel tu unsur islamic dan bahasa yang dia guna selamba.
Mudah dihayati dan bersesuaiaan dengan jiwa muda-mudi..
Dalam 7 novel karya dia,nek ambil 1st novel yang nek baca dan terus jatuh cinta dengan karya hlovate.So,nek nak kongsi la dekat sini bagi sapa yang berminat.

Gambar Cover Buku:

















Judul Buku: Rooftop Rant
Penulis: Hlovate
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Bil. Muka Surat: 538 muka surat
Harga:RM21
Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade...
tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah
dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa
mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?
ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya...
 Aksara Pencorak Hidupku:
Pelbagai dugaan yang telah Trisy alami.Dia mempunyai keluarga tetapi baginya dia bagaikan hidup seorang diri.Kerna ibu bapa sibuk mengejar kekayaan dunia sehingga alpa akan tanggungjawab untuk keluarga.Hal ini telah menyebabkan Trisy hilang identiti sebagai seorang gadis.Trisy mula merokok dan perwatakannya seperti lelaki.Namun,di bumbung itu..Trisy mencari ketenangan dan mengisi kekosongan..sehingga dia bertemu seseorangyang bukan ahli keluarganya."There're time when strangers are like family and family are like strangers.Mereka mempunyai kisah yang sama tetapi berlainan cerita.Dan kerna penyakit itu "hypoglycemic"(kurang gula dalam badan)..kisah mereka bermula.Di bumbung itu juga..pahit yang dikunyah selama ini diluahkan.Apabila ibu,bapa,abang dan kakak sibuk dengan hal mereka dan tidak mempedulikannya..masih ada seseorang yang setia mendengar suara hatinya..Jade...insan yang sangat bermakna dalam dirinya..keputusan ibu bapanya menghantar Trisy ke JB benar-benar telah mengubah dirinya.Siapa sangka seorang 'gadis' yang berambut ala anak burung telah melalui pelbagai transformasi ke arah yang lebih islamic dan dibekalkan ilmu agama...
Apa yang aku dapat dalam ni?
FAMILY FIRST

Anak-anak tu ibarat kain putih dan yang mencorakkan kain putih itu ialah ibu bapa.Unsur agama itulah sebenarnya unsur yang paling penting dalam pembentukan keluarga
Kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit walaupun realitinya 'iya' tetapi sebenarnya tidak.Duit bergunung tinggi everast pun tak semestinya mampu menyenangkan hati.
Setiap takdir yang Allah dah tentukan adalah yang terbaik untuk setiap insan.Have faith.To live hell or live well?We choose.
Allah tu tetap ada dengan kita walaupun kita ditimpa musibah.Apa yang penting,ingat Dia dan dekatkan diri dengan dia..Jangan waktu susah baru ingat dia.Setiap waktu kena ingat dia..



#Aku rasa,kalau korunk nak fahami cerita ni,aku syorkan korunk baca..memang tak rugi..tapi,link yang aku nak bagi ni..cerita dia tak penuh..kalau dah baca and berminat..korunk boleh beli la..hehe..ok,klik dekat (SINI) salam...^__^






Mala petaka apa ni woii????

geram!
benci!
penipu!
semua lelaki sama ke??
aku benci!!!!
gggrrrrr!!!
jangan sentuh hati aku lagi!!
aku takkan benarkan LELAKI masuk hati aku!!!

Adoila adik oi..

What!!adik aku tukar jantina??
Siapa punya adik?saya!saya!saya!ok2..harap bersabar semua..bawak bertenang ye cucu-cucu..(hehe.mereng budak ni..weee~)ok,aku ada sorang je adik.tu pun lelaki..Mak aku selalu manjakan dia..hehe..cis! This year adik aku amek spm.Tapi,aku bukan la nak cerita pasal adik aku ni macam mana dekat sekolah..mesti jahat ya rabbi pe??haha..kan Elina?ngeh3..

Minggu lepas,aku bawak la family aku ni pergi ekspo..masa tu malam,time maghrib..

"kak lang..kak lang..mandi tak lagi?"mak aku dah terjerit-jerit dekat luar bilik aku.
"belum la..kenapa?masuk la.."aku keluar alik dari bilik air..haha..
mak aku pun buka la pintu bilik aku bawak kucing.Basuh berak dia..cirit.Kesian tol..
Tiba-tiba(suspens sket boleh?haha)
Adik aku pun masuk la bilik aku tu.Sementara tunggu mak aku dalam bilik air,aku lepak la sat kat atas katil.Adik aku masuk je dah kelebek barang-barang aku dekat meja make up tu..Dia amek eye shadow(kak aku sedekah..haha)
"isyh..tak boleh..haram ni.."dia kata,dia xleh pakai..haha..pastu dia amek maskara(ni pun kak aku sedekah).

Nak tau dia buat apa??haha..dia letak dekat goatee dia..dia tenyeh2 kat situ,pastu dia tenyeh2 lak kat misai ciput dia tu..haha,,,aku tengok tak larat gelak.

"adik..meh sini aku buh kat ang..ang pejam mata pat"aku amek maskara buh dekat bulu mata dia..hahaha.dia diam je ikut cakap aku.
"tunggu sat na...tak habis lagi.."aku amek pengepit bulu mata lak,kepit bulu mata dia..hahaha..aku tak larat gelak la tengok bulu mata dia melentik.
Pastu bila aku mak aku dah kuar bilik air,aku halau dia kuar bilik..aku nak mandi..hehe..
"kak lang! kak lang!benda ni keluaq dak??nak buang macam mana?"dok terjerit2 dekat bilik aku.Adoila..tak keluaq lagi budak ni..haha'
"ang buh ja ayaq..nanti ilang la..haha"
(aku rasa...aku comel mcm horikita maki...ghaghagha..perasan giler!cis!)

Mana stoking?
Kak aku tanya mak aku.."mak,mana stoking pooh Ngah?"mak aku kata la.."Tak tau la pulak"
Yang kak aku tu keje nak kata aku amek stoking dia...aku kata la.."pi tanya adik,dia amek ke tak" bila kak aku tanya,memang sah adik aku amek stoking pooh kak aku tu pi sekolah..dia guna.Adoila adik oi..stoking kartun pun dia pakai..hahaha..Tadi masa aku amek dia dekat hostel bawak pi belajar kete aku usha kaki dia."dik,tu stoking sapa?"aku tengok stoking belang2 oren dekat kaki dia."mana aku nak tau,mak buh dalam beg aku,aku pakai la"dia dah sengih.Memang sah!tu stoking aku!"weh..tu stoking aku la..ee..."takpe la..halal kan dia guna..hehehe..

Nanti bila aku takde dekat rumah dah..dia kena belajar bagi rajin iron baju sekolah yg setimbun tu sendiri..no bibik(aku la tu) yang iron kat dia..since dia form 1 sampai sekarang..aku yg iron..tiap kali balik asrama je,aku jadi mangsa iron baju dia.Aku pun nak balik asrama gak.Tapi,kena iron baju dia..EE!!macam nak belasah je..tapi,xpe la..aku tak mau bebankan mak aku,nanti mak aku yg kena iron kalau aku tak mau iron..

p/s:entri panjang berjela...saja aku nak luah dekat cni b4 aku pergi nnt haha(lambat lagi ouh..hehe)

Tomato ajaib tepi rumah..^__^

weeee~..hehe..aku nak cerita sikit la,dulu,kak aku pergi desudesudesu'dron then bawak balik sayur la..segala mak nenek la.Pastu mak aku pun ambil biji tomato desudesudesu'dron tu semai dalam pasu.Bila pokok tu dah tumbuh subur,semua happy oh! hehe..Aku tanya mak aku..
"mak,kenapa pokok ni berbunga je banyak?awat tak berbuah lagi?"
"entah la..pokok tu tak mau berbuah kot"

Bila dah lama an,tengok-tengok buah dia banyak oo..tapi,tak la sampai berjuta lemon macam aku cakap selalu tu...hehe..tapi,kenapa buah dia panjang2 ek?kenapa tak bulat2 comel macam aku ek?(baja apakah?haha).Bila dah meng'oren' mak aku pun petik la..letak dekat dapur..ayah aku kata sedap..manis..

Dengan semangat wajanyee,bila mak ayah aku takda,aku nak pi try la..kot2 aku tersuka lak bila membaham tomato tepi rumah tu..Tapi???mak aiii..masuk dalam mulut..aku kunyah je..
"uuwwwweeekkk" aku luah dalam singki..hahaha..

Untuk pengetahuan cucu-cucu ku sekalian,aku memang tak berapa gemar sayur tambah-tambah tomato,sawi,carrot yang dorunk letak dalam masakan tu.(tak suka..haha).Masa aku makan tomato tu, aku nak test je tekak aku ni boleh terima ke tak tomato tu..hehe..Kalau aku pesan burger lak.
"adik,aku nak burger tak mau sayur"aku suruh adik aku beli.

"hang ni la kak lang,pi beli sendiri la..aku sampai segan nak pesan asyik burger tak mau sayur"dia selalu kata macam ni kat aku..hehehe..

moral of value:kalau nak didik suka sayur,seeloknya didik dari kecik..hehe betul tak mario?ngee~

agak-agak korunk la kan,bila aku senyum..comel macam horikita maki tak?ngee~
(dah sawan minah ni..hehe)


Alhamdulillah


Firstly..aku nak katakan yang aku bersyukur sangat hajat aku ditunaikan Allah.4 Julai ni aku kena pergi daftar.Dah tak lama tu.Mula-mula buka web berpuaka tu,memang tak boleh.Line terlalu sibuk mengalahkan tarffic jam dekat india nuh..Bila orang pergi sembahyang jumaat je,aku pun buka la web berpuaka tu.Thanks god sebab bagi apa yang aku nak.Aku lari terjerit-jerit cari mak aku,then terus lompat atas dia sambil peluk(nasib baik aku ringan weh..tak senonoh punya budak..haha)

Kalau ada yang melawat blog aku sebelum ni,mesti korunk tau kisah aku yang dulu-dulu..ada yang gelak kat aku..hehe..ada bg semangat..meh aku up alik entri yang dulu..jangan gelak ek baca..part kecewa
part interview 2nd time
yang 1st time aku interview tu untuk uitm. part lawak

Please..

Apakah hukuman untuk orang yang menipu?
Apakah layanan yang setimpal untuk orang yang memainkan perasaan?
Bodoh!!!aku yang bodoh!!percaya dia!!
Plz...tolong pergi dari hidup aku...
Aku nak ketenangan...kedamaian..

Semakan permohonan upu lepasan stpm,diploma,matrik dan asasi

Keputusan permohonan kemasukan ke ipta sesi 2010/2011 akan dibuka
pada tarikh18 Jun 2010 jam:12 tengah hari..
Boleh cek online di laman web upu
atau boleh semak melalui khidmat sms iaitu
taip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) hantar ke 15888
pengesahan hendaklah dibuat sebelum 25 Jun 2010.
Bagi calon yang gagal,boleh membuat rayuan melalui e-rayuan sebelum 28 Jun 2010
Keputusan rayuan akan diumumkan pada 10 Julai 2010

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian DIPLOMA PENDIDIKAN AMBILAN JULAI 2010
(Mulai 17 Jun 2010 jam 12.00 tgh)

p/s:Aku harap info ni membantu.. ^_____^

Apakah ini satu dugaan?

Cuaca tidak menentu..
Seolah-olah mengerti perasaan ku..
Dingin...hmm..
Persoalan demi persoalan berterbangan dalam kotak fikiran..
Perkara demi perkara membuatkan aku bertambah curiga..
Ahh..permainan apakah ini?
Kenapa aku mesti curiga?
Perasaan itu semakin hari,semakin menebal..
Hingga menyesakkan ruang fikiran aku..

Ya..aku tahu..aku tidak betah mempunyai perasaan itu..
Aku tahu..Allah tidak suka hambanya mencurigai..
Tapi..kenapa aku begini?
Kenapa aku mesti begini?
Kenapa fikiran jahat itu mengganggu hidup aku..

Malam yang kelam itu...dingin lagi..
ahhh..sekali lagi manik jernih itu bertaburan tidak mampu ku kutip..
Naskah usang itu ku ambil..Lalu kuperhatikan butir-butirnya..
Dekatnya aku dengan KAU..
Manik jernih bertaburan tanpa dipaksa...

Kenapa aku?
Kenapa diriku ini?
Ketukan itu membuatkan segalanya lenyap..
Siapakah itu?oh..panggilan subuh..
Tapi,kedengaran sang murai menyanyi riang..
Mahu saja aku lastiknya..
Dia seolah-olah tidak mengerti perasaan aku..
Bodohnya...kenapa aku salahkan dia yang tidak mengerti apa-apa?

Hmm..hari dilalui itu seperti selalu..
Usai subuh..Fikiran ku kembali berceleru.. 
Dan..sekali lagi aku hilang dari alam nyata..hmm..
 

Pernah tak ada perasaan ni?


Korunk pernah tak baca buku?
Aku yakin semua pernah baca..tipu kalau tak pernah baca..
Aku nak tanya..pernah tak korunk baca buku tu..
tiba-tiba korunk tersentap then korunk teringat sesuatu?
Tak kisah la pape pun..Pernah tak?hmm..

Kenapa aku tanya? 
Sebab..aku ada baca buku ni..
'Jangan Bersedih..Jadilah Wanita yang Paling Bahagia'
Tiba-tiba aku teringat blog ni..
Aku terfikir..banyak masa aku yang terbuang dekat blog..

Tapi,aku tau..dengan berblog ni
aku xdela rasa sunyi..sebab dekat sini pun ada kawan..
Buktinya?Lihat komen entri sebelum ni mengenai aku nak tutup blog..
Hmm..Life ni macam-macam ragam kan?

Berani atau tak untuk tempuhi..kita terpaksa tempuhi..itu realiti...

Aku rasa nak tutup blog..hmm..

Aku rasa nak tutup blog..Aku macam dah borink dengan blog aku..
Aku rasa semak pulak blog ni..
Terlalu crowded..Korunk rasa macam tu tak?
Aku memang suka blog yang comel-comel..Tapi,aku rasa blog aku ni,
Tak patut comel sebab aku pun tak comel..=p
Aku nak cari satu tema yang sesuai dekat blog personal aku ni..
Tapi,aku suka kawaii...Arrgghhh...
Nak blog yang simple...tapi cantik...=(
Adakah latar belakang hitam cantik?
Atau putih?
Kalau aku nak renovate blog ni,aku memang kena tutup buat sementara waktu,
Tapi,tak tau bila..hmm..sebab,nuff bagi amanat lagi..=(

WoW!!!syok!!!

Have a nice day!!!
Aku jarang online..sebab aku prepare nak kahwin..heheheheh..(tipu!!!sapa nak kat ko nek oiii).Malam tu,sejuk je rasa...hujan lebat la jugak..aku nekad,borink tahap tapir makan pizza.Then aku ambil laptop,cilok external kak aku,aku godek2 cari apa dalam tu..mula2 tu ingat nak tengok naruto,kunk kalau tengok,aku tak tido pulak,xpe..aku cari punyee cari,aku tertarik dengan tajuk ni WANTED.(harap2 bukan cerita hantu..aku berdoa..).


Bila start je cerita tu...

"Eh,kak aku ni tengok cerita lucah ke???"getus hati aku(skema gila!!)

"takpe2...aku tengok jelar.."otak jahat mula bercambah...=p


Bila cerita tu dah semakin lama...
"Wow!!!best giler!!!"jerit hati aku(ngeh3)

Mesti semua fikir aku tengah syok tengok cerita lucah kan??Aku baik ok..jalan cerita dia dengan cerita dia termasuk pelakon dia..sangat best..Ada pulak si gadis cun Angelina jolie dengan bibir dia tu..hehehe..Aku tertarik peluru yang dorunk guna.Sangat unik,bila bertembung,peluru dengan peluru,satu peluru tu akan makan peluru yang satu lari...seni namanyee...Cerita ni masa 2008..Apesal aku baru tau ek?Memang sah aku ketinggalan zaman!!zaman aku zaman kanak-kanak...hehehe..uwek!!


Movie ni based on komik bersiri oleh Mark Millar dan J.G.Jones..Cuba korunk tengok trailer bagi sapa yang tak tengok..sure tak rugi tengok..heheh..best..Tapi,yang bawah umur macam aku,jangan tengok..Aku tertengok...sebab tu aku tengok terus...hahahahhahah(aku tipu).Cerita ni memang best!!!!



Dunia Baru Reunion Episod 1

Have a nice day!!!
Korunk ingat tak cerita aku dulu tu pasal Elyana gemuk okeyh..hari ni merupakan episod 1 bagi drama Dunia Baru Reunion..Tapi,kejap je cerita tu..tak puas tengok..Cerita ni bermula apabila si Tajol membuat plan untuk mengadakan reunion di Bali.Episod 1 ni lebih kepada memperkenalkan watak-watak pelakon-pelakon dorunk la.Lepas perkenalkan tajol,dorunk perkenalkan suzana..aku tak sure sapa yang jadi pelakonnye..siap kata kahwin dengan sheikh arab lagi..jadi isteri no 2 pulak tu..hehe..Lepas tu si Mariah pulak yg merupakan kembar Sariah.Yang ni watak baru sebab Sariah kerja dekat Kutub Artik..hehehe.Yang syok nya dekat part Anizah.hehe..dia ni mengajar tuisyen dekat u pun guna rotan..hehe..tapi,lepas tu..dia tak guna dah rotan..dia just guna mata jerk yang bulat tu..haha..lawak tol part Anizah ni..siap ada bunyi cengkerik lagi dekat orang yang dia marah tu..hehe.Manakala si Madihah dikurniakan seorang cahaya mata.
korunk nak tengok?tengok la dekat Episod 1. Tapi,kejap je cerita tu..lebih kurang 5 minit.


p/s:malam ni nak tengok drama kau laksana bulan pulak..hehehe..

20 PerkaraTentang Nenek Moden

Have a nice day!!!
Wahai cucu-cucuku..sori ek kalau aku tak dapat layan korunk dalam minggu ni..Aku jarang online..nak jaga anak..kahkahkah(tipu3..)..Sebelum aku bertapa jauh dengan atok moden...aku nak buat la dulu,wasiat yang memang berpuaka gila hantu!Korunk mesti tau sapa...Tak lain dan tak bukan,sis puput tentang 20 perkara.Masyeh ek sis..hehehe

so,aku nak tag orang boleh?hehe..tapi,nak korunk buat kreatif jugak..
dah borink la taip2 ni..hehe..boleh tak?mangsanya ialah?kat bawah ni..hehe..kalau dah buat,
apa salahnyee buat lagi kan?hehe..dalam versi yang berbeza..boleh?hehehe
Ayien 
(sori bro..gua memang nak dera lu..hehe)

Boy or Girl?

Have a nice day!!!
"Kak,kenapa saya rasa macam mesej dengan lelaki jer?"

Itu kata junior aku terhadap diri aku.Yes,aku akui memang aku agak kasar sikit.Tapi,kalau aku kasar pun korang ingat dalam hati aku takde taman ke?siap ada lebah ok..hehe..Kalau aku mesej,aku suka guna perkataan "ee..belasah kunk".."arr.." dan sekutu dengannya.Tapi,takde la sampai gua lu..huhu..aku pun malu..kehkehkeh..

Dulu,masa arwah tok aku ada,dia pernah tersilap panggil aku hehe.Dia ingat adik aku,rupa-rupanyee aku.Dia kata macam sama..hehe(faham-faham maksud keyh).Realitinya,dulu..waktu aku muda-muda..(cewah),aku memang suka perwatakan macam lelaki..rambut lelaki..spike cikit..Aku tak suka simpan rambut panjang,kalau boleh..Nak je pendek semedang.Rambut2 yang aku nak,semua aku potong sendiri.Korunk tak caya?trust me ok.Dekat tempat aku takde orang melayu nak gunting rambut aku.Semua cina.(okeyh!pasni korunk buka,aku sure pergi!)

"Eh,B ni mesti PENGKID kan?"
Ayat atas ni pulak ada member masa kem tanya aku.Adoila,apa aku nak jawab?huhu.."Takde la,mana ada huhu"ayat aku.."Kalau betul-betul pengkid ni,mesti ramai perempuan cair"kawan aku tu kata.Wah!encem ke aku???keh3..Iyela..bila tengok penampilan aku masa bertudung,dia tak jangka pape..Bila jumpa aku dalam toilet,aku kan mana pakai tudung.Nampak la rambut aku..

"Percaya tak aku pernah simpan ekor?"
Mesti ada yang pandang lain macam ni kat aku kan?Itu pun,aku gak yang potong sendiri.Hehe..Aku kan budak jahat..Jahat giler2 ni..Jahat nak mamposs!!.Budak perempuan berambut spike dan ada ekor dekat belakang.(sila kutuk).Ada sesetengah yang akan kata..ahh..normal la macam tu..nak taruh ekor sampai sapu lantai pun ok..hehehe

"Singlet or t'shirt?"
Masa sekolah dulu kan,skol korunk mewajibkan pakai singlet tak bagi pelajar perempuan?skol aku kena la..Korunk tau kan,pakaian perempuan macam mana?single bermacam-macam jenis..nak tali halus,tali rapia,tali tambat lembu(leh gak ke?).semua ada dorunk pakai.Tapi,aku tak pakai singlet!(woi..giler apa??)sebab..aku pakai t-shirt.hehe..Alar,macam student lelaki,luar kemeja dalam t-shirt.Macam tu la aku,luar baju kurung,dalam t-shirt.Aku tak selesa la pakai singlet yang budak perempuan pakai tu.And,ada yang tanya,tak panas ke??owh..aku dah biasa.takdenyee panas..aku lagi selesa ok.Bila panas je,leh buka...hahahaha..

"Heel?Snikers or Sandal?"
Untuk pengetahuan semua,aku tak berapa cekap pakai heel.Aku selesa pakai snikers or sandal.Pernah dulu,aku pakai ladies shoes pergi rumah cikgu aku ada kenduri.Kawan-kawan lelaki skola ku gelak bila tengok aku pakai cegitu..Ciss! korunk jahat..hehe..Tapi,aku tak kisah pun.Sebab aku tau,aku ni sapa..Iyela,semedang pakai sandal lelaki tetiba pakai ladies shoes..mau tak gelak?(aku tau,aku nampak cun kan?hehehe)

"Malu tak bertempat"
Fakta,aku memang tak ikut mak aku kalau mak aku pergi tempat pakaian dalam perempuan.Aku sengan..hehe...(korunk mesti kutuk aku giler2.. an?) Nak beli 'roti kering' pun malu.Memang aku tak pernah beli dulu.since kak aku dah kahwin,aku memang kena biasakan diri beli bendalah tu sebab aku yang guna!!!wuuarrgghhh!!malu3x..
________________________________

Tapi,tu dulu..sekarang ni aku dah lain..
Aku boleh dikatakan jadi ladies sikit,
walaupun sweater lelaki aku tak tinggal..
Boleh la sikit-sikit..nak berubah tu..
Aku bukan tak teringin nak jadi ladies mcm kat luar tu
tapi tak pandai dressing..hehe
Dah tak bape segan beli 'roti kering'..hehe
Ok,korunk mesti ingat aku tak pakai tudung kan?
Brutal semacam jerk..hahaha..
Tu dekat rumah ja la weh..Kalau aku keluar,
Aku pakai tudung.Nak mampus???
pak aku tak ngaku anak kunk..Aurat la..
hehehe..Dalam family,aku lain sikit..
Jahat kan aku?But honestly,
aku suka barang lelaki...(hormon bertukar..hahaha)
Lagi satu,aku bukan lesbian!!!huhu..original ok..
Aku tak de punya cinta terhalang..
so,dah fikir masak-masak ke nak jadi cucu aku?
Don't judge a book by its cover

Kempen Blogger Picisan Menentang Kekejaman Israel.

Have a nice day!!!
Semua pun tau kan isu hangat sekarang ni mengenai kekejaman israel..Dekat entri blogger2 yang lain..memang dapat tengok la entri sebegini.Aku lambat tak?Hmmm..aku selalu lambat..
Takpe la..Apa-apa pun aku harap,semuanya berjalan lancar walaupun 'suaraku' ini hanya sebesar hama kalau nak compare perjuangan orang palestin dekat sana..


Korunk pernah tengok tak video macam mana si Anjing Israel menakluki Palestin?Owh,masa aku sekolah dulu,cikgu aku tayang video tu..so sad..Dorunk guna tipu muslihat!Orang Islam tertipu!Tak perlu aku jelaskan panjang lebar..Korunk boleh cari dekat serata tempat mengenai kekejaman Israel.Amek gambar bawah ni dekat frodo
Psst:Aku pernah terfikir.."Kalau la semua negara islam dan negara yang membantah kekejaman Israel ni semua bersatu dengan berdoa serentak dan sembahyang serentak satu dunia,kan bagus..Orang Islam,dengan cara islamnya...solat hajat,orang bukan islam dengan caranya..Kita tau kan,sebagai hamba-Nya,Dia sering mendengar rintihan hati kita..doa kita..why not kata cuba?Negara boleh buat bermacam-macam perjanjian ekonomi,perdagangan,dan sebagainya sesama negara lain..tapi..kenapa kita tak boleh cuba perkara yang satu ni?"-hmm..mungkin suara aku hanya sebesar hama..sapa nak dengar?aku doa dekat rumah jelar...


Advertisment:Live Life,LIve Libresse

Have a nice day!!!
Korunk tau apa tu Libresse?Itu adalah sejenis makanan yang dipenuhi dengan coklat dan hazelnut(aku tipu..hehe)..Ini iklan pad yang baru tu..Korunk yang ada nuff tu main tekan-tekan saja ke or tengok isi dalam iklan??huhu..jeng3..Aku masuk dekat page blogger perasan rock hehe.Aku klik nuff dia.Buat pertama kali aku klik nuff untuk iklan tu sebab aku tertarik.Bila masuk je web iklan Libresse terus hati aku jatuh cinta dekat iklan tuh..keh3..sangat comel! menarik! berinformasi!


Cucu-cucu tak percaya??Kalau tak percaya,meh nenek tunjukkan buktinya!hehe.
Mula-mula..kita akan di sajikan dengan main page yang sangat menarik..hehe
Boleh pilih ye nak yang mana,nenek klik yuna.hehe
 Lepas tu kita akan di bawa ke site yuna..hehe..Boleh main klik2 tau..
nek siap main lagi lampu bilik tu..hehe
Web ini sangat berguna ok.Bila klik What's Libresse? and klik FAQs
kita akan disajikan dengan info yang berkaitan Sanitary Pads dan Pantyliners
Macam-macam boleh kita baca.
 Dekat Grrl Power pulak,kita akan disambungkan ke link yang berguna.
Site ni pun boleh main-main lampu jugak..hehe..Tekan je suis tu.
Nampak tak bunga?kita boleh klik.Lupa pulak nak bagi tau.
Bila masuk sini,kita boleh dengar yuna main gitar.hehe.. 
 Lepas tu kita boleh ubah untuk klik Down There.Bila arrow mengenai
perkataan Goodies,maka akan keluar lagu Libresse yang yuna nyanyi.hehe(ayat skema)
Dekat site Down There ni juga,kita boleh dapatkan lagu libresse.Free saja.
Korunk suka benda free an??hehe..Ngaku cepat!Nenek dah download ok.
hehe..best pulak lagu tu.keh3..
Tak ketinggalan juga dalam site Down There pun ada info mengenai hal-hal perempuan.
Tak rugi kalau tambah ilmu kan cucu-cucu perempuanku?hehehe
 Bila nek dah penat,nek nak main game pulak..hehe..Ada game free.
Inilah gamenyee..hehe..korunk tau main ke?hehe..


Best tak?comel tak?hehe..nenek memang comel..hehe..Itu fakta..keh3..
Pasni,cucu-cucu ku sekalian,boleh la berkunjung ke Libresse